Kuih nekbat merupakan
sejenis kuih tradisional
pembasuh mulut. Bentuknya macam bahulu.. saya tak berapa gemarkan kuih ini. Tapi
disebabkan hari ini mood rindu Kelantan datang melimpah ruah, kita layankan
resepi tradisiona negeri Kelantan ye.. memang sah-sah lah nekbat ni manis kan..
J
Bahan-Bahan Nekbat:
·
500gm tepung beras
·
12 biji telur ayam
·
1 sudu teh pewarna oren (serbuk) – jika suka
Bahan-Bahan Sira :
·
500ml air
·
150gm gula pasir
·
2 helai daun pandan
·
6 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara membuat sira nekbat :
·
Panaskan acuan baulu yang telah disapu dengan minyak
selama 5 minit
·
Tepung beras di sangai dengan api sederhana hingga
kering. Biarkan kering.
·
Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudia
masukkan pewarna dan tepung.
·
Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas
dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan
dahulu.
·
Masak air dan gula sehingga mendidih.
·
Masukkan daun pandan, cengkih dan neekbat.
·
Masak sehingga 6-8 minit, tutup periuk dengan penutup.
·
Kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam
nekbat.
·
Angkat dan siap dihidangkan.
Apa lagi kawan-kawan.. cuba lah. Balik kampung nanti
tunjukkan skil memasak dan menyediakan kuih muih Kelantan kepada family anda. Sure
mereka teruja! J selamat mencuba!
Waddiah J
wah... cm best je... cantik dan tersusun blog ni.. bnyak makanan menarik.... tahniah2....
ReplyDelete