Thursday, 13 December 2012

Minggu Ke-8 Amali Masakan


Assamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan blogger sekalian….

Alhamdulillah selesai sudah kelapan-lapan amali kami untuk semester ini... Sedih pun ada...Maklumlah, lepas ni dah tak boleh main pondok-pondok dah....(,”)....

Bagi amali yang terakhir ini, tema yang diberikan ialah Set Menu Hidangan Thailand.... Kalau kawan-kawan, sebut je menu hidangan thailand apa yang terbayang diminda dan mata kawan-kawan....?

SEAFOOD!!!!!!!!!!!!!!

Ikan, udang,sotong, ketam, kerang dan banyak lagi.........
I love seafood....
Tapi kumpulan kami dapat ikan siakap sahaja.....Ikan pun ikan la.....

Pada minggu ini kumpulan kami bertanggungjawab untuk menyediakan lima hidang beserta dengan nasi putih sebagai hidangan karbohidrat.. Antaranya kita ada....

Pembuka selera kami Kerabu Mangga dengan Perut.....
Hidangan sup kami  Chicken Coconut Tom Yam......
Lauk utama iaitu Ikan Siakap Percik Thai.....
dan Kacang Buncis Daging Hitam......

Boleh dikatakan menu-menu pada minggu ini tidak pernah disediakan oleh ahli kumpulan kami......Jika pernah sekalipun, cara penyediaan adalah berbeza...sebagai contohnya seperti ikan percik thai... Jika dirumah, cara menyediakan sos percik adalah sama iaitu dengan menggunakan kaedah mereneh.  Namun bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza.  Masakan Thai tidak lari dari penggunaan daun limau purut, serai dan daun ketumbar.  Bagi hidangan percik, limau purut dikisar bersama bahan-bahan lain dan direnehkan sehingga sos betul-betul masak.  Kebiasaannya, menu percik ikan akan dibakar atau dipanggang terlebih dahulu dan sosnya akan disiram diatasnyan dan dipanggang lagi..... Berlainan dengan percik thai, sos yang telah siap dimasak, dicurahkan ke atas ikan dan dibalut dengan daun pisang serta kertas aluminium sebelum dibakar sehingga masak.  Cara masakan ini dapat mengekalkan kelembapan pada ikan dan ia tidak terdedah pada haba yang kuat. 

Untuk resepi ikan percik thai,ia akan diposkan dalam entri yang akan datang...
Kita tengok gambar je dulu okey.....(^_^)....
Yummy...yummy....

Berbalik pada daun limau purut, ialah adalah suatu herba yang sering digunakan untuk menaikkan aroma pada suatu masakan.  Baunya yang wangijuga  boleh menutupi bau hanyir ikan atau ayam bagi suatu masakan.

Inilah rupanya limau purutnya...Bukan guna buahnya ye kawan-kawan..kami pakai daunnya...

Selain diletakkan dan sos percik thai, limau purut turut digunakan dalam menu chicken coconut tom yam dan kerabu mangga dengan perut....Kalau dalam tom yam, semestinya kena ada daun limau purut.....tak ada bau tom yam tak best.....betul tak kawan-kawan?????

Apa lagi daun yang boleh memberikan aroma pada hidangan masakan??????
Kawan-kawan tahu tak......

Haaaaaaaaaa......DAUN KETUMBAR.......
Daun ini juga banyak digunakan dalam hidangan thailand.  Boleh dikatakan semua hidangan yang disediakan pada hari ini menggunakan daun ketumbar......Ada yang menggunakannya untuk aroma iaitu diracik-racik dan ditabur di dalam hidangan..  Dan ada juga digunakan untuk membuat hiasan.....
Daun ketumbar...
Sekali pandang macam daun saderi kan????
Tapi sebenarnya tak....
Nak tahu macam mana nak kenal daun ketumbar???
Caranya mudah sahaja...Cuba lihat hujung daun yang bergerigi.  Jika daun ketumbar, geriginya adalah lebih halus berbanding dengan daun saderi...Dan yang paling penting, ia mempunyai bau...Sesetengah orang tak suka dengan baunya kerana baunya agak busuk.. Manakala daun saderi geriginya daunnya adalah kasar dan tidak mengeluarkan bau....

Inilah dia daun saderinya....
Lainkan dengan daun ketumbar......

Cara penyediaan masakan thailand tidak bezanya dengan cara masakan masyarakat lain.  Sebagai contohnya, pada amali kali ini, menu yang kami sediakan menggunakan kaedah merebus, mereneh, membakar menggoreng tohor dan mencelur... Samakan dengan cara penyediaan masakan masyarakat lain???????

Untuk penilaian pula....sama seperti minggu yang terdahulu...Masih ada la penambaikkan yang harus dilakukan....
Antaranya seperti tatasajian yang dipersembahan oleh kumpulan kami adalah baik dan penggunaan pisau untuk ikan yang betul.  Tetapi napkin yang diletakkan tidak sesuai dan seeloknya diletakkan sebelah kanan.

Komen setiap hidangan positif dan juga negatif

Bagi hidangan daging, warna kacang buncis okey dan tidak terlalu masak.. Warna daging juga nampak berkilat dan lembap.Porsi hidangan daging juga betul.  Tekstur daging juga baik.. Tidak liat dan rasa yang sedap..

Tom yam pula porsi hidangan agak banyak.  Tekstur kuahnya agak pekat seakan-akan masak lemak.  Dari segi rasa pula kurang masam seperti masakan tom yam yang sebenar.  

Untuk kerabu pula, warnanya kusam dan tidak menarik sangat kerana nampak sedikit layu dan tidak segar. Teksturnya baik kerana tidak berair..

Bagi hidangan ikan pula, minyak pada ikan keluar dan nampak sedikit berair dibahagian tepi.  Rasa bagi hidangan ini sedap dan tekstur isinya lembut serta tidak hanyir.  Warna sedikit pudar dari warna percik yang sebenar.

Nasi putih pula, persembahan nampak kosong tetapi baik kerana hiasan daun ketumbar mencantikkan persembahan.  Tekstur bagus kerana nasi tidak patah serta tidak lembik....

Untuk amali kali ini, kami sangat berpuas hati kerana hidangan yang kami sediakan berjaya menarik hati penilai-penilai yang terkenal dengan kehandalannya....(",)..
Dan yang penting semua hidangan berjaya dimakan dan dihabiskan oleh rakan-rakan yang lain.... Hanya tinggal gambar sahaja untuk tatapan dan dijadikan kenangan.......


Set Menu Thailand


############################
Khuzaimah








No comments:

Post a Comment