Assalamualaikum dan salam perak aman jaya kawan-kawan…
Maaf sebab dah lama tak update blog…Tesis punya
pasal…Semua kerja tak jadi……(^_^)….
Kalau
entri sebelum ini Cik Waddiah kita ada cerita tentang amali masakan India ….Dah tahulah kan Unit 8 masak apa minggu lepas??????
Apa????nak
resepi…..(“,)…..
Entri
kali ini Cik Ah akan kongsi dua resepi yang dah Berjaya kami sediakan pada
minggu lepas… RASA??? Mestilah SEDAP~~~~~~
Jom kita lihat entri dibawah…..
Nasi Beriani
Nasi
beriani…ermmmm…sedapnya…
Alhamdulillah
kami berjaya menyediakan menu ini.. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat
kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki…
Antara komen-komen yang kami terima dari penilai-penilai
handalan kita iaitu ahli kumpulan unit 6..
Dari segi rasa.....positif...SEDAP....
Warna pula, tengok jauh macam nasi goreng je
kan?????....Itu tengok jauh...tapi kalu dah dekat, kami dapat komen yang
positif jugak...Warna mennarik dan menyerupai warna nasi beriani yang sebenar.
Tapi........(,”)......sedih...tekstur nasi kami agak
hancur kerana terlalu kerap mengacau...
Disini, Cik Ah sediakan bahan-bahan dan cara menyediakan
nasi beriani...
Bahan-bahan :
- 300 gm Beras
- 250 ml Susu cair
- 500 ml Air
- 10 gm Halia -ditumbuk
- 20 gm Bawang putih -ditumbuk
- 20 gm Bawang merah -dihiris
- 30 gm Minyak sapi
- 10 gm Rempah beriani
- 2 gm Paprika
- 5 gm Buah pelaga
- 10 gm Kayu manis
- 5 gm Bunga cengkih
- 5 gm Garam masala
- 5 gm Garam
- 10 gm Badam hiris-digoreng
- 10 gm Gajus goreng
- 5 gm Bawang goreng
- 5 gm Daun pudina - dihiris
Cara
penyediaan :
- Basuhkan beras
sehingga bersih dan toskan.
- Panaskan periuk dan
masukkan minyak sapi. Tunggu
sehingga betul-betul panas.
- Kemudian, masukkan
buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pudina. Tumis
sehingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan
yang ditumbuk dan masak sehingga garing.
Kemudian, masukkan garam masala, rempah beriani, paprika dan
garam. Masak sehingga garing.
- Setelah itu, tuangkan
air dan susu. Biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan beras dan
masak sehingga kering.
- Kacaukan nasi dan
masukkan gajus, badam dan bawang goreng.
Tutupkan periuk dan
biarkan selama 3 minit.
- Sedia untuk
dihidangkan.
Kalau dah ada nasinya, mestilah ada lauknya kan........jom
kita tengok apa entri kat bawah ni......
Taraaaaaaaaaa..............Yummy...yummy.....
Ayam Beriani
Kalau tadi kita berkomen-komen nasi beriani...Kali ini
untuk ayam beriani pula...
Rasanya sedap dan saiz porsi juga okey... Tetapi tekstur ayam kurang masak. Hal ini mungkin saiz ayam yang agak besar
menyebabkan ayam tidak masak dibahagian dalamnya.... Disini disertakan juga
bahan-bahan dan cara penyediaannya...
Bahan-bahan :
- 800 gm Paha ayam
- 140 gm Tomato
- 15 gm Rempah beriani
- 30 gm Daun ketumbar
- 30 gm Daun pudina
- 45 gm Minyak sapi
- 15 gm Tomato puri
- 10 gm Badam
- 10 gm Biji gajus
- 10 gm Bawang goreng
- 300 ml Air
- 5 gm Garam
Bahan perapan :
- 15 gm Halia
- 20 gm Bawang putih
- 25 gm Cili merah
- 5 gm Serbuk lada hitam
- 75 gm Tairu
Bahan tumis :
- 30 gm Bawang besar -dihiris
- 10 gm Kayu manis
- 5 gm Buah pelaga
- 5 gm Bunga cengkih
Cara
penyediaan :
1. Kisarkan
bahan-bahan bawang putih, halia, cili merah dan lada hitam untuk parapan ayam.
2. Bersihkan
ayam dan toskan. Kemudian, masukkan ayam dalam mangkuk besar dan masukkan
bahan-bahan yang telah dikisar serta tairu. Perapkan selama satu jam.
3.
Setelah
satu jam, panaskan kuali dan cairkan minyak sapi. Kemudian, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, dan
bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
4.
Masukkan
bawang besar yang telah dihiris dan tumis sehingga garing.
5.
Masukkan
tomato puri dan rempah beriani. Kacau
sebati dan tumis sehingga garing.
6.
Masukkan
ayam, tomato, daun ketumbar, daun pudina dan sedikit air supaya tidak hangit
dan ayam cepat empuk.
7.
Kecilkan
api dan masukkan badam, gajus dan bawang goreng. Sesuaikan rasa.
8.
Masak
sehingga pekat.
9.
Sedia
untuk dihidangkan.
Selamat mencuba kawan-kawan...
Enak sehingga menjilat jari..... (^_^).......
###################################
Khuzaimah
No comments:
Post a Comment