Resepi yang ingin saya kongsikan dengan anda pada kali ini adalah salah satu menu dalam set menu India yang kami sediakan pada amali ke -7 iaitu Dalca.
Inilah rupa dalca yang kami sediakan pada amali 7 yang bertemakan set menu India. Jika sediakan nasi beriani memang tak sah kalau tak digandingkan dengan dalca. Dalca yang kami sediakan pada minggu ini adalah gabungan di antara daging dan sayur-sayuran. Selain dimakan dengan nasi beriani, dalca juga enak dimakan dengan roti canai dan enak juga dimakan begitu saja :)..
Kepada penggemar sayur, makanan ini amat sesuai dijadikan pilihan kerana terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran antaranya adalah lobak merah yang baik untuk mata, terung panjang, tomato baik untuk kulit, kacang buncis dan juga kentang yang sememangnya feveret saya. :)
Kalau di negeri kelantan, dalca juga dimakan dengan nasi putih atau sering juga disediakan semasa majlis perkahwinan mahupun majlis kenduri. Jika dimakan dengan nasi putih, pasangannya adalah ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kebiasaannya, orang kelantan breakfastnya nasi.. Dalca juga ada disediakan. Senang cakap, kalau nak makan pergi je kedai yang jual nasi pagi-pagi, pasti ada.. perghhhhh... heaven! ok fine! saya rindu nak makan nasi bungkus pagi2 yang sentiasa ada dijual di Kelantan. rindu~ :)
ok jom kita tengok dan belajar sama-sama resepi dalca :)
Bahan-bahan:
- 300 gm Daging
- 100 gm Lobak merah
- 80 gm Terung panjang
- 70 gm Tomato
- 120 gm Kentang
- 100 gm Kacang buncis
- 200 gm Kacang dhal
- 50 gm Rempah kari daging
- 750 ml Santan kotak
- 50 gm Bawang besar - dikisar
- 35 gm Bawang putih - dikisar
- 10 gm Halia - dikisar
- 15 gm Kulit kayu manis
- 5 gm Bunga cengkih
- 5 gm Buah pelaga
- 2 ml Air asam
- 5 gm Garam
- 10 ml Minyak
- 8 gm Serbuk cili
Cara
penyediaan :
1. Kupaskan
bawang dan bersihkan sayur-sayuran. Toskan.
2. Bersihkan
daging dan potong kecil-kecil. Kemudian toskan.
3. Rebuskan
daging yang telah dipotong kecil-kecil dengan kacang dhal sehingga empuk.
4. Sementara
menunggu daging dan kacang dhal empuk,panaskan kuali dan tumiskan kulit kayu
manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar. Tumiskan sehingga garing dan
naik bau.
5.
Masukkan
rempah kari daging dan serbuk cili. Gaul sehingga rata. Masukkan air asam dan garam. Tumiskan
sehingga rempah garing.
6.
Masukkan
terung dan lobak merah serta tomato ke dalam periuk rebusan daging dengan
kacang dhal.
7.
Kemudian,
masukkan rempah yang telah ditumiskan dalam kuali ke dalam periuk. Kacau
sehingga sebati.
8.
Masukkan
santan dan masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam.
9. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba....
By: Waddiah (",)
No comments:
Post a Comment