Monday 17 December 2012

Rambutan Oh Rambutan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

 Sebelum saya berceloteh untuk entri kali ni, agak-agak kat tempat anda musim buah apa sekarang ye?? Musim buah-buahan ni kadang-kadang tak sama antara negeri. 
Sekarang ni  di negeri Perak adalah musim buah-buahan.. Bila saya on da way dari kampus nak ke rumah sewa banyak je mak cik-mak cik, pak cik- pakcik yang jual buah durian, rambutan, manggis dan duku..segar dari ladang tu..


Memang untung la siapa yang ada dusun sendiri. Buah-buahan tak habis nak makan. Tapi bagi yang tinggal jauh dari kampung halaman macam kami ni terpaksa beli la kalau nak makan. Kalau di kampung, musim buah-buahan memang seronok. Tambah-tambah kalau semua ahli keluarga berkumpul. Arghh rindunya saat-saat tu.

Bila teringat zaman budak sekolah dulu, selalu panjat pokok buah rambutan dan manggis. Kalau pokok durian memang tak la kan..hehe. tapi selalu tunggu bila la buah durian nak gugur. Sangat seronok bila berebut-rebut dengan adik pungut durian. Memang antara kenangan yang tidak boleh dilupakan.


Bila dah terlalu banyak buah, kadang-kadang berlaku juga pembaziran. Semua dah tak larat nak makan. Walau pun dah agih-agihkan pada jiran tetangga, still juga berbaki. Alhamdulillah, murah rezeki. Biasanya buah rambutan la yang mengalami nasib macam tu..

Ok, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kaedah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran pada buah rambutan iaitu JEM  RAMBUTAN...
jem rambutan
Mungkin ada di antara anda yang belum pernah merasa jem rambutan, terutamanya buatan sendiri. Bahan-bahannya sangat la mudah iaitu:

  • Buah rambutan (terpulang berapa banyak yang anda suka)
  • Gula
Cara-cara:
  1. Kopek buah rambutan dan asingkan biji daripada isinya.
  2. Kisar isi rambutan hingga hancur. Tidak perlu dimasukkan air.
  3. Masak hingga pekat menggunakan api yang sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelak jem daripada hangit. 
  4. Setelah pekat @ kekuningan, tambah gula pasir secukup rasa. 
  5. Siap, dan boleh dimakan bersama roti atau biskut.

Senang kan, cubalah... 

sumber gambar:
1. http://akumama.blogspot.com/2012/01/jem-rambutan.html

By: Waddiah (",)

No comments:

Post a Comment