Assalamualaikum dan salam
sejahtera…
Musim hujan dah tiba sekarang….. Perasaan hendak makan tu makin
membuak-buak. Tambahan pula dengan cuaca yang sejuk makin membuatkan kita
sering berasa lapar. Cik Ah ada satu resepi
yang hendak dikongsikan bersama-sama dengan kawan. Jadi selepas ini boleh
mencubanya jika ada kelapangan......(^_^)....
Kalau dekat rumah Cik Ah panggil kuih ini dengan nama buah gomok.... Tetapi
nama lebih dikenali dengan nama Tepung Gomak.... Kuih memang sedap dan
merupakan antara kuih-kuih kegemaran Cik Ah jika menjelang bulan ramadhan....
Pernah juga melihat ibu iaitu Bonda Maziah membuatnya di rumah. Pernah juga membuatnya sendiri tetapi dibawah
pemerhatianlah.......(^_^)....
Nak resepinya?????
Jom tengok entri dibawah....
Bahan-bahan :
400gm tepung pulut
300gm kacang hijau
Inti :
300gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
Cara membuat :
Inti :
- Campurkan
gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air dan masak sehingga
kering.
- Angkat dan
ketepikan.
Kuih :
1. Goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga
garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.
2. Bancuh tepung pulut dengan air sedikit
demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
3. Ambil sebesar telur dan leperkan, bubuhkan
sedikit inti didalam dan tutup semula.
4. Didihkan air yang bercampur daun pandan,
masukkan tepung yang berinti tadi, angkat apabila kuih timbul.
5. Kemudian golek-golekkan kuih tadi ke dalam
tepung kacang hijau, susun didalam pinggan.
6. Sedia untuk dihidangkan.
7.
~~~~Selamat mencuba~~~~
.............(^_^)...............
################
Khuzaimah
The Real Money Casino - Woor's Casino
ReplyDeleteIn addition, the Casino 벳무브 features op 사이트 a mobile application 가입시 꽁머니 환전 for players to add and download 강원 랜드 여자 casino games on mobile phones or tablets to play real money slot games. 한게임 포커 apk All in all,