Wednesday 3 July 2013

New Life With New Job......

Assalamualaikum kawan-kawan....
Lamanya Cik Ah tak berblog...dh hampir 6 bulan tamat belajar rupanya Cik Ah ni...Pejam celik, pejam celik dh setengah tahun...Bumi Tanjung Malim masih tetap dihati...Banyak kenangan kat sana...

Coretan kali ini bolh dikatakan ni coretan pertama selepas tamat belajar la..hehehe...(^_^)....
Seronok je dengar kawan-kawan Cik Ah dh ramai yang keje... Ad yg jadi kerani, ad yg sambung belajar dan ad yang jadi guru ganti...maklum lerrrr...degree pendidikan katakan...hahaha..

Cik Ah agak sedih la jugak sbb tak bolh nk tunjuk bakat jadi guru lagi selepas tamat belajar...sob...sob... Nak buat macam mana, xde rezeki  lg nk jd pendidik..bkn x mencuba.....tapi bukan rezeki Cik Ah nk tunjuk bakat lagi...REDHA je la....

Bagaimanapun, cik dh boleh senyum dah skrg...  Alhamdulillah...dh keje dh...dh sebulan lebih dah... Walaupun lari bidang, tapi still lagi berkaitan...hahaha... FOOD....FOOD.......(^_^)....
Kira okey la kan????Gaji bolh la...cukup2 mkn je...lepas la jugak nk bayar hutang2 lapok (PTPTN)  tu.... hahaha..
haaaa...kat sini la Cik Ah keje skrg...
Kedai kek & pastri yang turut menyediakan tempahan untuk ape-ape majlis dan juga turut menerima pelajar2 menjalani latihan praktikal...best jugak keje kat sini...Kena dengan jiwa Cik Ah...hahaha...

Tapi kan, waktu keje je yg kurang kena dengan jiwa sikit... 3am masuk keje, keluat 11am...Faham2 sendiri la macam mana mata Cik Ah nak tggu habis waktu keje...hahaha...Macam Zombie...huahahaa...

Well, nak buat cmne, Cik Ah kne stay bahagian production membuat roti dan pastri untuk pasaran sekolah..jadi, kena lah bangun pagi2......(^_^)....
Xpe...pagi ke, tengah hari ke, petang ke, malam ke....janji dapat gaji...rezeki jangan ditolak......Betul x???

Antara roti, pastri & kek yang pernah Cik Ah buat sepanjang bekerja kat cni banyak la jugak...
Jom view picture kat bawah.....(^_^)....

Antara Produk untuk Sekolah

Roti Sosej
Donut
Tempahan aneka kek & pastri


Mini Pavlova

Antara Aneka Tart



Resberry Cheese Tart
Tart Telut

Antara tempahan untuk doorgift majlis2 berkaitan... (Perkahwinan, Khatam, Kesyukuran & lain2)

Marble kek



Yummy3....
Inilah dunia Cik Ah skrg...seronok...huhuhu...



********************
Khuzaimah


Monday 24 December 2012

Kuih Tepung Gomak


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Musim hujan dah tiba sekarang….. Perasaan hendak makan tu makin membuak-buak. Tambahan pula dengan cuaca yang sejuk makin membuatkan kita sering berasa lapar.  Cik Ah ada satu resepi yang hendak dikongsikan bersama-sama dengan kawan. Jadi selepas ini boleh mencubanya jika ada kelapangan......(^_^)....
Kalau dekat rumah Cik Ah panggil kuih ini dengan nama buah gomok.... Tetapi nama lebih dikenali dengan nama Tepung Gomak.... Kuih memang sedap dan merupakan antara kuih-kuih kegemaran Cik Ah jika menjelang bulan ramadhan....

Pernah juga melihat ibu iaitu Bonda Maziah membuatnya di rumah.  Pernah juga membuatnya sendiri tetapi dibawah pemerhatianlah.......(^_^)....

Nak resepinya?????
Jom tengok entri dibawah....


Bahan-bahan :
400gm tepung pulut
300gm kacang hijau

Inti :
300gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir

Cara membuat :
Inti :
  1. Campurkan gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air dan masak sehingga kering.
  2. Angkat dan ketepikan.

Kuih :
1.      Goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.
2.      Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
3.      Ambil sebesar telur dan leperkan, bubuhkan sedikit inti didalam dan tutup semula.
4.      Didihkan air yang bercampur daun pandan, masukkan tepung yang berinti tadi, angkat apabila kuih timbul.
5.      Kemudian golek-golekkan kuih tadi ke dalam tepung kacang hijau, susun didalam pinggan.
6.      Sedia untuk dihidangkan.
7.       

~~~~Selamat mencuba~~~~
.............(^_^)...............


################

Khuzaimah

Budu


Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya……

Tidak ternilai sumber proteinnya,
Rasanya enak sedap tidak terperi,
Sungguh laris jika dijualnya,
Itulah Budu nama diberi.

Wah-wah....Berpantun pula Cik Ah ni.......(^_^).......
Rasanya kawan-kawan sudah boleh mengagak tajuk apa yang akan dikarang pada entri kali ini....Tidak lain tidak bukan ialah BUDU......Kalau sebut je pasal budu mesti kawan dapat membayangkan negeri-negeri pantai timur terutamanya negeri Kelantan dan juga Terengganu. 

Seperti yang diketahui, Kelantan dan Terengganu memang kaya dengan hasil tangkapan lautnya. Jadi tidak hairanlah budu banyak terdapat di kawasan negeri tersebut.  Budu ialah sejenis pekasam iaitu pati ikan bilis.  Dan ia merupakan sumber protein yang tinggi kepada tubuh badan.  Budu terjadi adalah akibat daripada proses di mana ikan bilis bersama-sama dengan garam diperam sehingga menjadi hancur dan berpati.  Kemudian hampas tulang akan diasingkan dan melalui proses pembungkus dan seterusnya dipasarkan.  Budu seringkali dihidangkan dengan perahan limau nipis dan cili untuk dimakan bersama-sama ulam-ulaman serta ikan bakar.  Jika di kampung-kampung, budu menjadi menu utama kerana ia mampu membangkitkan selera makan terutamanya golongan orang tua.  Lebih enak jika budu dicampurkan bersama-sama dengan tempoyak dan dimakan bersama ulam-ulaman. 




Antara jenama budu di pasaran

Pati Ikan Bilis

Cap limau nipis

Cap Ketereh

Sos Bilis

Khasiat Budu
Walaupun budu merupakan pati ikan, namun ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  Ahli pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New  Zealand dan Jerman pernah membuat kajian dan telah menemui bukti yang menyatakan bahawa budu menpunyai khasiat yang baik.  Antaranya ialah (sumber wikipedia) :
  • Mempunyai glutathione iaitu bahan antioksidan yang dapat mengeluarkan toxic dalam badan.
  • Dapat meningkatkan daya tahan badan sehingga dapat mengawal penyakit yang merbahaya seperti kanser.
  • Dapat mengawal radikal bebas dan menghalang proses penuaan.
  • Dapat mencegah penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis dan juga kanser.
  • Budu juga mempunyai zat antibakteria untuk mengelakkan cirit-birit (diarrhoea), penurun kolestrol darah, mencegah penyakit jantung dan juga hipertensi.
  • Memilik zat gizi yang mudah dicerna, diserap dan dimanfaati oleh tubuh badan.
  • Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita diarrhoea kronik.
  • Dapat meningkatkan IQ kepada sesiapa sahaja yang memakannya kerana mempunyai sel-sel otak dan mengukuhkan ikatan antara neutron-neutron serta menguatkan neutron yang lemah.
  • Budu juga dapa membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa iaitu penyebab kepada gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanan dan orang dewasa.
  • Mempunyai vitamin larut air iaitu B kompleks dan vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.

Walaupun budu mempunyai banyak kelebihan, namun ia masih mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu.  Antaranya ialah :
·        Oleh sebab budu adalah pati ikan, ia menyebabkab baunya agak kuat dan kurang disenangi oleh orang ramai.
·        Kandungan asid urik yang tinggi dan tidak sesuai untuk pesaikt gaut, kencing manis, jerawat batu, darah tinggi, barah payudara dan keguguran rambut yang kronik.

Budu boleh dimakan dengan pelbagai cara

Budu & Tempoyak

Budu & Mangga muda

Budu & bawang serta cili

Bagi mereka yang mengemari budu dan sukar untuk mendapatkannya, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.  Di sini Cik Ah ingin berkongsi resepi membuat budu kepada kawan-kawan...(sumber encik google)

Cara Membuat Budu
Bahan-bahan
1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisan/gula melaka/manisan
Air secukupnya

Cara-cara 
  1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
  2. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas. Ratakan (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  4. Masukkan nisan/gula melaka dan gaul rata.
  5. Taburkan ikan bilis di atas lapisan garam dalam bekas tadi.
  6. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis.
  7. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam. Isi air hingga penuh.
  8. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur).
  9. Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  10. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguklah hasilnya. Kacau jika ia masih tidak hancur.  
  11. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dalam peti sejuk.

Diharapkan. Selepas membaca entri kali ini, ramai kawan-kawan Cik Ah memilih untuk makan budu.  Rugi jika tidak mencubanya. Walaupun baunya kurang enak, namun khasiatnya amat bergunakan kepada tubuh badan kita.


~~~~Selamat mencuba~~~~
.........(^_^).........


################
Khuzaimah