Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Kali ni saya nk kongsikan dengan anda satu resepi yang sangat menarik dan pastinya sedap.
Biasanya orang perempuan yang selalu masak ni, hari-hari mesti nak fikir...'apalah nak masak hari ni...' atau sebelum tidur dah fikir 'nak masak apa esok ye..' Kalau boleh mesti la nak sediakan menu yang menarik dan berbeza setiap hari untuk keluarga. Betul tak??
Haa..apa kata hari ni anda cuba resepi di bawah ni.. Sebelum tu kita tengok dulu gambarnya..
Nampak sedap tak??
Kalau nak tau sedap ke tak, kena la cuba resepi ni. Namanya IKAN PERCIK versi Thailand. Hidangan ni kami sediakan semasa kelas amali yang bertemakan set menu Thailand.
Biasanya kalau di Kelantan ikan perciknya berwarna putih, tapi kali ini agak berbeza.
Ikan yang saya gunakan adalah ikan siakap. Tapi sekiranya tidak ada ikan siakap boleh juga digantikan dengan ikan lain. Kaedah memasaknya agak mudah kerana hanya perlu membakarnya di dalam ketuhar.
Jika mak-mak kita dulu atau mungkin sekarang pun masih ada, bila buat ikan percik mesti nak membakarnya di atas bara api. Bila dah separuh masak, barulah dicurahkan sosnya kemudian di bakar. Begitulah seterusnya sehingga la ikan betul-betul masak. Tapi memang tak dinafikan rasanya sangat sedap. Tak sah kalau tak tambah nasi...
Berbalik pada ikan percik versi Thailand ini, kaedah untuk menyediakan sosnya adalah dengan menumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu. Kemudian dimasukkkan santan dan diperasakan dengan bahan-bahan-bahan perasa. Sos tersebut kemudiannya dicurahkan ke atas ikan tadi dan dibungkus dengan daun pisang, keranjang aluminium, kemudiannya baru la dibakar.
Untuk mendapatkan resepi penuh, jom kita layan...
Bahan-bahan
- 850 gm ikan siakap
- 1 keping keranjang aluminium
- 4 helai daun pisang
- 3 helai daun pandan
- 5 gm lada sulah
Bahan-bahan sos percik
- 500 ml santan pekat
- 30 ml jus limau
- 30 ml sos sotong
- 5 gm garam dan gula
bahan-bahan kisar
- 180 gm cili merah
- 20 gm cili padi
- 20 gm halia
-
100 gm bawang merah
- 15 gm bawang putih
- 10 gm kunyit hidup
- 15 gm daun limau purut
- 10 gm buah keras
- 20 gm serai
Langkah penyediaan:
- Ikan disiang dan dibersihkan.
- Minyak dipanaskan dan bahan-bahan
kisar ditumis hingga garing dan wangi.
- Kemudian, masukkan santan dan
kacau sentiasa menggunakan api perlahan sehingga pekat.
- Apabila santan pekat, masukkan
jus limau, sos sotong, gula dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya dan
angkat.
- Kemudian, lumurkan ikan dengan
garam serta lada sulah.
- Di atas dulang pembakar,
letakkan keranjang aluminium dan alas dengan daun pisang dan daun pandan.
- Letakkan ikan di atasnya dan
percikkan kuah atau sos percik tadi.
- Bungkus ikan dan bakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.
- Setelah masak hidang dan boleh dinikmati bersama orang tersayang.
Nyum..nyum...senang kan. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog kami..
Jangan lupe mencuba resepi ni.. pasti menjilat jari..dan yang penting...licin..
Sampai berjumpa lagi...daa
By: Waddiah (",)
No comments:
Post a Comment