Monday 24 December 2012

Bubur Lambuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Rindunya dekat kampung halaman….Kalau entri sebelum Cik Ah menyenaraikan menu-menu bermain di minda tentang makanan-makanan Terengganu.  Kali ini Cik Ah ingin berkongsi resepi tentang Bubur Lambuk....Cik Ah yakin mesti semua orang suka makan bubur lambukkan????

Pernah tak kawan-kawan mencuba bubur lambuk dari Terengganu....???Rasa dan rupanya tak sama dengan bubur lambuk sebelah pantai barat... Rasanya memang sedap....Kalau di bulan ramadhan, bubur lambuk di Terengganu banyak dijual di gerai-gerai di Bazar Ramahan....Sama juga di Pantai Barat, bubur lambuk banyak juga di dapati di bulan Ramadhan.....
Bubur Lambuk

Jika bubur lambuk di Pantai Barat, bubur lambuknya berwarna putih dan bahan-bahan yang digunakan ialah seperti lobak merah, daging atau ayam, sayur campur dan lain-lain lagi....

Berbanding dengan bubur lambuk di Terengganu, bubur lambuknya sedikit gelap dan bahan-bahan yang digunakan juga berbeza dengan bahan-bahan bubur lambuk pantai barat.  Di Terengganu, bahan-bahan yang digunakan ialah seperti pucuk paku merah atau lebih dikenali dengan nama pucuk miding, daun kadok, daun kesum, daun kecur manis dan makanan laut seperti ikan, kerang dan sotong.... Dan bahan istimewa turut dimasukkan ke dalam resepi ini iaitu budu.  Budu kebiasaannya diletakkan kedalam bubur lambuk dan faktor budu menyebabkan warnanya berubah.

Kalau di Terengganu, bubur lambuk akan dimakan bersama dengan ikanbilis goreng, keropok, air lada dan perahan limau nipis.  Selain itu, budu juga dihidangkan bersama ketika menikmati bubur lambuk kerana sesetengah orang suka menambahkan budu semasa menikmatinya.

Jadi, pada kali ini, Cik Ah ingin berkongsi resepi bubur lambuk Bonda Maziah......
Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan :

  • 1 kg ikan selayang/kembung- rebus ambil isinya
  • 1 kg beras
  • 2 tbsp kerisik
  • 3 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 inci halia
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ikat daun pucuk paku merah
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 ikat daun kaduk
  •  ½ ikat daun cekur manis
  • 300 gm kerang
  • Budu 3 tbsp
  • Garam dan bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan :
1.      Bersihkan beras sehingga bersih dan rebus beras sehingga betul-betul empuk di dalam periuk
2.      Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk kedalam periuk. Biarkan mendidih.
3.      Masukkan lada hitam dan ikan yang telah ditumbukkan. Kacau sehingga rata.  
4.      Masukkan budu, garam dan bahan perasa secukupnya.  Kacau rata.
5.      Masukkan daun-daun ulam yang telah dibersihkan.  Kacau sehingga daun ulam layu.
6.      Sedia untuk dihidangkan.
7.      Hidangkan bersama keropok, ikan bilis goreng, air lada, perahan limau nipis dan juga budu.


~~~~~Selamat mencuba~~~~~
.........(^_^).........

####################
Khuzaimah

No comments:

Post a Comment