Wednesday, 19 December 2012

Sukun Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, apa khabar anda semua? Semoga ceria-ceria selalu... Maniskan muka dengan senyuman..
Senyuman itu kan satu sedekah.. Betul tak??

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sejenis buah yang boleh dikatakan jarang kita jumpa dan ada di antara kita belum pernah jumpa buah ni.. Buah apa agak-agak ye..


Haa mesti dah ramai yang kenal buah ni kan.. namanya adalah buah sukun. 
Pokok sukun ni biasanya banyak ditanam di kampung-kampung. Saya mula kenal buah sukun ni semasa saya tingkatan dua bila ternampak pokok sukun tepi jalan. Masa tu saya memang tak tau buah sukun ni boleh dimakan. Selepas diterangkan oleh ibu barulah saya tau...

Dari segi luarannya, buah sukun kelihatan seperti cempedak dan nangka tetapi bentuknya lebih bulat dan tidak memanjang. Sekiranya buah sukun dipetik pada peringkat yang terlalu matang, isinya akan menjadi terlalu lembut apabila dimasak manakala jika dipetik terlalu muda akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila dikupas. Cara untuk mengupas kulit sukun adalah seperti mengupas kentang tetapi sedikit tebal. 

Buah sukun selepas dikupas kulit

Dah lama saya tidak menikmati sukun goreng ni.. tiba-tiba pula teringin nak makan tapi kat sini mana nak cari. Biasa kalau petang-petang mak cik-makcik selalunya menjual pisang goreng, ubi keledek goreng, cempedak goreng. Memang susah nak jumpa sukun goreng ni..lagipun buahnya bermusim. 

 Apa-apa pun, hari ni saya ingin berkongsi dengan anda resepi menyediakan sukun goreng. Sangat mudah resepinya..


Bahan-bahan:
  • sukun - kupas, potong dan basuh bersih
Bahan penyadur:
  • 3 sudu tepung gandum
  • 3 sudu tepung jagung
  • sedikit pewarna kuning
  • garam secukup rasa
  • 3/4 cawan air
cara-cara:
  1. Satukan bahan-bahan penyadur dalam satu bekas dan adun sehingga sebati dan tidak berketul.
  2. Celup buah sukun dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  3. Apabila sudah masak, angkat dan boleh dimakan. 
Sukun goreng enak dimakan bersama sambal kicap.. Mak mertua lalu pun tak perasan.huhu.. makan macam tu pun boleh..

Selain digoreng, buah sukun juga boleh dibuat kerepek, bubur atau direbus. Selain itu, ia juga boleh dijadikan hidangan sayur..

Ok, sampai bertemu lagi.. 

By: Waddiah (",)


No comments:

Post a Comment