Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera kawan-kawan J
Hari ni
Cik Wawa teringat-ingat kan kampung halaman tercinta.. yela.. memandangkan hari
ni kelas terakhir, pintu rumah (kat kelantan ye J) mula
melambai-lambai .. ohhh rindu! L
Bila teringat
dan rindu kampung halaman, sudah tentu la teringat makanan yang dari kelantan
kan?? J Makanan feveret yang Cik
Wawa nak kongsikan hari ni adalah... jeng.. jeng.. jeng.. senang dan simple
je.. IKAN REBUS GORENG.. alaaa.. makanan orang kampung je. (Cik Wawa orang
kampung, tentulah makan cara orang kampung.. merendah diri gitu J)
Jangan tengok rupanya, tapi rasanya yang perlu dinilai.. J Kawan-kawan yang bukan berasal dari kelantan pernah dengar? Pernah makan??.. Tak pernah kan.... rugi-rugi.. ish2 J Jom tengok apa bahan-bahan nya J
Bahan-bahan
nya adalah :
· ikan kembung / sardin /
tongkol atau apa-apa ikan la
ikut
suka berapa ekor (prefer sardin, kalau orang kampung saya panggil ikan
selayang. J)
· 5 asam keping –
bergantung kepada jumlah ikan, kalau banyak, sila tambah asam kepingnya ya.
· garam secukup rasa,
sikit je.
· air secukupnya untuk
merebus
· minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan
dimayang
*2 ulas
bawang merah/ 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
*2
tangkai cili/ 2 biji lada hijau (dipotong kasar)
* sedikit
limau nipis
Cara-cara
1.
Ikan dibersihkan dan dipotong.
2.
Rebus ikan bersama asam keping dan garam. (masukkan
ikan, asam keping, garam dan air secukupnya dan rebus dalam periuk. rebus
sampai air hampir kering. padamkan api.)
3.
Bila ikan dah masak, ambil beberapa ekor ikan dan goreng
ikan tadi.
4. Bila dah nak garing (ikut suka nak garing ke tak,
kalau saya suka garing), masukkan bawang merah/bawang besar yang telah dimayang
tadi. Kalau guna lada hijau yang besar, bolehlah digoreng bersama. Kalau tak nak
guna pon boleh. Saya guna.
5. Goreng hingga bahan tadi garing dan harum. bolehlah
di angkat dan dihidangkan.
6. Perahkan limau, dan taburkan pada ikan cili yang
telah dimayang.
7.
Langkah terakhir adalah MAKAN! J
Sedap sangat-sangat
bila dimakan dengan nasi putih. makan masa nasi dan ikan yang masih panas. Makan
panas-panas gitu.. J Cara paling
best makan ikan rebus goreng adalah ikan rebus yang dah digoreng tadi,
digaul-gaulkan bersama nasi....hmmm memang best! Jorang kampung saya cakap, bukan
saya ya.. mak mertua lalu confirm tak perasan.. macam tu la rasanya makan ikan
rebus goreng dengan nasi panas-panas. Nak-nak pula ada ulam-ulaman dan budu..
perghhhhh.. memamg tak perasan la Brad Pitt lalu pon J
Thanks Pakcik Google, ada pun gambar nak tunjuk kat kawan-kawan saya J
Lebihan
ikan yang tak digoreng boleh simpan dalam peti ais. tahan lama, selagi tak
berkulat lah.. kalau ada ikan2 yg dah tak tau nak buat apa, buat je macam ni...pasti
habis.. confirm! tak percaya akan kesedapan ikan rebus goreng makanan
orang-orang kelantan ni?? balik kampung nanti, masing-masing cuba.. memang
sedappppppppp J Thumbs Up!
Waddiah J
No comments:
Post a Comment