Wednesday 24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Apa khabar anda semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat di samping orang tersayang.. Lusa semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau dikenali juga sebagai  Hari Raya Korban.

Hari Raya Aidil Adha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha pada pagi 10 Zulhijjah. Sambutan Aidil Adha diteruskan dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Hari Raya Korban merupakan hari untuk umat Islam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Betapa besarnya pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail.

Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s dilanjutkan pula oleh umat Islam bagi membantu mereka yang susah. Jika semua umat Islam mampu menghayati erti pengorbanan tersebut, insyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat Islam kini. Hari Raya Korban mampu mendekatkan jurang di antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah dan antara penguasa dan rakyat biasa. Marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan ini bersama-sama.

Emm bila teringatkan Hari Raya Korban yang akan disambut nanti, pasti pelbagai menu yang telah dirancang untuk juadah hari raya nanti. Maklum la, bila dah raya korban ni maka ramai la yang akan membahagi-bahagikan daging. So, ada yang plan nak buat satay, rendang, daging salai masak lemak dan pelbagai lagi juadah istimewa. Sambutan di sebelah pantai timur pastinya lebih meriah terutama apabila semua sanak saudara berkumpul untuk sama-sama melakukan ibadah korban.  Walau apa pun juadah yang akan disediakan, pastikan tidak berlaku pembaziran, ok!

Ok, la di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam. Semoga perayaan ini mampu menyatukan kita semua dan memberikan kesedaran kepada kita. InsyaAllah....






Monday 22 October 2012

Bubur Pulut Hitam


Kali kami nak kongsi lagi satu resepi iaitu bubur pulut hitam...Ia adalah sejenis hidangan pencuci mulut. Sesuai untuk di makan seisi keluarga..

Selamat mencuba kawan-kawan.....



Bahan-bahan                                                                         
100 gm                         Beras pulut hitam                                 
50 gm                           Gula pasir                                            
1 helai                           Daun pandan                                       
100 ml                          Santan cair                                          
50 ml                            Santan pekat                                       
5 gm                             Garam                                                 
                                                                                               

Cara penyediaan
1.      Rendamkan beras pulut hitam selama 30 minit -1 jam supaya beras menjadi lembut.
2.      Renehkan beras pulut dengan air yang mencukupi sehingga ia menjadi kembang.
3.      Setelah kembang, masukkan santan cair.  Kemudian, masukkan gula, daun pandan dan garam.  Masak sehingga mendidih.
4.      Kacaukan sehingga bubur betul-betul masak.  Jika bubur menjadi pekat, tambahkan sedikit air.  Angkat dan ketepikan.
5.       Panaskan santan pekat dengan api yang perlahan.  Masukkan sedikit garam dan masak sehingga naik wap.  Tutupkan api dan angkat.
6.      Sendukkan bubur pulut hitan ke dalam mangkuk yang disediakan, kemudian tuangkan satu sudu besar santan pekat ke dalam mangkuk sebelum menghidang.
7.      Sedia untuk dihidangkan.

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan..
Pada kali ini kami nak kongsi satu lagi resepi iaitu kuih.  Kuih ni selalunya banyak dijual apabila tiba bulan puasa.  Ada yang dibuat secara tradisional dan ada juga dibuat secara komersial. 

Nak tahu kuih ape?????
teruskanlah tengok entri ini~~~~~

inilah rupa kuih yang berjaya kami hasilkan

Bahan-bahan
150 gm                         Tepung gandum                                   
200 ml                          Santan pekat                                        
175 ml                          Jus pandan                                         
2 biji                             Telur                                                                        
100 gm                         Gula                                                     
40 gm                           Marjerin cair                                       
5 gm                             Garam                                                 
1 ml                              Pewarna                                              
20 gm                           Bijan goreng
                                                                                           
                                                                                            
Cara penyediaan :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dengan api atas dan bawah.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak, garam dan gula ke dalam mangkuk yang besar.  Sebatikan.  Buatkan lubang di tengah-tengah mangkuk dan pecahkan telur.  Gaulkan rata.
  3. Masukkan ½ santan dan juga jus pandan ke dalam mangkuk adunan.  Kacau sehingga rata.  Kemudian masukkan baki santan dan jus pandan ke dalam mangkuk.  Ratakan sehingga rata.
  4. Masukkan marjerin cair dan gaul sebati.
  5. Rehatkan selama 10-15 minit.
  6. Sapukan acuan pembakar bentuk bunga dengan minyak.  Panaskan acuan seketika sebelum menuangkan adunan kuih bakar.
  7. Tuang adunan sehingga paras tengah acuan.
  8. Bakar selama 1 jam.
  9. Sejukkan dan potong.  Sedia untuk dihidangkan.
~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
Rugi kalau tak cuba
......(^_^)........

Friday 19 October 2012

~ Minggu Ketiga Amali Masakan~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat blogger dan pembaca sekalian..

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi singgah di blog kami yang simple ni.. nanti jangan lupa tinggalkan komen anda ye.

Emm sedar tak sedar minggu ni dah masuk amali yang ketiga bagi kursus yang kami ambil ni.. Sepatutnya pada minggu ni kami akan memasak makanan bertemakan menu set, tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan jadi kami meneruskannya dengan masakan yang bertemakan Kuih Muih Manis.. Manis pn manis la.. macam orang yang tulis blog ni..hehe.. Ok,fine! Mcm orang yang tengah baca entri ni.. (bagi can la..huhu)

Menu yang kami dapat pada minggu ini adalah Bubur Pulut Hitam dan Kuih Bakar Pandan.. Sumber utama yang digunakan untuk menyediakan bubur pulut hitam adalah beras pulut hitam dan santan manakala sumber bagi kuih bakar pandan pula adalah tepung gandum, santan dan daun pandan..

Sebelum tu, saya ingin bertanya kepada anda. Pernah tak anda tengok pokok beras pulut hitam??
Tak pernah ek?hehe.. Sama la kita.. Di sini saya ingin kongsikan dengan anda pokok beras pulut hitam..

Pulut hitam merupakan sejenis padi pulut yang ditanam di negara kita untuk kegunaan masyarakat tempatan untuk dibuat bubur pulut hitam, kuih muih dan sebagai makanan kesihatan.. Pokoknya sama macam pokok padi biasa cuma warna agak kehitaman.

Pokok pulut hitam
Bagi menu yang kedua adalah kuih bakar pandan. Semua orang dah tau pokok pandan macam mana kan.. Tak perlu tunjuk pun pun tak pe kot. Biasanya mak-mak kita ada tanam pokok pandan kat belakang rumah.  Kalau tak tanam sendiri pun, jiran-jiran mesti ada tanam kan. Bila nak guna, minta sikit dengan jiran.. Alaa..macam tak biasa pulak dia..btl tak? hehe. Nanti bila dah siap masak tu, hulur-hulur la sikit kat jiran.. Lain kali boleh minta daun pandan lagi..hihihi

Penyediaan menu untuk minggu ini agak mudah kerana bahan-bahan yang digunakan  ringkas dan tidak banyak. Banyak ilmu baru yang kami dapat setiap kali datang ke kelas amali. Dalam menyediakan apa-apa menu pun, apa yang penting kaedah dan teknik yang kita gunakan. Walaupun bahan dan sukatan yang digunakan adalah betul, kadang-kadang hasil yang diperolehi tidak seperti yang kita harapkan. Jadi, perkara yang utama dalam proses pembelajaran adalah rujuk pada orang yang lebih arif. Kalau dalam kelas amali kami sape lagi kalau bukan Puan Saedahtinnur..terima kasih ye puan..

Untuk amali kali ni, banyak betul makanan manis yang masuk ke dalam perut kami. Dah temanya pun kuih muih manis kan. Bertambah manis la muka kami lepas ni. Jangan sampai kena kencing manis sudahlah ye..hehe. Bayangkan semuanya ada 9 unit dan setiap unit akan masak 2 menu. Macam-macam ada.. Ada bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur caca, kuih lapis, kuih cara dan macam-macam lagi.. Part makan-makan tu yang best..

Macam biasa, setiap kali ada masak-masak maka akan ada sesi penilaian markah daripada rakan-rakan dan pensyarah. Terima kasih ye kawan-kawan untuk pujian dan teguran membina yang diberikan. Nanti minggu depan kita masak sama-sama lagi k.

Hidangan kami pada minggu ini:
Bubur Pulut Hitam dan Kuih Bakar Pandan


Minuman dan Kuih Tempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian....


Pada minggu ni, topik yang kami pelajari semasa kelas teori adalah Minuman dan Kuih Tempatan. Kenapa kami perlu belajar tentang  minuman dahulu sebelum kuih tempatan? Sebenarnya, terdapat tiga klasifikasi minuman yang biasa kita minum iaitu minuman yang menyegarkan, minuman yang merangsangkan dan minuman yang berkhasiat. Jadi, kita perlu tahu ketegori minuman yang sesuai untuk dihidangkan bersama kuih tempatan nanti.

Minuman adalah cecair yang diminum sewaktu kehausan atau untuk keperluan badan bagi mengekalkan kesihatan. Minuman menyegarkan adalah terdiri daripada jus buah-buahan segar atau sayur-sayuran yang dicampurkan dengan sirap (air gula) yang sejuk. Ia berfungsi untuk menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Minuman ini mengandungi vitamin A, C, karbohidrat dan garam mineral.

 Minuman yang merangsangkan adalah seperti teh, kopi dan koko yang kebiasaannya dihidangkan panas. Minuman ini jika dihidangkan, diminum bersama kopi dan susu akan menambahkan karbohidrat, protein, vitamin A, D, kalsium dan fosforus.

Minuman berkhasiat adalah semua jenis susu kerana ia berperanan untuk menjaga kesihatan terutamanya bagi golongan kanak-kanak, bayi, dan ibu yang menyusukan bayi. 

Contoh minuman yang merangsangkan
Contoh minuman yang menyegarkan
KUIH TEMPATAN 

Kuih tempatan adalah kuih yang diperbuat daripada bahan tempatan yang terdapat di sekitar kita seperti gula melaka, ubi kayu, ubi keledek, pisang, keladi, sagu, tepung beras, beras pulut, kelapa dan sebagainya. Kuih tempatan kaya dengan karbohidrat dan lemak tetapi kurang protein dan garam mineral.

Kuih tempatan yang terdapat di Malaysia  menggambarkan budaya dan tradisi penduduk berbilang kaum di negara ini.

Kuih tempatan menjadi pilihan untuk dihidangkan sebagai:
-          Pencuci mulut
-          Hidangan untuk sajian minum pagi dan petang
-          Makanan bekal

kuih muih tempatan
BATER

Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu Battre yang bermaksud pukul atau enjut.
Bater merupakan adunan campuran tepung dan cecair yang diadun untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim. Cecair yang biasanya digunakan adalah seperti air, susu atau telur.

Tujuan telur dimasukkan adalah untuk menambahkan khasiat dan menyedapkan rasa bater.
Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair dan bater pekat mengikut kadar nisbah cecair dengan tepung sesuatu bater.

Fungsi bater
  • Kekalkan tekstur makanan
  •    Halang kehilangan zat makanan apabila menggunakan kaedah memasak menggoreng dalam minyak yang penuh
  •  Elak makanan menjadi hancur dan diserapi minyak



Prinsip dan Kaedah Memasak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat...

Pada kelas teori sebelum ini, kami telah mempelajari topik Prinsip dan Kaedah Memasak. Saya yakin ramai di antara kita yang gemar memasak di rumah terutamanya untuk orang yang tersayang kan? Tapi tahukah anda apa tujuan kita memasak selain untuk makan bagi mengisi perut yang kosong? 


Biasanya, bahan yang kita gunakan dalam masakan adalah terdiri daripada bahan mentah dan terdapat banyak bakteria yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar. Jadi, memusnahkan bakteria adalah salah satu tujuan makanan perlu dimasak. Jom kita tengok tujuan lain memasak makanan.
  • Supaya makanan tersebut mudah dimakan dan dihadamkan ( apabila makanan dimasak, selulosa, gentian tisu dan bijian kanji menjadi lembut)
  •  Boleh menambahkan selera makan kerana bau yang merangsangkan dan rasa yang sedap.
  •  Untuk tujuan pengawetan
  •  Untuk mencipta pelbagai variasi makanan
Terdapat dua prinsip memasak yang sering kita gunakan iaitu:
                 Menggunakan haba kering
                 Menggunakan haba kering

Ok, jom kita tengok satu persatu apa itu haba lembap dan haba kering.


       i.  Menggunakan haba kering
-          Memasak makanan dalam udara panas, pancaran haba atau di dalam minyak yang panas.
-          Contoh kaedah memasak yang menggunakan haba kering:
·         Menggril
·         Memanggang
·         Membakar
Ø  Membakar kering
Ø  Membakar menggunakan sedikit kelembapan
Ø  Membakar dengan sedikit pengubahsuaian haba
·         Menggoreng
Ø  Menggoreng tohor
Ø  Menggoreng dengan minyak banyak
·         Saute
·         Ketuhar gelombang mikro


Kaedah menggril
Kaedah menggoreng dengan minyak banyak

ii.      Menggunakan haba lembap
-          Memasak di dalam cecair panas atau dengan mengewap makanan
-          Contoh kaedah memasak yang menggunakan haba lembap adalah:
·         Mengukus (steaming)
·         Merebus (boiling)
·         Mereneh
·         Merendidih ( simmering)
·         Mencelur (blanching)

Kaedah mengukus

Kaedah mencelur
      Ok, itulah serba sedikit info berkaitan dengan haba lembap dan haba kering.  Lepas ni boleh la anda bezakan kaedah mana yang anda gunakan semasa menyediakan makanan. Jumpa lagi..



Nasi Kerabu




Bahan A (Nasi)
400 gm     Beras
1     ml      Pewarna

Bahan B (Sambal Tumis)
40 gm     Bawang merah – dikisar
15 gm     Bawang putih- dikisar
5 gm       Halia- dikisar
20 gm     Cili kering – dikisar
50 gm     Serai- dikisar
150 ml    Santan pekat
100 ml    Air
3 gm       Garam
10 gm       Gula
1 keping  Asam keping

Bahan C (Serunding Kelapa)
250 gm      Kelapa parut (putih sahaja)
500gm       Ikan kembung (rebus)        
5gm          Garam halus
50gm        Serai                                   
10gm         Lada hitam                         
5gm           Halia                                  
40gm         Bawang merah                   
10gm         Gula                                               
2gm           MSG (ajinomoto)   
5ml             Jus limau

Bahan D (Daging Bakar)
250gm                Daging          
10gm                  Bawang putih
5gm                    Garam
10gm                  Gula  
50gm                  Serai 
5gm                    Serbuk kunyit
5gm                    Jintan manis
5gm                    Lada sulah                
5gm                    Halia

Bahan E (Ulam-ulaman)
30 gm     Daun kesum
45 gm     Bunga kantan
60 gm     Timun (saiz sederhana)
40 gm      Kacang panjang       
40 gm      Taugeh
1 helai     Daun kunyit (daun muda, saiz  
                sederhana)

 Cara penyediaan:
Nasi
1.      Basuhkan beras sehingga air tidak keruh.
2.      Masukkan air pada kuantiti yang sepatutnya dan titiskan pewarna tadi.
3.      Kacau sehingga pewarna dengan beras sebati supaya tiada kesan tompokan warna  pada nasi.
4.      Kemudian, tanak nasi sehingga masak. Setelah masak kacau nasi tersebut supaya tidak garing di bahagian bawahnya.

Sambal Tumis
1.      Masukkan santan pekat dan air ke dalam periuk. Kacau santan di atas dapur dengan menggunakan api perlahan sehingga menggelegak.
2.      Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan asam keping, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
3.      Masukkan garam dan gula. Kemudian biarkan selama beberapa minit supaya tumis tersebut menjadi warna keperang-perangan dan mengeluarkan sedikit minyak daripada santan tadi.
4.      Tumis ini tidakboleh dibiarkan terlalu lama kerana ianya akan menjadi semakin pekat.

Serunding Kelapa
  1. Kelapa parut disangai (goreng tanpa minyak) sehingga keperang-perangan.  Goreng dengan api yang perlahan.
  2. Sementara menunggu kelapa keperangan, rebuskan ikan dan buangkan tulangnya dan tumbuk sehingga lumat.
  3. Tumbukkan kelapa yang telah siap digoreng.  Jangan tumbuk sehingga hancur.
  4. Tumbukkan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Serai yang telah dibersihkan, dihiris nipis dan ditumbuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk bersama-sama bawang. 
  6. Tumbukkan lada hitam sehingga lumat dan campurkan ke dalam mangkuk.
  7. Gaulkan kesemua bahan-bahan sehingga sebati.  Perasakan dengan garam dan juga gula.
  8. Perahkan masukkan jus limau ke dalam serunding dan gaul sebati.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Daging Bakar
  1. Bersihkan daging dan masukkan ke dalam mangkuk.  Potongkan daging ke beberapa bahagian.
  2. Kisarkan bawang, halia dan serai sehingga hancur.  Masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi daging.
  3. Masukkan garam, gula, serbuk kunyit, jintan manis dan lada sulah ke dalam mangkuk dan gaul bersama-sama bahan-bahan lain. Perapkan selama 40mnit.
  4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150°C selama 15-20 minit.
  5. Angkat dan sejukkan.  Potong daging nipis-nipis dan hidangkan bersama-sama nasi.

Ulam-ulaman
1.      Bersihkan semua ulam tersebut dan toskan.
2.      Gulungkan daun kesum dengan menggunakan daun kunyit dan hiris nipis-nipis. Begitu juga dengan kacang panjang dan bunga kantan.
3.      Gaulkan hirisan daun kesum dan bunga kantan tadi bersama.
4.      Timun boleh dihiris memanjang (kecil) atau dicincang. Pastikan timun diasingkan daripada ulam lain kerana ianya akan mengeluarkan air.

Hidangan ini juga boleh dihidangkan bersama-sama dengan telur masin, solok lada dan juga bawang putih jeruk.

~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
........(^_^)........

Thursday 18 October 2012

Sanitasi & Keselamatan Makanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan….

Hari ni kawan-kawan masak apa dekat rumah ya?
Hidangan Barat ke Timur ya???
Tak kisahlah apa-apa menu pun, janji sedap dan boleh dimakan….(^_^)….

Carrotsusu nak tanya kawan-kawan sikit boleh tak??

Masa kawan-kawan masak dekat rumah, pernah tak kawan-kawan mengalami masalah kesihatan macam , sakit perut, cirit-birit dan lain-lain lagi.. Pernah tak kawan-kawan?
Kenapa ya keracunan berlaku sekitar kita???

Keracunan berlaku sebab kita tidak mengamalkan kebersihan….
Seperti yang diketahui, aspek kebersihan adalah amat perlu dititik beratkan dalam penyediaan makanan.

Jadi hari ni carrotsusu nak kongsi serba sedikit tentang keselamatan dan sanitasi makanan……..

Sanitasi ialah suatu pegawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku.

Antara prinsip yang perlu ada dalam sanitasi makanan ialah :
Ø      Menyedia makanan
Ø      Memasak makanan
Ø      Menyimpan bahan makanan
Ø      Kebersihan diri
Ø      Menyaji makanan
Ø      Menyimpan makanan yang telah dimasak


Antara sebab makanan mudah dicemari adalah :
  1. Makanan yang mentah dan makanan yang dimasak mudah rosak disebabkan oleh tiga perkara iaitu :
·         Tindakan organism perosak makanan
·         Tindak balas enzim
·         Keadaan didalam persekitaran
  1. Bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendalikan dengan sempurna. Di mana toksin merupakan racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma.  Antara mikroorganisma yang boleh menghasilkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar adalah :
·         Staphylococcus aureus
·         Clostridium botulinum
·         Clostridium perfringens
·         Kulat
  1. Kenalpasti makanan yang telah tercemar apabila ia berubah dari rupa, rasa, bau dan tekstur.
  2. Keracunan makanan boleh terjadi dalam bentuk cirit-birit, muntah,  dan  kemungkinan kematian.
  3. Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam.

Faktor pencemaran makanan
Ø      Kotoran dan kuman yang melekat pada sayuran yang tidak dibasuh bersih terutama sayuran yang dimakan mentah sebagai ulam seperti timun, daun pegaga, lettuce dan lain-lain.
Ø      Pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan diri seperti:
    1. Tidak mencuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas.
    2. Tidak merawat luka atau bisul yang dihidapi.
    3. Menggunakan tangan untuk memegang makanan berbanding menggunakan penyepit makanan khas.
    4. Mengabaikan peraturan menggunakan peralatan dapur dengan cara teratur seperti menggunakan kain pengelap pinggan mangkuk untuk mengelap meja untuk menguli doh roti.
    5. Mengabaikan penjagaan dan pembersihan peti sejuk yang sepatutnya dilakukan setiap minggu.
    6. Menyediakan makanan terlalu awal berbanding waktu hidangan, peti sejuk tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak mengaplikasi aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pencemaran Silang
Pencemaran silang ialah makanan yang telah dimasak dicemari oleh bakteria daripada makanan mentah.  Di mana makanan mentah bersentuhan dengan makanan dimasak.

Contohnya seperti sayur-sayuran dengan daging atau ayam diletakkan berdekatan atau menggunakan papan pemotong dan pisau yang sama tanpa membasuh ketika menyediakannya. 

Langkah-langkah Pencegahan
Pencemaran makanan dapat dielakkan jika melakukan langkah-langkah pencegahan dari awal penyediaan.  Antaranya ialah :
a.       Simpan makanan yang telah dimasak dan makanan mentah di dalam peti sejuk secara berasingan.
b.      Amalan first in,  first out (FIFO).
c.       Pastikan papan pemotong, pisau dan peralatan dibersihkan dan disterilkan.
d.      Menggunakan penyepit berasingan untuk mengendalikan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah.
e.       Sentiasa mencuci tangan.

Pencegahan terhadap bakteria
Bakteria dapat dicegah dengan perkara-perkara berikut :
  1. Elakkan bakteria merebak
Jangan biarkan makanan bersentuhan dengan bahan atau alatn yang mengandungi bakteria serta jangan biarkan makanan terdedah.
  1. Hentikan bakteria daripada  membiak
Elakkan keadaan yang menggalakkan bakteria membiak suhu yang sesuai untuk mengelakkan bakteria membiak adalah dibawah 5 °C  atau 60 °C keatas.

  1. Bunuh bakteria
Bakteria akan musnah apabila dikenakan suhu 77 °C  dan keatas ataupun menggunakan bahan kimia tertentu untuk membersihkan alatan.

Amalan Pencegahan Pencemaran Makanan
Pencemaran makanan seperti keracunan makanan dapat dicegah dengan mengamalkan amalan-alaman beikut :

a.       Proses Penyediaan       
Ø      Kebersihan tangan ketika memegang makanan dan alatan.
Ø      Membersihkan makanan segar dengan sempurna dan menggunakan alatan yang betul dan sesuai.
Ø      Memakai sarung tangan pakai buang, sudu atau garfu, penyepit atau chop stick ketika menyedia makanan.
Ø      Masak makanan sehingga ke tahap suhu yg telah ditetapkan untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma lain. 

b.      Proses Pembungkusan
Ø      Makanan perlu dimakan atau dibungkus sebaik telah siap dimasak untuk mengekalkan nutrien dan menghindari mikroorganisma dari membiak
Ø      Semasa proses membungkus:
a.       Gunakan penyepit makanan, sudu, senduk  garfu atau sarung tangan plastik pakai buang untuk mengambil makanan.
b.      Gunakan bahan pembungkus makanan yang sesuai  seperti beg politena, kertas  timah, bekas polisterina, kertas minyak, plastik cling wrap, beg plastik berzip atau mangkuk plastik berpenutup.
c.       Elakkan dari menggunakan kertas berdakwat untuk membungkus makanan.
d.      Sejukkan makanan sebelum dibungkus

c.       Proses Penyimpanan
Ø      Penyimpanan makanan memerlukan tempat dan suhu yang sesuai.
Ø      Peti sejuk  merupakan tempat penyimpanan yang paling sesuai.
Ø      Suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan yang telah dimasak atau segar adalah antara 0ºc – 10ºc dimana bakteria lambat membiak.

Baiklah kawan-kawan….
Carrotsusu harap, apa yang kami kongsi ini dapat membantu kawan-kawan mencegah pencemaran makanan di sekitar kawan-kawan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan.

………….……(^_^)………………