Friday, 21 December 2012

Kuih Jala Emas


1st resepi kita adalah jala emas.. dah namanya emas.. mestilah warnanya keemasan gitu.. bak kata nenek saya warna gold J.. Nama jala emas mungkin diambil dari warnanya yang kuning keemasan dan bentuknya seperti jala. Secara tradisi, dalam kebudayaan Melayu tradisi, warna kuning keemasan dikhaskan bagi golongan raja-raja sahaja..




Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dalam kalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.

Thanks to encik Wikipedia tentang info ini.. Jom check resepi Jala Emas J

Bahan-Bahan :
·         20 biji kuning telur itik
·         1 kg Gula Pasir
·         500ml air
·         1 helai daun pandan

Cara-Cara :
1.     Pukul telur hingga kembang, kemudian tapis bagi memastikannya bersih
2.    Masak air gula dan daun pandan hingga mendidih, kemudia buangkan daun pandan
3.    Tuangkan kuning telur tadi kedalam acuan roti jala dan liraikan kedalam air gula tadi
4.    Biarkan sehingga masak seketika barulah diangkat menggunakan chop stick kayu dan lipat memanjang..
5.    Sedia dihidang
Senang je kan? Jom la cuba buat. Mana tahu ada rasa macam golongan bangsawan ke lepas makan kuih jala emas ini J

*** sila lah simpan lebihan putih telur untuk dibuat kuih tahi itik.

Waddiah J

No comments:

Post a Comment