Jika entri sebelum ini Waddiah dan Uzmira telah update tentang resepi-resepi yang telah kami sediakan pada amali yang lepas..... Tetapi masih tertinggal dua resepi iaitu Chicken Coconut Tom Yam dan Kacang Buncis Daging Hitam...Dan kali ini Cik Ah akan update kan resepi-resepi tersebut..... Maaf di atas kelewatan entry kali ini....
Kedua-dua hidangan ini merupakan hidangan makanan berprotien dan juga dari kategori lauk pauk.....
Antara bahan-bahan yang telah digunakan ialah :
Chicken Coconut Tom Yam
Antara komen yang diberikan oleh rakan-rakan dan pensyarah ialah kuah tom yam agak pekat dan seakan-akan kuah masak lemak. Porsi untuk satu hidangan juga agak banyak.. Manakala persembahan makanan bagi hidangan ini menarik...
Antara komen yang diberikan oleh rakan-rakan dan pensyarah ialah kuah tom yam agak pekat dan seakan-akan kuah masak lemak. Porsi untuk satu hidangan juga agak banyak.. Manakala persembahan makanan bagi hidangan ini menarik...
Bahan-bahan:
§
10 gm Daun limau purut
§
20 gm Serai - dititik
§
5 gm Lengkuas – dipotong kasar
§
5 gm Halia – dihiris nipis
§
5 gm Cili api merah thai
§
400 ml Santan
§
300 gm Dada ayam
§
60 ml Sos sotong
§
30 ml Perahan limau nipis
§
15 gm Bawang merah- dihiris
§
50 gm Bawang besar
§
20 gm Daun ketumbar
§
750 ml Air
§
5 gm Garam
Langkah penyediaan:
1.
Kupas bawang merah dan
bawang besar. Bawang merah dihiris halus
manakala bawang besar dipotong ‘wedges’.
2.
Bersihkan ayam dan potong dadu.
3.
Didihkan air dan kemudian
masukkan bawang, halia, lengkuas, daun limau purut dan serai. Masukkan ayam dan
biarkan mendidih selama 5 minit.
4.
Masukkan santan, air limau dan
bahan-bahan perasa. Masak hingga ayam menjadi putih lebih kurang 3 minit.
5.
Tutup api dan taburkan daun
ketumbar.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Kacang Buncis Daging Hitam
Komen-komen yang telah diberikan untuk hidangan ini ialah persembahan adalah bagus, porsi hidangan juga betul, tekstur daging okey dan berkilat. Daging juga kelihatan masih lembap dan tidak kering...Kacang juga dicelur dengan baik dan masih dapat mengekalkan warna asalnya...
Komen-komen yang telah diberikan untuk hidangan ini ialah persembahan adalah bagus, porsi hidangan juga betul, tekstur daging okey dan berkilat. Daging juga kelihatan masih lembap dan tidak kering...Kacang juga dicelur dengan baik dan masih dapat mengekalkan warna asalnya...
Bahan-bahan:
§
200 gm Kacang buncis
§
300 gm Daging batang pinang
§
30 ml Minyak- untuk menggoreng
Bahan perap:
§
25 gm Bawang putih – ditumbuk
§
10 gm Serbuk lada hitam
§
30 gm Kicap manis
§
15 gm Air halia muda
§
45 gm Sos tiram
§
20 gm Tepung jagung
§
10 gm Garam dan gula
Bahan hiasan:
- 1 gm Daun ketumbar
- 20 gm Lobak merah
- 3 gm Bijan –disangai
Langkah penyediaan:
1.
Daging dibersihkan dan dihiris
nipis.
2.
Gaulkan daging bersama bahan
pemerap di dalam mangkuk dan biarkan selama 1 jam.
3.
Sementara itu, celur kacang
buncis dan lobak merah. Kemudian rendamkan di dalam ais selama lebih kurang 10
hingga 15 minit.
4.
Panaskan minyak, dan goreng
kepingan daging yang diperap tadi sambil membalik-balikkannya.
5.
Kemudian, saute kacang buncis
dan lobak merah tadi bersama lada hitam dan sedikit garam.
6.
Susun kacang buncis di dalam
pinggan. Letakkan daging di atasnya dan tabur bijan goreng. Hias dengan daun
ketumbar, cili dan lobak merah.
7. Hidangkan bersama nasi putih.
Selamat mencuba kawan-kawan...
......(^_^).......
#################
Khuzaimah
No comments:
Post a Comment