Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Tau tak kuih yang macam donut tapi bukan donut? Kuih apa ye?
Ye betul. Kuih keria.. sedapkan kuih keria ni.. nak tau taka pa resepi kuih
keria ni? Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu.
Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan
garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya,
kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Jom la tengok
dan buat sama-sama.
Bahan-bahan
- 500gm
ubi keledek putih
- 1
cawan tepung gandum
- Sedikit
garam
- 3
sudu besar gula dan sedikit air
Cara-cara
- Rebus
ubi keledek hingga empuk.
- Toskan
airnya dan bubuh sedikit garam.
- Lenyek
sampai hancur sementara ubi masih panas.
- Rehatlah
dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
- Bila
sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
- Buatlah
bentuk seperti gelang dan goreng.
- Setelah
siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
- Didihkan
gula hingga pekat.
- Masukkan
kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
- Kacau
hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
- Dah
tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
- Jom
kita makan.
Ada ke beza kuih keria dan donut? Mestilah ada kawan-kawan
walaupun bentuk mereka hamper sama.. Di antara donut dengan kuih
ini, bahan adunan kuih ini tidak mengandungi ibu roti atau yis. Bahan adunan untuk
donut adalah bahan adunan untuk membuat roti dan mengandungi yis, manakala
adunan untuk kuih keria ini bukan melalui proses seperti donut. Donut
dikategorikan sebagai roti dan roti penaik (roti yang dinaikkan dengan yis). So
dah tahu macam mana nak buat kuih keria kan? Apa lagi… cuba lah kuih tradisi
melayu ini.. boleh menambat hati orang tua tau J
~UZMIRA NADIA~
No comments:
Post a Comment