Monday, 24 December 2012

Laksa Penang



Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi kegemaran saya dengan pembaca blog kami iaitu Laksa Penang. Kenapa saya suka makan laksa penang?kerana rasanya sungguh menambat kalbu saya.. Sedap betul! Betul-betul hau liau J 

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia danSingapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.Moh kita kaji resepi laksa penang ye kawan-kawan..

Bahan-bahan

  • 2 peket laksa (yang segera pun boleh)

Bahan A
  • - 1kg ikan kembung / ikan sardin segar
  • - cili giling 2 senduk (boleh adjust ikut kesesuaian)
  • - 3 biji bunga kantan (di potong2)
  • - 5-7 tangkai daun kesum
  • - 4 keping asam gelugor
  • - 5 biji cili api di ketuk2
  • - 6 gelas air masak (ubah ikut kesesuaian)
  • - garam secukup rasa (+- 4 sudu besar)
  • - 2 kiubperencah ikan bilis Maggie

BAHAN B
  • 8 biji telur rebus. – dipotong empat
  • 1/2 biji salad – dihiris halus
  • 1 batang timun (buang bahagian pahit)
  • 2 biji cili besar - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar (lg manis kalau yg warna kuning)-dimayang nipis
  • 5 biji limau nipis / kasturi - dipotong kecil
  • 1/4 biji nenas dipotong kecil

Cara-cara
  1. Rebus laksa, bila dah masak toskan.
  2. UNTUK KUAH LAKSA, rebus ikan kembung/sardin yang segar dan tambahkan garam. Asingkan isi ikan dan tulang
  3. Isi ikan ditumbuk-tumbuk, kalau pakai blender isinya akan jadi terlalu hancur. Manakala tulang ikan di blend hingga hancur. Pastikan tulang ikan yg telah diblend, di tapis supaya dapat asingkan tulang yg tidak dapat di blend
  4. Campurkan semua bahan A di dalam periuk, isi ikan tumbuk dan tulang ikan blend. untuk permulaan, jangan letak terlalu banyak air. Dikhuatiri akan menghasilkan kuah yang cair. Apabila semua dah hampir sebati nanti.. baru lah tambahkan air mengikut citarasa anda
  5.  Masakkan semua bahan di atas hingga sebati. Rasa, dan ubahlah apa yg kurang/lebih mengikut citarasa anda.
  6.  Semasa menghidang laksa, letakkan Bahan B sebagai hiasan dan bahan sampingan untuk laksa penang

Senang dan mudah bukan?sila lah mencuba resepi yang amat mudah dan dijamin kesedapannya di rumah anda. Please try this at home!




~UZMIRA  NADIA~

No comments:

Post a Comment