Resepi kali ini
merupakan hidangan sampingan dan juga pembuka selera bagi set menu cina. Perhatikan entri dibawah... Selamat
mencuba....
Crab
Meat and Egg Drop Soup
Bahan-bahan:
25 ml Minyak masak
100 gm Bawang besar
40 gm Serbuk pati ayam
(dibancuh bersama 1.5 liter air)
1 biji Telur
45 gm Tepung jagung
20 ml Air
200 gm Isi ketam
5 gm Garam
5 gm Lada sulah
3 gm Daun bawang (untuk hiasan)
Cara Penyediaan:
1.
Panaskan
minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan .
2. Kemudian
masukkan stok ayam dan biarkannya mendidih.
3. Setelah itu, masukkan isi ketam dan
renehkan selama lebih kurang 8-10 minit. Perasakan dengan garam dan lada
sulah secukup rasa.
4. Perlahankan
api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau satu arah
sahaja.
5. Kemudian
masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan.
Pie Tee
Bahan-bahan
Bahan kulit:
40 gm Tepung gandum
65 gm Tepung beras
200 ml Air
1 biji Telur
20 gm Garam
20 gm Lada sulah
5 gm Kapur (dibancuh
bersama 10 ml air)
5 gm Gula
5 gm Garam
250 ml Minyak
Bahan inti:
5 ml Minyak masak
200 gm Isi udang (dicincang kasar)
20 gm Bawang putih
(dicincang kasar)
300 gm Sengkuang
200 gm Lobak merah
200 gm Timun
Cara penyediaan kulit:
1.
Ayakkan
tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
2.
Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya hingga kembang dan berbuih.
3. Peramkan
adunan sehingga 20 minit.
4.
Panaskan
minyak dalam kuali yang dalam.
5.
Rendam
calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung
benar-benar panas.
6.
Celupkan
calung pie tee dalam adunan separas ¾ dan masukkan ke dalam minyak panas
seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan
agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
7.
Gorengkan
sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.
Cara penyediaan inti:
1. Panaskan
minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. Gorengkan
udang sehingga masak. Tutup api.
2.
Masukkan
lobak merah, sengkuang dan timun. Gaul rata dan ketepikan.
Selamat mencuba dirumah...
.....(^_^)....
#############
Khuzaimah
#############
Khuzaimah
No comments:
Post a Comment