Friday, 21 December 2012

Kuih Bunga Tanjung


Sharifah Aini

Bunga Tanjung

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi


Wahhh layan lagu bunga tanjung yerr?? Ep.. eppp.. bukan lagu aje tau ada.. kuih pon ada.. J Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa.



Kuih buah tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik. Jom layan resepinya J

Bahan-Bahan :
·         10 biji kuning telur itik
·         1kg gula pasir
·         500ml air
·         100gm tepung beras
·         2 helai daun pandan
·         5 kuntum bunga cengkih
·         1 sudu teh pewarna oren- jika suka

Cara-Cara

·         Satukan tepung pulut dan tepung beras kemudian sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan
·         Masak gula bersama air sehingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan.
·         Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
·         Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
·         Masukkan kedalam air gula, masak sehingga meresap, barulah diangkat.
·         Boleh disajikan J

Jom dengar lagu bunga tanjung sambil makan kuih bunga tanjung J

video


Waddiah J

1 comment: