Assalamualaikum..pekaba semua?
Semoga anda hujung minggu ni memberikan seribu erti buat anda semua..
Apa yang biasa anda buat bila hujung minggu macam ni?
Pernah
tak anda mendengar papatah berbudi pada tanah akan dapat hasilnya?
Itu
adalah pepatah orang dulu-dulu untuk
menggambarkan bahawa tidak rugi sekiranya kita rajin bercucuk tanam.
Sebenarnya
bercucuk tanam merupakan aktiviti yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila
melihat sendiri hasilnya tak kiralah tanam pokok bunga, sayur-sayuran atau
pokok herba. Bagi sesetengah orang yang tidak berapa gemarkan pokok bunga,
menanam pokok herba adalah pilihan yang terbaik kerana lebih mudah dijaga.
Berbeza dengan menanam sayur-sayuran yang memerlukan kita menjaganya dengan
rapi dan perlu selalu siram. Betul tak?
Sekiranya
anda tinggal di rumah flat tetapi teringin nak menanam, jangan risau.. Anda
masih boleh menanam pokok herba dalam pasu. Yang penting sesuai dengan jenis
tanaman yang nak ditanam. Bagi sesiapa yang kawasan rumahnya luas dan ada ruang
untuk bercucuk tanam, sangatlah beruntung. Maka gunakanlah kelebihan tu untuk
berbudi pada tanah kerana anda akan dapat hasilnya.
Kebiasaannya,
tanaman yang selalu ditanam di sekitar kawasan rumah adalah pokok kari, limau
purut, pandan, serai, kunyit, kesum, cili padi dan sebagainya. Kalau halaman
rumah tu besar, boleh la tanam pokok herba yang agak besar seperti bunga
kantan, lengkuas dan macam-macam lagi lah. Kalau disusun elok-elok mesti nampak
cantik.
Selain dijadikan bahan tambahan dalam masakan, pokok herba ini juga dapat dijadikan hiasan di kawasan rumah kita. So, daripada kawasan rumah kosong tanpa apa-apa tanaman atau dipenuhi semak samun, elok la kita tanam pokok yang berguna untuk kita kan. Dapat juga hasilnya.
Kalau nak lagi cantik, labelkan pokok-pokok yang ditanam ikut namanya. Nanti senang nak ingat bagi yang tak tau nama. Tak pasal-pasal tersalah pokok pulak macam yang berlaku pada abang saya. Disuruh gali lengkuas tapi digalinya pokok bunga kantan. Memang takkan jumpa la isinya.. sabar je la.
By: Waddiah (",)
No comments:
Post a Comment