Tahukah anda apakah itu bater? Bater ialah campuran tepung dan cecair yang diadun untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim. Contoh cecair yang boleh digunakan adalah seperti air, santan, susu, sirap gula atau telur. Dengan campuran bahan cecair dan tepung maka terhasilnya dua jenis bater iaitu bater cair dan bater pekat.
Selalunya penggunaan bater ini banyak digunakan dalam kuih tempatan. Apakah itu kuih tempatan? Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan mengunakan bahan tempatan. Contohnya gula melaka, ubi kayu, kelapa, sagu, pisang, keladi dan sebagainya. Oklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu jenis kuih tempatan yang terkenal di negeri Perak. Kuih ini juga merupakan sejenis kuih bater cair. Apakah kuih tersebut?
Namanya KUIH LIMAS...
Inilah rupanya Kuih Limas..
Kalau ada kenduri di rumah saya, mak mesti masak kuih ni. Kuih ini selalu disamakan dengan kuih tako. Perbezaannya antara kedua-dua kuih ini adalah dari segi penggunaan bahan utama iaitu tepung. Sebelum nak masak kuih ini kenalah buat bekasnya dahulu. Mula-mula layarkan daun pisang atas api hingga daun tersebut bertukar warna dan nampak layu sikit.
2. Lipatkan daun pisang ke bahagian dalam.
3. Kemudian lipat pula di bahagian kiri dan kanan daun pisang tersebut.
4. Potong daun pisang yang terkeluar.
2 orang anak sedara saya ni suka sangat kuih limas ni. Katanya "makan panas-panas sedaplah Cik Yaya"..emm yelah...
Kalau ada kenduri di rumah saya, mak mesti masak kuih ni. Kuih ini selalu disamakan dengan kuih tako. Perbezaannya antara kedua-dua kuih ini adalah dari segi penggunaan bahan utama iaitu tepung. Sebelum nak masak kuih ini kenalah buat bekasnya dahulu. Mula-mula layarkan daun pisang atas api hingga daun tersebut bertukar warna dan nampak layu sikit.
1. Selepas dilayurkan atas api potong daun pisang ikut saiz macam dalam gambar ni.
3. Kemudian lipat pula di bahagian kiri dan kanan daun pisang tersebut.
4. Potong daun pisang yang terkeluar.
5. Setelah Potong bahagian lebihan daun pisang, staple atau sematkan dengan lidi. Tapi seeloknya gunakan staple lagi kemas, takut bila guna lidi terkoyak pula bekas tu.
6. Setelah siap bekas kuih limas ni bolehlah isikan bater kuih limas ni.
Kalau di kampung saya panggil bekas ni namanya 'temalung'. Temalung ni kalau nak lebih cantik dan sama saiz boleh guna acuan kotak kecil atau bongkah kayu yang kecil. Sekarang saya nak kongsi pula bahan-bahan kuih limas berserta cara memasaknya.
Bahan-bahan:
Untuk lapisan atas:
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu tepung gandum
- garam secukup rasa
Untuk lapisan bawah:
- 2 cawan santan cair
- 5 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung pulut
- 3 helai pandan dan jadikan jus
Cara Membuat:
- Bancuh lapisan atas dan bawah ke dalam mangkuk yang berbeza.
- Panaskan kukus, masukkan gula ke dalam temalong, tutup periuk kukus. Biarkan 3 minit.
- Buka penutup, masukkan lapisan bawah dan biarkan masak 10 minit, biarkan beku sedikit.
- Kemudian masukkan lapisan atas dan biarkan 5 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk, kemudian hidangkan.
Dah siap kuih ni...
2 orang anak sedara saya ni suka sangat kuih limas ni. Katanya "makan panas-panas sedaplah Cik Yaya"..emm yelah...
OK..SELAMAT MENCUBA...
~UZMIRA NADIA~
My all time favourite kuih...limas. I can take ten in one go.
ReplyDeleteMy all time favourite kuih...limas. I can take ten in one go.
ReplyDelete