Thursday 20 December 2012

Betik


Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Jika entri sebelum ini Waddiah ada menceritakan tentang buah sukun, kali ini Cik Ah akan membicarakan tentang BETIK…

Sebelum tu, Cik Ah nak Tanya, kawan-kawan dah cuba belum resepi sukun gorengnya??? SEDAP kan?????

Jom kita bercerita dengan lebih lanjut lagi tentang BETIK……..


Betik merupakan buah-buahan yang banyak di tanam di seluruh MalaysiaBetik yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang baik untuk tubuh badan manusia.  Betik juga amat bernilai dalam sistem perubatan.  Antara khasiat-khasiat betik ialah seperti   melancarkan sistem perkumuhan dan pencernaan badan iaitu dapat melawaskan perut yang mempunyai masalah sembelit.   Selain itu, ia juga dapat merawat masalah penyakit asma dan juga jantung.  

Manakala daunnya pula banyak kegunaannya.  Antaranya ialah boleh digunakan untuk melembutkan tekstur daging.  Di negara luar iaitu Mexico, penggunaan daun betik  banyak digunakan untuk melembutkan daging selain daripada penggunaan tepung jagung.  Walau bagaimanapun, penggunaan daun betik yang banyak boleh merbahayakan kesihatan tubuh badan.  Di mana ia boleh menghasilkan toksik jika terlalu banyak digunakan.  

Betik amat enak dimakan begitu sahaja untuk dijadikan pencuci mulut.  Ditambahkan pula apabila diletakkan ke dalam peti sejuk.  Selain di makan segar, betik juga boleh dimasak.  Sebagai contohnya, betik muda banyak digunakan dalam masakan daging ataupun masak lemak.  Betik juga boleh dimasak untuk dijadikan jem, puding, aiskrim, halwa serta dijeruk.  Jika di Terengganu, betik muda yang telah matang dibuat hidangan pembuka selera iaitu ROJAK BETIK.  Betik diparut atau sagat dan dimakan bersama-sama kuah rojak yang dibuat khas.  
Dan kalau kawan-kawan nak tahu, rojak betik merupakan salah satu makanan kegemaran Cik Ah.  Kalau bulan puasa, mesti REQUESTlah dekat mak....Boleh je kalau nak masak sendiri.... Tapi biasalah, anak makkkkkkk....Lagipun, kalau mak masak lagi best dari anaknya....(^_^)....

Inilah resepinya.....

Rojak Betik
Rojak betik

Bahan:

1 biji betik muda yang dah matang – parut/sagat
½ kg ikan kembung/sardin – rebus ambil isinya
1.5 liter air
4 tbsp cili giling
4 tbsp cuka makan
2 tbsp air asam jawa
10 gm belacan – bancuh menjadi pes
50 gm gula melaka
4 tbsp gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan betik yang telah disagatkan dan rendamkan ke dalam ai kapur untuk memastikan kesegaran betik.
  2. Panaskan air ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan-bahan kecuali cuka dan isi ikan rebus.  Masak sehingga iar mendidih dan sedikit pekat.
  3. Perasakan dengan cuka, gula dan garam. Tambahkan cuka lagi jika tidak cukup masam.
  4. Tutupkankan api dan angkat. 
  5. Masukkan isi ikan rebus dan kacau rata.

* Masukkan ikan selepas api ditutup untuk mengelakkan rasa hanyir pada kuah rojak.
* Enak dimakan bersama-sama dengan keropok dan juga parutan buah-buahan lain seperti jambu dan
   mangga muda.


~~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~~
........(^_^).........



##################
Khuzaimah

No comments:

Post a Comment