Thursday, 20 December 2012

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK



Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

Siapa-Siapa kat sini tak makan durian? Ada-ada?? Haaaa.. kalau nak tahu, durian memang terkenal kat perak ni. Kat Tanjung Malim pon banyak orang jual durian sekarang ni.. Hari ni bukan nak bercakap pasal durian, tapi Tempoyak.. kalau dah banyak sangat durian, sampai tak habis nak makan, boleh la dibuat tempoyak.

Tempoyak sedap dimakan bersama sambal dan ulam-ulaman. selain itu, tempoyak boleh dijadikan rencah dalam masakan.. Haihh.. membebel panjang-panjang tak cakap nak cerita pasal resepi apa.. Hari ini kita nak belajar resepi IKAN MASAK TEMPOYAK. kebiasaannya mak saya masak "ikan masak tempoyak" guna apa-apa ikan yang ada dalam peti ais. Tapi hari ini saya pilih ikan patin sebab saya suka makan ikan patin. So resepi hari ini adalah IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. 




* Gambar Hiasan Ihsan PakCik Google



**Orang cakap masakan ni masakan orang pahang sebab ikan patin asalnya kat pahang, tapi tempoyak asalnya perak. takpe-takpe, jangan gaduh-gaduh.. Jom kita tengok resepinya.




Bahan-Bahannya adalah :

                v 1 ekor ikan patin ( dipotong dan dibahagi kepada beberapa bahagian )
s      v  air asam jawa
        v  3 biji bawang merah
  v  7 biji cili padi (tambah lagi jika suka pedas)
  v  1 mangkuk tempoyak ( mengikut kadar rasa dan citarasa sendiri )
  v  sedikit / 1cm kunyit hidup (1 sudu teh kunyit serbuk, tapi saya suka guna kunyit hidup)
  v   Asam Keping - 2-3 keping
  v  sedikit garam dan gula sebagai perasa
  v  sedikit daun kesum
  v  1 liter air


Cara-cara


  • Basuh ikan patin sehingga bersih dan rendam 5 minit dalam air asam jawa (nak buang   hanyir ikan je)
  • Ketepikan/toskan Ikan.
  • Kisar cili padi, bawang merah, tempoyak dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk. Tambah sedikit air. Didihkan.
  •  Apabila telah mendidih, masukkan ikan.
  • Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Tambahkan tempoyak, garam dan gula ikut citarasa masing-masing.
  •   Ikan sedia dihidang bersama nasi putih.



Ada orang masukkan timun aceh yang di buang isinya dan di potong-potong, keladi dan serai. Saya tak menggunakan semua bahan ini kerana saya tidak gemar rasanya dimasak tempoyak. Tapi kalau nak tambah dalam masakan anda, boleh. Kita boleh pelbagaikan masakan kita.



OK..SELAMAT MENCUBA...



~UZMIRA NADIA~

No comments:

Post a Comment