Saturday 22 December 2012

Pondok-pondok Terakhir di UPSI....


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan….
Coretan entri untuk kali ini rasa sayu dan sedih je.....sob..sob..sob...
NAK TAHU KENAPA??????

Sebab tak lama lagi dah nak tinggalkan kawan-kawan seperjuangan....Sedihnya... Tak sangka cepat je masa berlalukan???
(nangis sampai banjir bilik....)

Okey dah tak nangis dah.....(^_^)....
Kita cerita yang seronok-seronok pula ye…..Khamis lepas tanggal 20.12.2012 merupakan tarikh keramat untuk kami semua iaitu bagi kelas amali Penyediaan Makanan Timur.  Hari terakhir kelas dan amali terakhir bersama kawan-kawan seperjuangan.   Sedih sangat-sangat bila kenangkan semua tu…  Walau apapun, keseronokan tu masih ada kerana kami bergabung tenaga menyediakan set menu buffet untuk meraikan kami semua dan juga pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu kami selama kami di UPSI….

Antara menu-menu buffet yang disediakan ialah seperti menu buffet perkahwinan, hari jadi, tahun baru cina dan juga hari raya aidilfitri….

Untuk kali ini, unit kami bergabung dengan unit 9 untuk menyediakan menu buffet bagi majlis perkahwinan.  Antara hidangan yang disediakan oleh kami ialah seperti rojak buah sebagai pembuka selera, nasi minyak, ayam masak merah, acar rampai dan juga potongan buah-buahan sebagi pencuci mulut….
Memang THE BOOMMMMlah!!!!!!!!!!!!....

Inilah hidangan yang telah disediakan oleh unit kami & unit 9
Buffet Perkahwinan
Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Acar Rampai
Rojak buah
Potongan Buah-buahan

Bagi unit-unit lain pula, mereka juga bergabung tenaga untuk menyediakan menu-menu yang telah diberikan.  Unit 1 & 2 bergabung bekerjasama untuk menyediakan menu buffet Hari Raya Aidilfitri.  Hidangan yang disediakan oleh mereka juga sangat SEDAP.....sehingga menjilat jari...huhuhuhu...Antara hidangannya ialah seperti sayur lodeh, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang serta pencuci mulutnya honeydew sago....
Hari Raya Aidilfitri
Manakala bagi unit 3 & 4 pula meraka berganding bahu menyediakan menu buffet perayaan Tahun Baru Cina. Antara hidangan yang disediakan ialah seperti nasi goreng cina, butter prown, park choy with oyster sos dan juga sup isi ketam....
Tahun Baru Cina
Dan buffet terakhir iaitu Hari Jadi telah disediakan oleh gabung tiga unit iaitu 5, 6 dan 7..Hidangan yang disediakan oleh mereka betul-betul memikat hati kami.... nak kenapa???.....KEK TIRAMISU......Yummy...yummy..... itu yang ditunggu...Antara hidangan lain yang telah disediakan ialah seperti bihun goreng singapore, fish finger with tartar sos, koktel puding kastard...
Buffet Hari Jadi

Pondok-pondok terakhir ini merupakan hari yang tidak akan dilupakan....Ia adalah suatu kenangan yang sangat terindah sepanjang berada di UPSI....

Terima kasih buat semua pensyarah untuk semua ini


Coretan kenangan kita bersama

~~~~~~~LOVE YOU ALL~~~~~~
.............(^_^)...............


##################
Khuzaimah

No comments:

Post a Comment