Monday 17 December 2012

Rendang Tok Makku Sayang

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Hari ini saya hendak kongsikan kepada anda mengenai satu resepi. Anda pernah tahu kan resepi Rendang Tok memang terkenal di negeri Perak. Ingat Perak ingat rendang tok. Selalunya resepi Rendang Tok ni dihidangkan semasa hari raya, majlis kenduri-kendara, dan dihidangkan semasa makan tengah hari.

Masa zaman sekolah dulu saya ada tanya kepada kawan-kawan saya, senang tak masak rendang tok ni. Kebanyakkannya ramai kawan-kawan cakap agak susah jugak untuk masak rendang tok ni. Betul ke?
Memandangkan saya ni seorang penggemar makanan berasaskan daging lembu, jadi saya pun belajarlah masak rendang tok daripada mak saya. Mak saya ni pun ajarlah resepi tu pada anak dara kesayangan ni.. hehe... Terima Kasih Mak...

Bila dah belajar dan dah tahu caranya baru saya tahu.. Tidaklah susah mana pun... Nak tau resepinya.. Jangan risau saya boleh kongsikan kepada anda semua..Jadi saya namakan resepi ni ialah Rendang Tok Makku Sayang :)

Bahan-bahan

  • 600 gm daging
  • 3 biji kelapa 
  • 100 gm isi  kelapa- dihiris 
  • 1 camca besar gula merah
  • sehelai daun kunyit
Bahan-bahan yang digiling halus
  • 38 gm ketumbar biji
  • 1 camca makan jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca makan lada hitam
  • 20 biji cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 inci kulit kayu manis
  • 3 batang serai 
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 inci halia
  • 20 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 keping asam gelugur
Cara-caranya
  1. Daging dipotong dan dibersihkan. Kelapa yang dihiris dan dijadikan kerisik.
  2. Semua bahan-bahan yang telah digiling dan gaulkan pada daging, masaklah dengan santan. Bila hampir masak, masukkan garam. Asam gelugur, kelapa goring masaklah sampai pekat dan kering.

Senangkan...Jadi apa lagi tunggu.. Jomlah mencubanya..


disediakan : Uzmira Nadia


No comments:

Post a Comment