Saturday 29 September 2012

Asal Usul Masakan Thailand


Masakan Thailand lebih dikenali dengan makanan yang pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagain adalah penting dengan masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan: pedas, masan, manis, masin, dan pahit.

Makanan Thailand biasnya terdiri dari sama ada satu hidangan ataupun nasi (khao dalam Bahasa Thai) dengan banyak hidangan saling melengkapi dihidang concurrently dan dikongsi oleh semua. Ia adalah kelazman untuk menghidang hidangan daripada adanya tetamu di sebuah meja.

Makanan Thailand terkenal dengan empat masakan serantau iaitu empat negara rantau; Utara, Timur Laut, Tengah dan Selatan, dimana setiap masakan berkongsikan makanan yang menyerupai makanan yang bersal dari Negara jiran seperti Burma, Loas (Utara), Kemboja dan Vietnam (Timur) serta Malaysia (Selatan)

Ada juga Thai Royal Cuisine yang dapat mengesan sejarahnya makanan istana kerajaan Ayutthaya (1351-1767 CE). Kehalusannya, teknik-teknik masakan dan kegunaan ramuannya adalah dari pengaruh hebat pada masakan tanah datar Thailand Tengah.

Contoh hidangan masakan Thailand

 Som Tam Thai


Pad Thai Kung


Tom Yam


Pulut Mangga



Asal Usul Masakan Cina


Masakan Cina berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di serata dunia iaitu Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.  Perbezaan kebudayaan anatara setempat amat ketara di China, berbeza jenis gaya makanannya.  Terdapat lapan masakan setempat, antaranya Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan dan Zhejiang.  Terdapat juga masakan mengikut agama termasuklah Buddha dan Muslim.

Hidangan Cina kebiasaannya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama iaitu sumber karbohidrat atau kanji (dikenali sebagai zhǔshí ). Contohnya seperti nasi, mee atau mantou (pau kukus).  Hidangan ini sering dihidangkan bersama-sama dengan hidangan seperti sayur-sayuran, daging, ikan atau benda-benda lain. 

Mee merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina.  Walau bagaimanapun, di kebanyakan tempat terutamanya Utara Cina, produk berasaskan gandum termasuk mee dan pau kukus lebih banyak berbanding dengan Selatan Cina yang lebih menggemari nasi.  

Makanan Cina

Sizzling Yee Mee


Chicken Rice Clay Pot


Char Kway Teow


Pau Kukus (Mantou)



Asal Usul Masakan India


Masakan India bercirikan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran yang tumbuh di India sehingga tersebarnya amalan vegetarianisme dikalangan masyarakatnya.  Setiap keluarga mencirikan pelbagai campuran dan teknik hidangan dan masakan.  Akibat daripada itu, timbul kelainan dari rantau ke rantau yang mana mencerminkan demografi yang berlainan dari setiap sub benua India yang pelbagai etniknya.  Kepercayaan agama dan budaya memainkan peranan penting dalam pengaruh evolusi masakan. 
Masakan India juga timbul disebabkan oleh interaksi kebudayaan skala besar sub benua dengan Parsi yang berjiran dengan Greece kuno, Mongol dan Asia Barat membuatkan pemaduan unik dari pelbagai masakan di sepanjang Asia. 
                                                                                 
Pedagangan rempah di anatara India dan Eropah pada Zaman Penjelajahan Eropah telah memperkanal gaya masakan Eropah kepada India dan secara tidak langsung telah menambahkan kepelbagaian masakan India. Masakan India telah mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia, khususnya dari Asia Tenggara.  

Masakan India biasanya lebih banyak menghasilkan masakan seperti kari dengan menggunakan rempah ratusnya dan dimasak dengan menggunakan minyak sayur.  Di India Utara dan Barat, minyak kacang banyak digunakan secara tradisional dalam masakannya.  Manakala di India Timur, minyak biji sawi lebih banyak digunakan dalam masakannya.  Minyak kelapa digunakan secara luas di pesisir pantai Barat dan India Selatan, dan minyak gingelly digunakan di Selatan juga. Pada masa sekarang, minyak bunga matahari dan minyak kacang soya  telah mendapat perhatian di sepanjang India. Minyak sayur hydrogenated, dikenali sebagai ghee Vanaspati, adalah juga suatu pengantara masakan yang sering digunakan menggantikan Desi ghee, iatu mentega.

Contoh Hidangan India

Vadei


Channal dal


Ayam Tandoori


Masala Dosa



Asal Usul Masakan Melayu



 Masakan Melayu  adalah masakan orang Melayu dari MalaysiaIndonesiaSingapura, dan Brunei. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri. Contohnya seperti :
  • Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi Kerabu & Keropok Lekor.
  • Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili api
  • Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin
  • Kedah dengan Asam laksa dan Gulai nangka
  • Melaka dengan Asam pedas
  • Johor dengan Mi Bandung
  • Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedas ikan patin
  • Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medan dan Gulai Ketam
  • Brunei dengan hidangan Ambuyat.

Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan  cili,  bawang dan bawang putihuntuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.  Tidak dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu.  Warisan terpenting Melaka dalam tradisi masakan Melayu terhasil dari penglibatan aktifnya dalam perdagangan rempah serta keterbukaannya kepada bahan-bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh orang luar seperti dari Arab, ParsiChina dan India. Melaka juga merupakan pemangkin kepada pembangunan dua budaya masakan yang kaya dan unik hasil dari campuran tradisi Melayu dengan China dan Eropah, yang dikenali sebagai Makanan Baba Nyonya dan Serani. Ratusan tahun sebelum dan selepas zaman Melaka, terdapat juga kumpulan etnik bukan Melayu yang lain seperti Jawa, Bugis dan Minangkabau yang telah diserap atau diasimilasi ke dalam masyarakat Melayu, hasil dari kesamaan agama dan cara hidup, dan telah memberi pengaruh penting dalam masakan Melayu.

Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan Malaysia.  Satu lagi contoh ialah Ketupat atau nasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang jelas yang diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam secara ketat. Pengambilan protein kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik dan ikan. Daging khinzir, daging tidak halal yang lain serta alkohol adalah dilarang dan tidak terdapat dalam diet makanan seharian Melayu. Laksa, satu kacukan masakan Melayu dan Cina Peranakan juga adalah satu hidangan yang masyhur. Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan jiran-jirannya, seperti rendang dari Minangkabau di Sumatra, dan satay dari Jawa, bagaimanapun orang Melayu telah membangunkan cita rasa dan resipi khas mereka yang tersendiri.
(info : http://ms.wikipedia.org)

Contoh Hidangan Melayu


Keropok Lekor


 Ketupat Palas


Nasi Dagang


Nasi Kerabu




Perancangan Minggu Pertama (20 September 2012)


Masa yang ditunggu oleh kami semua.. Perancangan menu time~~
Dah lama betul tak berkenduri bersama-sama rakan sekelas.  Pada tarikh berkenaan kami diberi menu untuk persediaan sesi amali yang pertama kami.  Masakan yang bakal kami sediakan pada minggu akan datang adalah Snek & Makanan Berasaskan Mee.  Seronok-seronok~~~.. (^_^)..

Kumpulan kami a.k.a Unit 8 akan menyediakan makanan yang berasal dari India iaitu Samosa dan juga Mee Goreng Mamak.
Di sini saya sediakan sedikit info berkenaan dengan Menu yang kami akan sediakan..

Samosa
Samosa ialah sejenis pastry yang digoreng atau dibakar dan mempunyai inti didalamnya.  Intinya selalunya diperbuat daripada kambing atau ayam yang dicampurkan bersama-sama dengan bawang, rempah ratus, kacang dan sebagainya.  Mempunyai saiz, bentuk berbeza-beza dan konsistan serta mempunyai tiga versi.Kebiasaanya, di Negara India,  samosa sering dihidangkan bersama-sama dengan chutney.  Snek ini sangat popular di Benua India, Asia Tenggara, Asia Tengah dan Asia Barat Daya, Semenanjung Arab, Mediterranean, Afrika Utara dan juga Afrika Selatan.

Makanan snek ini diperkatakan berasal dari Asia Tengah sebelum abad ke-10 dan diperkenalkan ke anak-anak Benua India pada abad ke-13 oleh pedangan dari kawasan Asia Tengah.  Pengembara dan penjelajah pada abad ke-14 yang bernama Ibnu Battutah menjelaskan bahawa makanan yang dimakannya di Istana Muhammad bin Tughlug, bernama samushak atau sambusak, kue pai kecil yang diisi dengan daging cincang, kacang badam, kacang pistasio, kacang walnut, dan disajikan sebelum hidangan ketiga iaitu pulao

Di sini saya paparkan gambar-gambar yang sempat disnapkan semasa penerangan perancangan kerja dijalankan.
Pembahagian menu bagi setiap unit by Puan Ida


sedia berada di unit masing-masing


kenal pasti rempah ratus


cutlery & tableware @ china


  Penyajian cara Cina by Christine


Tata saji Cina


Tata saji Melayu







Thursday 27 September 2012

Suai Kenal


Assalamualaikum & salam sejahtera..
Hai semua....

Sebelum kita berpanjang lebar berceloteh kat sini, kita nak kenal-kenalkan diri dulu.  Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa ada 3 orang gadis-gadis cantik dalam gambar ni...Hehehe..

Dipendekkan cerita, <~~Warisan Timur~~> ini sebenarnya adalah pemilik kepada 3 orang gadis-gadis cantik ni la.. Yang sebelah kiri tu namanya Waddiah Mat Sidik, tapi kamu semua boleh panggil Wawa a.k.a Cik Wawa.  Yang tengah tu pula namanya Uzmira Nadia dan mesra dipanggil Cik Uz aje.. Dan yang sebelah kanan tu pula namanya Khuzaimah dan mesra dipanggil Ku Ah a.k.a Cik Ah.

Tujuan kami bertiga create blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman menarik sepanjang belajar bersama-sama dan juga berkongsi resepi-resepi yang kelazatannya tidak terkata sehingga menjilat jarinya..hehehehe

Jom kita kenal lebih dekat lagi~~~

Wawa a.k.a Cik Wa
Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenalnya dengan wau bulan.  Berusia 26 tahun dan membesar bersama keluarga tercinta di Kampung Kepas, Machang Kelantan. Cik Wa ni peramah orangnya.  Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi jangan la segan-segan ye...


Cik Uz
Anak kepada pak cik Zambri dan berasal dari Kuala Kangsar Perak. Cik Uz ni, kalau kamu semua nak tahu adalah seorang yang sangat periang.  Memang tak kering gusi la & selalu aje ad cerita-ceritanya. Merupakan anak sulong dari 5 beradik.

Ku Ah a.k.a Cik Ah
Nama yang diberi Khuzaimah adalah pemilik kepada pasangan Pak Cik Zakaria & Mak Cik Maziah yang bersal dari Negeri keropok lekor, iaitu Terengganu.  Anak keempat dari tujuh beradik.  Peramah serta fleksibel orangnya.

Dah kenal semuakan?? Jadi janganlah segan nak bertegur sapa disini ye. Harap kita semua dapat berkongsi bersama pengalaman yang menarik dan bermanfaat.