Thursday, 13 December 2012

~ Minggu Ke-7 Amali Masakan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami... Entri kali ini adalah berkaitan dengan aktiviti amali pada minggu ke-7 iaitu minggu lepas.. Minta maaf kerana agak terlambat untuk meng'update' blog kami ni.. Bukan apa, pada minggu lepas kami agak sibuk dengan tesis masing-masing. Jangan marah ye cik puan yang comel.. (Please don't deduct our mark...) hehe..

Tema untuk amali ke-7 adalah set menu India di mana setiap unit perlu menyediakan menu masakan orang India. Setelah dibuat undian, unit kami perlu menyediakan 4 menu iaitu hidangan utamanya Nasi Beriani, Ayam Masak Beriani, Dalca dan Pakoras & Cucumber Raita sebagai hidangan pembuka selera..

Ini merupakan pertama kali kami menyediakan nasi beriani sendiri. ( tapi bukan pertama kali makan ye) Biasanya kalau nak makan kami beli je yang dah siap.. tapi bila dan diberi peluang untuk memasak sendiri ni, kami berasa agak teruja juga la..lebih-lebih lagi dapat memasak dengan kawan-kawan kan..

Banyak ilmu baru yang kami dapat semasa menyediakan menu minggu ni. Masakan India kebanyakannya menggunakan tairu dan garam masala. Oleh kerana bahan-bahan tersebut tidak disediakan, maka kami dapat belajar bagaimana membuat sendiri tairu dan garam masala tersebut.

Sebenarnya cara membuat bahan-bahan tersebut tidaklah sukar kerana ianya menggunakan bahan-bahan yang telah biasa kita gunakan dan ada di dapur..dan untuk pengetahuan semua, garam masala tu sebenarnya tidak masin seperti yang kami sangkakan..hehe.. Garam masala adalah campuran rempah ratus yang disangai dan dikisar bersama tanpa diletakkan garam pun manakala cara membuat tairu pula adalah susu yang dicampur dengan air limau nipis yang diperam sekejap. Senang je kan...

Selain penggunaaan garam masala dan tairu, masakan India juga banyak menggunakan herba seperti daun pudina, daun ketumbar dan daun kari. Penggunaan herba ini dapat membangkitkan aroma yang wangi pada masakan.
ni la rupa daun pudina..
ada sesetengah orang memanggilnya daun ubat gigi..

daun ketumbar
Daun kari
Antara menu yang menarik perhatian kami adalah pakoras dan cucumber raita.. Nama pun dah unik kan. Bahan utama untuk menyediakan pakoras adalah sayur-sayuran seperti terung, kentang dan tepung kacang kuda. Tepung kacang kuda perlu dijadikan bater sadur terlebih dahulu sebelum sayur-sayuran tadi dicelup dan digoreng dalam minyak yang penuh.

Sebelum menyediakan pakoras, kami tertanya-tanya apa agaknya rasa terung yang dicelup tepung ye. Macam pelik pun ada..tapi setelah siap digoreng kami agak tidak sangka kerana rasanya sangat sedap.. Emm rupanya terung pun boleh digoreng celup tepung ye..lain kali boleh buat lagi.

Ini lah pakoras yang kami sediakan
Pengalaman menyediakan set menu India sangat bermakna kepada kami. Banyak ilmu baru berkaitan dengan masakan India yang kami dapat pelajari. Terima kasih kepada rakan-rakan dan pensyarah tersayang di atas tunjuk ajar dan teguran yang diberikan..

Set Menu India


By : Waddiah (",)

No comments:

Post a Comment