Siapa-siapa kat sini
suka makan udang?? Eh eh eh. Sama lah kita.. Saya pun sukakan udang.. feveret
saya tu J
udang antara makanan laut yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..
Ni la udang kalau kawan-kawan nak kenal.* sila hempuk kepala kalau tak kenal udang J
Pelbagai
jenis masakan boleh kita masak menggunakan udang.. antara masakan kegemaran
saya adalah udang masak tempoyak.Ye! Saya memang hantu tempoyak.. J Ada siapa-siapa tak kenal tempoyak? ish-ish ish..
check it out resepinya ye..~
Bahan-bahan :
1. 500 gm Udang
2. 5 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 10 biji cili padi
5. 1 cawan tempoyak - ikut kepekatan yg
dikehendaki
6. 1 ½ Cawan air
7. 2 helai daun kunyit
8. garam
9. sedikit kunyit hidup
Cara-cara :
1. Udang dibersihkan, buang kepala dan ekor
tajamnya sahaja.
2. Bawang merah, putih, kunyit dan cili padi
ditumbuk
3. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama air ke dalam
periuk. Masukkan tempoyak
4. Apabila mendidih masukkan udang , garam dan
daun kunyit
5. Masak dalam 10 minit, kacau dan rasa. Jika perlu
tambah lagi tempoyak jika ingin lagi pekat , air jika terlalu pekat atau cili
padi jika ingin lagi pedas.
***Udang jangan masak
lama sgt nanti hilang rasa manis.
ni lah hasilnya.. thanks Pakcik Google.. nampak sedapkan?? memang sedap pon J
Senangkan
kawan-kawan? Makan dengan nasi panas-panas.. fuhhhh.. sedap nya! Masakan ini
sesuai untuk orang yang tidak suka masakan yang menggunakan santan.. mesti cuba
tau! Tentu keluarga anda terkejut dengan skill memasak anda yang baru.. J
Waddiah
J
No comments:
Post a Comment