Sedih tetap sedih….Tapi makan itu
penting jugakan????....(^_^)….
Kalau khamis lepas kami telah
selesai dengan tugasan terakhir kami iaitu menyediakan set menu buffet… Unit
kami dan 9 telah ditugaskan untuk menyediakan menu-menu untuk buffet
perkahwinan….
Entri kali ini akan memaparkan resepi-resepi yang telah disediakan pada
hari kejadian….
Selamat membaca...
Nasi Minyak
Bahan-bahan
500 gm Beras
50 gm Minyak
sapi
50 gm Bawang
putih-dicincang
80 gm Bawang
besar-dihiris
30 gm Bunga
cengkih
10 gm Kulit
kayu manis
12 gm Buah
pelaga
50 gm Kismis
500 gm Susu cair
Garam dan air secukupnya
Cara penyediaan :
- Panaskan
periuk dan masukkan minyak sapi.
- Tumiskan
bahan rempah kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik
bau.
- Kemudian,
masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan.
- Masukkan
susu dan air. Sebatikandan biarkan ia mendidih.
- Masukkan
beras, perasakan dan kacau perlahan. Masak sehingga kering.
- Taburkan
kismis ke atas nasi yang telah kering. Tutupkan periuk.
- Angkat dan
sedia untuk dihidangkan.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan
1200 gm Ayam-dibuang kulit & dilumur
dengan garam dan kunyit
240 gm Sos tomato
150 gm Air
60 ml Minyak masak
20 gm Bawang
putih
40 gm Cili
kering
140 gm Bawang
merah
60 gm Serai
– dititik
30 gm Kacang
pis
120 gm Bawang
besar- potong bulat
20 gm Kulit
kayu manis
10 gm Bunga
lawang
3 gm Buah
pelaga
30 gm Daun
bawang – dihiris
40 gm Cili
merah
40 gm Halia
Cara penyediaan :
1.
Panggang
atau goreng ayam hingga separuh masak.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan
penumis, bahan kisar dan serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
3. Tuang
air dan sos tomato, kacau rata.
4. Masukkan
ayam dan kacang pis, kacau rata sehingga masak.
5.
Masukkan
bawang besar, kacau. Sesuaikan rasanya dan angkat.
6.
Letakkan
masakan di dalam pinggan hidang.
7. Hiaskan
dengan cili merah dan daun bawang.
Acar Rampai
Bahan-bahan
160 gm Timun
140 gm Lobak
40 gm Cili
merah
40 gm Cili
hijau
100 gm Bawang
besar
40 gm Bawang
putih
50 gm Halia
10 gm Biji
sawi
10 gm Bijan
– goreng sedikit
10 gm Serbuk
kunyit
60 ml Cuka
20 gm Garam
10 gm Gula
Cara penyediaan :
1.
Timun
dibuang bahagian tengahnya dan dipotong memanjang.
2.
Lobak,
cili merah dan cili hijau – potong memanjang.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan
biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau.
4. Tumis
bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka,
kacau.
5. Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau
dan perasakan dengan garam dan gula dan masukkan bijan. Gaulkan sebati.
6. Angkat
dan hidang.
Rojak Buah
Bahan-bahan
260 gm Timun
700 gm Sengkuang
400 gm Nanas
200 gm Mangga muda
30 gm Cili kering
20 gm Belacan bakar
80 gm Limau nipis –
diambil jusnya
100 gm Kacang tanah goreng –ditumbuk kasar
30 gm Air asam jawa
200 gm Gula melaka – di cincang
30 gm Petis
20 gm Bijan – digoreng
tanpa minyak
15 gm Garam
2 helai Daun pisang
Cara penyediaan :
- Cili
kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak kemudian dikisar.
- Gaulkan
cili kisar, gula melaka dalam mangkuk adunan.
- Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
- Gaul rata
dan masukkan kacang tanah serta bijan.
- Alas
pinggan hidang dengan daun pisang.
- Campurkan
semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata (sekiranya terus
dihidangkan) atau susun
sayur-sayuran dengan menarik dan letakkan mangkuk berisi kuah di sisinya
sekiranya dihidangkan secara berasingan.
- Hidangkan.
Potongan Buah-buahan
Bahan-bahan
1 biji
Tembikai merah
1 biji
Tembikai susu
10 biji Limau sunquick
Cara penyediaan
- Buah-buahan
dibersihkan dan ditoskan.
- Buangkan
kulit buah tembikai merah dantembikat susu. Potong buah dengan saiz yang
sama.
- Potongkan
buah limau sunquick dengan potongan wedges.
- Susunkan
buah-buahan yang telah dipotong ke dalambekas yang telah dikhaskan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Bagi sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan, set menu buffet ini
sesuai untuk majlis anda...
Selamat mencuba kawan-kawan.....
........(^_^)......
####################
Khuzaimah
No comments:
Post a Comment