Monday 24 December 2012

Keropok Lekor


 Assalamualaikum…salam sejahtera….

Semester 8 sudah hampir ke penghujung…. Rasa cepat benar masa berlalu… Lepas ini bolehlah bersantai-santai di kampong halaman tercinta sementara mendapat kerja….(^_^)…. Dalam kepala ni dah bermacam-macam makanan yang terbayang..... Sotong celup tepung, nasi dagang, bubur lambuk, rojak betik, laksa dan macam-macam lagilah.....

Cik Ah nak tanya sikit boleh tak kawan-kawan......??
Kalau kamu semua pergi Terengganu, apa yang pertama sekali bermain di minda????
Keropok lekor kannnnnn......??
Pelancong dalam negeri mahupun luar negeri yang datang ke Terengganu rata-rata pasti akan mencuba untuk menikmati keropok lekor..... Tak sah kiranya kalau tak merasainya... Bukan datang ke TERENGGANU lah namanya kalau tak mencuba......Betul tak.....?

Keropok lekor ialah sejenis makanan protein yang diperbuat daripada isi ikan dan juga tepung sagu serta garam dan gula.  Isi ikan yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain akan dibentukkan panjang-panjang dan akan direbus dalam air yang mendidih ataupun digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh...

Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi pelancong untuk mendapatkan keropok lekor ialah di Kampung Losong iaitu di Kuala Terengganu.....Di sana terdapat satu perkampungan yang dikenali sebagai Perkampungan Keropok Losong...Dan oleh sebab itulah keropok lekor Terengganu sering dikenali sebagai "Keropok Losong".....Di sana pelancong boleh memilih gerai-gerai yang disukai untuk mendapatkan keropok lekor.....

Selain di Kampung Losong, keropok lekor juga terkenal dan mudah didapati di Kampung Batu Rakit... Di sana juga terdapat deretan kedai-kedai yang menjual keropok lekor sehingga pelancong tidak tahu mahu memilih yang mana satu...
Untuk kali ini, Cik Ah akan berkongsi satu lagi resepi yang berkaitan dengan negeri kelahiran Cik Ah iaitu KEROPOK LEKOR...

Keropok lekor rebus

Keropok lekor goreng

Bahan-bahan :
12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
  1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
  2. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
  4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
  5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
  6. Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
  7. Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terung dengan menggunakan minyak banyak.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.
Step membuat keropok


~~~~Selamat mencuba~~~~~
........(^_^).......


#################
Khuzaimah

No comments:

Post a Comment