Sunday, 23 December 2012

Kuih Beko


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan…
Salam ahad yang ceria.....

Semalam Cik Ah telah mendapat satu berita yang menyedihkan.... Keluarga Cik Ah telah kehilangan seorang yang disayangi....Atuk iaitu bapa kepada ayah Cik Ah... Sedih sebab tidak pulang ke kampung halaman walaupun hati ingin berada di sana.   Namun, doa tetap mengiringinya dari jauh.....Moga atuk ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.....  Bila terjadi peristiwa begini, ia turut mengingatkan Cik Ah kepada atuk sebelah ibu yang telah lama meninggalkan kami 8 tahun yang lalu... Banyak kenangan yang terindah kami bersama dia...Al-fatihah untuk kedua-dua atuk.....

Bercerita tentang arwah atuk sebelah ibu, Cik Ah dengannya mempunyai persamaan dari segi makanan kegemaran..KUIH BEKO..Kalau negeri lain tak tahulah pula namanya apa...  Kalau suatu masa dahulu, setiap kali bulan puasa kami akan sama-sama bakar kuih sama-sama..... Nak tahu kenapa????Kuih yang kami suka makan tu, hanya kami bertiga je yang suka sangat-sangat dengan kuih tu...Cik AH, atuk & abang sepupu......Jadi terpaksa la membakarnya sendiri....Tapi yang membancuh dan membuatnya mestilah nenek...(^_^)....Kami tukang bakar je...Bukan ape, nak bakar kuih tu leceh...melekatlah, lambat masaklah....macam-macamlah dugaannya...  Tapi sekarang, Cik Ah dengan abang sepupu dah tak dapat nak makan tu semua.....  Ibu dengan mak long tak kasi kami meminta-minta dengan nenek... Ibu selalu pesan, nak makan kuih tu, beli je, jangan buat-buat lagi... Cik Ah tahu, semua orang tak nak kenang kenangan lama....  Sebab itulah Cik Ah sekarang dah tak makan sangat kuih tu...Pernah sekali makan sambil nangis-nangis sebab terkenangkan arwah atuk... sedih sangat-sangat.....

Walau bagaimanapun, kat sini Cik Ah masih lagi ingin berkongsi resepi Kuih Beko dengan kawan-kawan...Tapi resepi ini Cik Ah cari dengan Encik Google je.. Just tukar sikit-sikit yang mana Cik Ah ingat bahan-bahan dan langkah-langkahnya...Nak tanya nenek dengan ibu terkenangkan kenangan lama....



Bahan-bahan
  • 2 cawan kelapa parut (kelapa muda/kulit hijau)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2-3 keping nisan/gula kabung/gula melaka
  • 1 cawan air
  • secubit garam
  • 2 biji telur

Cara-cara
  1. Panaskan air didalam periuk dan masukkan nisan dan garam.  Masak sehingga mendidih.
  2. Setelah nisan/gula kabung/gula melaka larut, angkat dan sejukkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung pulut dan telur. Gaul sehingga sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati.  
  5. Sudukan ke dalam acuan pembakar.
  6. Bakarkan dengan menggunakan cara tradisional ataupun moden.
  7. Jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
  8. Jika menggunakan dapur arang, letakkan bara arang ke atas penutupnya dan tutup acuan pembakar.  Bakar selama 15-20 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.




~~~~Selamat mencuba~~~~
........(^_^)........

##############
Khuzaimah

No comments:

Post a Comment