Monday, 24 December 2012

Pulut Kelapa @ Pulut Nyor

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Bila bangun pagi ni tiba-tiba je rasa macam nak breakfast dengan pulut kelapa..
Pulut ni salah satu makanan yang popular di Kelantan. Boleh dikatakan salah satu makanan kegemaran la untuk breakfast selain nasi.

Biasa la kalau kat Kelantan, pagi-pagi dah makan makanan berat. Orang dulu-dulu kerja kuat. Nak ke sawah, pegi menoreh, berkebun, macam-macam lagi la. Kalau balik dah dekat waktu Zohor, so kena la ambil makanan yang  boleh memberikan tenaga dan mengenyangkan. Jadi sampai sekarang orang Kelantan mengamalkannya. Kira dah jadi  tabiat la.Walaupun bekerja kat office.

Makanan ni sesuai dimakan pada waktu pagi.. tapi tak ada masalah pun sekiranya dimakan pada waktu petang.. jangan risau.

Kaedah menyediakan pulut nyor sangat mudah. Tak perlu guna santan bagai, tetapi memerlukan kelapa muda yang digaulkan bersama sedikit garam.

Biasanya pulut  ni dimakan bersama ikan kering atau ikan rebus goreng. Ada juga yang makan bersama gula. Terpulang pada selera masing-masing.
pulut kelapa@ pulut nyor.
(Gambar ihsan pak cik google)
Bahan-bahan:
  • beras pulut
  • kelapa muda
  • garam
cara-cara:
  1. Kukus pulut yang direndam semalaman sehingga masak @ tanak beras pulut dengan menggunakan api kecil. 
  2. Sebagai peringatan, air yang digunakan untuk tanak pulut sikit je. atas sedikit daripada paras beras pulut. tak perlu kacau.
  3. Untuk menyediakan kelapa, gaul kelapa dengan sedikit garam hingga rata.
  4. Boleh dimakan bersama ikan kering atau ikan rebus goreng. Ikan goreng biasa pn boleh..
Kalau nak lagi sedap, bolehlah dihidangkan bersama kopi panas..


By: Waddiah (",)

No comments:

Post a Comment