Boikot..
Boikot.. Boikot.. Mekdi (Mc’ Donald) demi Gaza dan Palestin J dan tak boleh lagi merasa kesedapan bubur ayam. Ho ho
hoiiii sapa cakap tak boleh makan bubur ayam sesedap bubur ayam MekDi tu?? Saya
ada resepi bubur ayam lagi sedap….. tak percaya? Kena lah cuba! Conform dah tak
pandang bubur ayam MekDi tu lagi J
Luruihlah
jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh
Alamak.. ayam den
lapeh.. tak boleh buat bubur ayam la macam ni J sebelum melalut sampai Jordan, jom tengok
resepi Bubur Ayam J
Bahan-bahan
- 1 1/2 cwn beras
- 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
- 1 kiub pati ayam
- 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
- sedikit garam
- 1 liter air
- lada merah
- daun bawang dan daun sup
- sedikit minyak bijan
Cara-cara
- Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan
toskan airnya. Air rebusan ayam jangan dibuang.
- Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk
lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air
sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka - selembut mana kita nak.
- Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam
dan sedikit garam.
Bandingkan.. mana nampak lagi sedap??
Kawan-
kawan, Bubur Ayam ni bolehlah dihidang dengan ayam rebus tadi (disiat kecil),
bawang goreng, lada merah dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan. Dan
amat lah sedap bubur ayam dimakan dengan ikan bilis, kacang goreng, cili jeruk
atau telur masin.. sedapppppppppnya! J sila cuba dan rasai
kesedapannya bersama-sama J oh ye lupa.. bubur
ayam ini amat sesuai untuk dihidangkan kepada orang yang tiada selera makan dan
untuk membuka selera orang yang sakit. J kalah bubur MekDi I told
you! J
By: Waddiah (“,)
Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDelete