Sunday, 16 December 2012

Ohh.. Penatnya Mata...

Assalamualaikum dan salam sayang semua...

Agak-agaknya apa yang pelajar selalu buat hujung minggu macam ni ye.. Kalau pelajar tahun akhir macam saya ni mesti tengah berusaha nak menyiapkan projek akhir kerana nak submit tak lama lagi.. Di samping projek akhir ada lagi tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada minggu-minggu terakhir ni..

Bila tiap-tiap hari mengadap laptop, mata kita akan menjadi letih akibat tumpuan mata terhadap kerja dan terlalu lama melihat objek yang dekat. Kadang-kadang mata ni macam dah rabun je, kalau yang sedia rabun tu lagi la kan..silap-silap makin bertambah power cermin mata.

Sebenarnya, apabila kita melihat objek dekat kurang daripada 7 meter,  ia akan memberi tekanan dan mengubah bentuk mata kita. Ianya akan memberikan kesan buruk pada mata sekiranya kita melihat objek dekat terlalu lama. Terlalu lama kat sini maksudnya melebihi daripada 20 minit.. jadi untuk mengatasinya, setiap 20 minit atau 30 minit melihat objek dekat, anda perlu melihat objek jauh dalam beberapa saat.


Tujuannnya adalah untuk mengembalikan bentuk mata kepada bentuk yang asal selain merehatkan otot dan mata kita. Tapi pastikan mata kita benar-benar fokus.. kalau tengok benda hijau macam pokok atau bukit bukau lagi elok..ladang teh pun ok..sejuk mata memandang...em tapi mana nak cari ladang teh kat tanjung malim ni... pokok kelapa sawit pun boleh la...

Selain melihat objek jauh, kita juga boleh berusaha untuk memperbaiki atau menjaga penglihatan kita dengan makan lobak merah.. tapi orang kampung saya panggil carrot..haha.. Kalau anda semua nak tau lobak merah ni adalah salah satu makanan para ilmuan Islam lampau. Terdapat banyak khasiat lobak merah  seperti protein, karbohidrat, kalium, natrium dan kalsium. ia juga mengandungi vitamin yang lengkap seperti A, B, C, potasium dan karotin.


Selain itu, lobak merah juga berupaya mengurangkan:
  • kandungan gula dalam badan
  • mencegah kanser
  • mengubat  kencing manis
  • gout
  • penyakit jantung
  • penghadaman dan penglihatan.
Lobak merah ni boleh dimakan secara mentah, dibuat jus atau dimasak.. 

Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda tips untuk cerahkan mata dan ubati mata rabun daripada Ustaz Sharhan Shafie.. Menurut beliau, pesakit yang datang ke kliniknya semua dah sembuh.. alhamdulillah.. 


So, rajin-rajinlah jadikan makan carrot tu satu amalan.. Em ni pun tengah makan carrot sambil taip entri ni. best jugak carrot bila dimakan mentah-mentah.. rangup...nak cerah mata katakan...


By: Waddiah (",)

No comments:

Post a Comment