Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan.....
Buat aktiviti apa petang hujung minggu ni...Mesti tengah
mencari-mencarikan....
Apa kata kalau kawan-kawan mencuba untuk menyediakan juadah dari negeri Cik
Ah iaitu Terengganu... Jika kawan-kawan masih ingat, sebelum ini Cik Wawa kita
telah memberikan resepi untuk menyediakan ketupat sotong...Kali ini Cik Ah akan
turut sama berkongsi resepi untuk membuat ketupat sotong.....Tapi bukan
macam Cik Wawa punya......Lain sedikit darinya.... Rasa dan warna juga
berbeza.....Resepi ini adalah resepi dari Bonda Maziah sendiri... Cik Ah pun
dah banyak kali cuba membuatnya sendiri...Dan macam biasalah mesti tak boleh lawan
bonda punya....Sifulah katakan.....
Silalah mencubakan kawan-kawan.....
Bahan-bahan
- 5-6 ekor sotong sederhana
- 1 cawan beras pulut
- 1 ½ cawan santan pekat
- ½ cawan santan cair
- 2 ulas bawang besar (dimayang)
- seinci halia (dimayang)
- sesudu kecik halba
- garam dan gula secukup rasa
- lidi/penyungkil gigi
Cara-cara
- Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan cair selama 2-3 jam.
- Bersihkan
sotong, buang kulitnya supaya kuah tidank menjadi merah.
- Kemudian, isikan
beras pulut dalam badan sotong, jangan terlalu penuh kemudian tutupkan
dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan lidi.
- Masukkan
ke dalam periuk dan masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan sotong
separuh masak.
- Masukkan
bawang, halia, halba dan dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan
gula. Biarkan ia mendidih sehingga
masak dan kuah menjadi pekat.
- Sedia
untuk dihidangkan.
.........(^_^)........
###############
Khuzaimah
No comments:
Post a Comment