Pakoras dan Cucumber Raita |
Sebenarnya saya bukanlah penggemar terung, tapi bila buat kuih ni sedap la pulak..maknanya boleh diterima la rasanya. Bila tengok terung apa yang terbayang dalam fikiran adalah masakan sayur yang akan dihidangkan dengan nasi. Rupanya masak macam ni pun boleh ye..huhu.
Kalau masyarakat Melayu terkenal dengan pisang goreng, buah sukun goreng, cempedak goreng dan macam-macam lagi la, masyarakat India pula terkenal dengan pakoras yang dimakan bersama cucumber raita.
Jom kita tengok resepinya. Nanti senang-senang sila la cuba...
Bahan Pakoras :
- 200 gm Terung
- 200 gm Kentang
- 140 gm Tepung kacang kuda
- 3 gm Serbuk cili
- 3 gm Soda bikarbonat
- 300 ml Minyak
- 5 gm Garam
Bahan cucumber raita :
- 260 ml Tairu
- 25 gm Cili hijau
- 250 gm Timun
- 10 gm Bawang putih
- 50 gm Bawang besar
- 5 gm Jintan putih - disangai
Cara
penyediaan pakoras :
1.
Bersihkan terung dan
kentang. Kemudian, hiriskannipis-nipis secara bulat.
2.
Bancuhkan
tepung kacang kuda, serbuk cili, garam, soda bikarbonat dengan air sehingga
menjadi bater sadur.
3.
Panaskan
kuali dan masukkan minyak. Biarkan sehingga betul-betul panas.
4.
Celupkan
terung dan kentang ke dalam bater sadur dan goreng satu persatu sehingga
garing.
5.
Angkat
dan toskan dengan kitchen towel.
Cara menyediakan cucumber raita
:
- Bersihkan bawang besar,
bawang putih, timun dan cili hijau. Kemudian, cincang halus.
- Pukulkan tairu dengan
menggunakan whisk sehingga kembang dan licin.
- Masukkan ke semua
bahan-bahan yang telah dicincang ke dalam tairu. Kacau sebati dan sesuai
kan rasa.
- Masukkan jintan putih dan
kacau rata.
- Sejukkan cucumber raita ke
dalam peti sejuk.
- Hidangkan bersama pakoras.
Semoga resepi ni dapat membantu anda.. tak menyesal cuba, makan sekali pasti nak lagi..
Selamat mencuba...
By: Waddiah (",)
No comments:
Post a Comment