Saturday, 1 December 2012

~ Minggu Keenam Amali Masakan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Warisan Timur ni.. Pada minggu ini kelas amali kami sangat istimewa kerana kami dikehendaki memasak makanan orang Cina. Kelas sebelum ni pun sememangnya istimewa cuma kali ini agak berbeza. Tema menu yang kami sediakan pada minggu ini adalah Set Menu Cina. Menu yang perlu kami sediakan ialah Beef Green Pepper, Crab Meat and Egg Drop Soup, Kubis Gulung Berinti dan Pie Tee. Menu tersebut dihidangkan bersama dengan nasi putih.

Berdasarkan resepi yang diberikan dan sedikit rujukan daripada internet, kami cuba juga sediakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Seperti biasa, pembahagian tugas antara ahli kumpulan ditentukan supaya setiap orang mengambil bahagian dalam kerja-kerja memasak ni.. Ia juga bagi memastikan kerja-kerja memasak berjalan lancar.

Setiap menu yang memberikan pengalaman baru kepada kami. Crab Meat and Egg Drop Soup yang kami sediakan tidak menggunakan isi ketam yang sebenar tetapi kami menggantikannya dengan jejari ketam. Setelah stok ayam yang mengandungi isi ketam dan bahan-bahan tumis mendidih, telur dimasukkan sedikit demi sedikit dan perlu dikacau satu arah sahaja.
Crab Meat & Egg Drop Soup
Kami juga mendapat pengalaman bagaimana menyediakan kubis gulung. Inti perlu dibungkus menggunakan kubis yang telah siap dicelur dan kemudiannya perlu dikukus. Kubis tersebut dihidangkan bersama sos khas.

Menggulung inti 
Menu yang paling mencabar adalah semasa menyediakan kulit Pie Tee. Pie tee merupakan sejenis makanan pembuka selera bagi kaum Cina. Ia boleh juga dihidangkan semasa minum petang. Alat yang digunakan untuk menyediakan kulit pie tee dipanggil calung.

Calung/ Acuan pie tee

Calung perlu direndam terlebih dahulu di dalam minyak yang panas sebelum dicelup ke dalam adunan. Langkah untuk membuat kulit pie tee adalah sama seperti membuat kuih goyang atau kuih ros.

Memang rasa tercabar membuat  kulit pie tee ni.. Cubaan pertama agak tidak memuaskan hati kerana tidak mendapat bentuk  yang diinginkan. Tapi still masih boleh dimakan.. 

Cubaan yang tidak menjadi

Ternyata menyediakan pie tee ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kami tetap cuba dan terus mencuba...dan akhirnya....

Ada la peningkatan walaupun tak cantik sangat kan.... 
pie tee kami..

Banyak ilmu dan pengalaman baru yang kami perolehi semasa menyediakan menu masakan Cina pada hari ini.. Walaupun agak penat kerana terpaksa berdiri lama di dapur, tetapi kami tetap rasa seronok kerana berjaya menyiapkan tugasan pada minggu ini. Untuk minggu depan, kami perlu menyediakan set menu India..   Apakah menunya?? Tungguuuu...


By: Waddiah (",)

No comments:

Post a Comment