Monday 24 December 2012

Kuih Tepung Gomak


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Musim hujan dah tiba sekarang….. Perasaan hendak makan tu makin membuak-buak. Tambahan pula dengan cuaca yang sejuk makin membuatkan kita sering berasa lapar.  Cik Ah ada satu resepi yang hendak dikongsikan bersama-sama dengan kawan. Jadi selepas ini boleh mencubanya jika ada kelapangan......(^_^)....
Kalau dekat rumah Cik Ah panggil kuih ini dengan nama buah gomok.... Tetapi nama lebih dikenali dengan nama Tepung Gomak.... Kuih memang sedap dan merupakan antara kuih-kuih kegemaran Cik Ah jika menjelang bulan ramadhan....

Pernah juga melihat ibu iaitu Bonda Maziah membuatnya di rumah.  Pernah juga membuatnya sendiri tetapi dibawah pemerhatianlah.......(^_^)....

Nak resepinya?????
Jom tengok entri dibawah....


Bahan-bahan :
400gm tepung pulut
300gm kacang hijau

Inti :
300gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir

Cara membuat :
Inti :
  1. Campurkan gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air dan masak sehingga kering.
  2. Angkat dan ketepikan.

Kuih :
1.      Goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.
2.      Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
3.      Ambil sebesar telur dan leperkan, bubuhkan sedikit inti didalam dan tutup semula.
4.      Didihkan air yang bercampur daun pandan, masukkan tepung yang berinti tadi, angkat apabila kuih timbul.
5.      Kemudian golek-golekkan kuih tadi ke dalam tepung kacang hijau, susun didalam pinggan.
6.      Sedia untuk dihidangkan.
7.       

~~~~Selamat mencuba~~~~
.............(^_^)...............


################

Khuzaimah

Budu


Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya……

Tidak ternilai sumber proteinnya,
Rasanya enak sedap tidak terperi,
Sungguh laris jika dijualnya,
Itulah Budu nama diberi.

Wah-wah....Berpantun pula Cik Ah ni.......(^_^).......
Rasanya kawan-kawan sudah boleh mengagak tajuk apa yang akan dikarang pada entri kali ini....Tidak lain tidak bukan ialah BUDU......Kalau sebut je pasal budu mesti kawan dapat membayangkan negeri-negeri pantai timur terutamanya negeri Kelantan dan juga Terengganu. 

Seperti yang diketahui, Kelantan dan Terengganu memang kaya dengan hasil tangkapan lautnya. Jadi tidak hairanlah budu banyak terdapat di kawasan negeri tersebut.  Budu ialah sejenis pekasam iaitu pati ikan bilis.  Dan ia merupakan sumber protein yang tinggi kepada tubuh badan.  Budu terjadi adalah akibat daripada proses di mana ikan bilis bersama-sama dengan garam diperam sehingga menjadi hancur dan berpati.  Kemudian hampas tulang akan diasingkan dan melalui proses pembungkus dan seterusnya dipasarkan.  Budu seringkali dihidangkan dengan perahan limau nipis dan cili untuk dimakan bersama-sama ulam-ulaman serta ikan bakar.  Jika di kampung-kampung, budu menjadi menu utama kerana ia mampu membangkitkan selera makan terutamanya golongan orang tua.  Lebih enak jika budu dicampurkan bersama-sama dengan tempoyak dan dimakan bersama ulam-ulaman. 




Antara jenama budu di pasaran

Pati Ikan Bilis

Cap limau nipis

Cap Ketereh

Sos Bilis

Khasiat Budu
Walaupun budu merupakan pati ikan, namun ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  Ahli pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New  Zealand dan Jerman pernah membuat kajian dan telah menemui bukti yang menyatakan bahawa budu menpunyai khasiat yang baik.  Antaranya ialah (sumber wikipedia) :
  • Mempunyai glutathione iaitu bahan antioksidan yang dapat mengeluarkan toxic dalam badan.
  • Dapat meningkatkan daya tahan badan sehingga dapat mengawal penyakit yang merbahaya seperti kanser.
  • Dapat mengawal radikal bebas dan menghalang proses penuaan.
  • Dapat mencegah penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis dan juga kanser.
  • Budu juga mempunyai zat antibakteria untuk mengelakkan cirit-birit (diarrhoea), penurun kolestrol darah, mencegah penyakit jantung dan juga hipertensi.
  • Memilik zat gizi yang mudah dicerna, diserap dan dimanfaati oleh tubuh badan.
  • Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita diarrhoea kronik.
  • Dapat meningkatkan IQ kepada sesiapa sahaja yang memakannya kerana mempunyai sel-sel otak dan mengukuhkan ikatan antara neutron-neutron serta menguatkan neutron yang lemah.
  • Budu juga dapa membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa iaitu penyebab kepada gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanan dan orang dewasa.
  • Mempunyai vitamin larut air iaitu B kompleks dan vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.

Walaupun budu mempunyai banyak kelebihan, namun ia masih mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu.  Antaranya ialah :
·        Oleh sebab budu adalah pati ikan, ia menyebabkab baunya agak kuat dan kurang disenangi oleh orang ramai.
·        Kandungan asid urik yang tinggi dan tidak sesuai untuk pesaikt gaut, kencing manis, jerawat batu, darah tinggi, barah payudara dan keguguran rambut yang kronik.

Budu boleh dimakan dengan pelbagai cara

Budu & Tempoyak

Budu & Mangga muda

Budu & bawang serta cili

Bagi mereka yang mengemari budu dan sukar untuk mendapatkannya, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.  Di sini Cik Ah ingin berkongsi resepi membuat budu kepada kawan-kawan...(sumber encik google)

Cara Membuat Budu
Bahan-bahan
1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisan/gula melaka/manisan
Air secukupnya

Cara-cara 
  1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
  2. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas. Ratakan (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  4. Masukkan nisan/gula melaka dan gaul rata.
  5. Taburkan ikan bilis di atas lapisan garam dalam bekas tadi.
  6. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis.
  7. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam. Isi air hingga penuh.
  8. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur).
  9. Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  10. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguklah hasilnya. Kacau jika ia masih tidak hancur.  
  11. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dalam peti sejuk.

Diharapkan. Selepas membaca entri kali ini, ramai kawan-kawan Cik Ah memilih untuk makan budu.  Rugi jika tidak mencubanya. Walaupun baunya kurang enak, namun khasiatnya amat bergunakan kepada tubuh badan kita.


~~~~Selamat mencuba~~~~
.........(^_^).........


################
Khuzaimah

Bubur Lambuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Rindunya dekat kampung halaman….Kalau entri sebelum Cik Ah menyenaraikan menu-menu bermain di minda tentang makanan-makanan Terengganu.  Kali ini Cik Ah ingin berkongsi resepi tentang Bubur Lambuk....Cik Ah yakin mesti semua orang suka makan bubur lambukkan????

Pernah tak kawan-kawan mencuba bubur lambuk dari Terengganu....???Rasa dan rupanya tak sama dengan bubur lambuk sebelah pantai barat... Rasanya memang sedap....Kalau di bulan ramadhan, bubur lambuk di Terengganu banyak dijual di gerai-gerai di Bazar Ramahan....Sama juga di Pantai Barat, bubur lambuk banyak juga di dapati di bulan Ramadhan.....
Bubur Lambuk

Jika bubur lambuk di Pantai Barat, bubur lambuknya berwarna putih dan bahan-bahan yang digunakan ialah seperti lobak merah, daging atau ayam, sayur campur dan lain-lain lagi....

Berbanding dengan bubur lambuk di Terengganu, bubur lambuknya sedikit gelap dan bahan-bahan yang digunakan juga berbeza dengan bahan-bahan bubur lambuk pantai barat.  Di Terengganu, bahan-bahan yang digunakan ialah seperti pucuk paku merah atau lebih dikenali dengan nama pucuk miding, daun kadok, daun kesum, daun kecur manis dan makanan laut seperti ikan, kerang dan sotong.... Dan bahan istimewa turut dimasukkan ke dalam resepi ini iaitu budu.  Budu kebiasaannya diletakkan kedalam bubur lambuk dan faktor budu menyebabkan warnanya berubah.

Kalau di Terengganu, bubur lambuk akan dimakan bersama dengan ikanbilis goreng, keropok, air lada dan perahan limau nipis.  Selain itu, budu juga dihidangkan bersama ketika menikmati bubur lambuk kerana sesetengah orang suka menambahkan budu semasa menikmatinya.

Jadi, pada kali ini, Cik Ah ingin berkongsi resepi bubur lambuk Bonda Maziah......
Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan :

  • 1 kg ikan selayang/kembung- rebus ambil isinya
  • 1 kg beras
  • 2 tbsp kerisik
  • 3 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 inci halia
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ikat daun pucuk paku merah
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 ikat daun kaduk
  •  ½ ikat daun cekur manis
  • 300 gm kerang
  • Budu 3 tbsp
  • Garam dan bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan :
1.      Bersihkan beras sehingga bersih dan rebus beras sehingga betul-betul empuk di dalam periuk
2.      Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk kedalam periuk. Biarkan mendidih.
3.      Masukkan lada hitam dan ikan yang telah ditumbukkan. Kacau sehingga rata.  
4.      Masukkan budu, garam dan bahan perasa secukupnya.  Kacau rata.
5.      Masukkan daun-daun ulam yang telah dibersihkan.  Kacau sehingga daun ulam layu.
6.      Sedia untuk dihidangkan.
7.      Hidangkan bersama keropok, ikan bilis goreng, air lada, perahan limau nipis dan juga budu.


~~~~~Selamat mencuba~~~~~
.........(^_^).........

####################
Khuzaimah

Nasi Tumpang a.k.a Nasi Tupe

Negeri Kelantan memang terkenal dengan pelbagai makanan yang menarik dan istimewa.
Pernah tak anda dengar nasi tumpang? Atau orang Kelantan panggil 'nasi tupe'.

Makanan ni hanya boleh ditemui di Kelantan. Nasi tumpang adalah gabungan nasi yang dimasak agak lembik bersama lauk pauk yang digulung dalam daun pisang berbentuk kon. Lauk nya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging, telur dan sebagainya bergantung pada citarasa pembuatnya. Disebabkan banyak sangat lauk yang menumpang dalam tu, so ia dipanggil nasi tumpang.

Kelongsong nasi tumpang dibuat daripada daun pisang. Kelongsong akan dibuat dahulu sebelum dimasukkan nasi dan berselang seli dengan lauk.. proses membungkusnya perlu dilakukan dengan cermat supaya kemas dan untuk mengelak daun pisang daripada koyak.memang sedap. Kalau ada peluang pegi ke Kelantan, cubalah nasi tumpang ni. Tak rugi..

By: Waddiah (",)

Pulut Kelapa @ Pulut Nyor

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Bila bangun pagi ni tiba-tiba je rasa macam nak breakfast dengan pulut kelapa..
Pulut ni salah satu makanan yang popular di Kelantan. Boleh dikatakan salah satu makanan kegemaran la untuk breakfast selain nasi.

Biasa la kalau kat Kelantan, pagi-pagi dah makan makanan berat. Orang dulu-dulu kerja kuat. Nak ke sawah, pegi menoreh, berkebun, macam-macam lagi la. Kalau balik dah dekat waktu Zohor, so kena la ambil makanan yang  boleh memberikan tenaga dan mengenyangkan. Jadi sampai sekarang orang Kelantan mengamalkannya. Kira dah jadi  tabiat la.Walaupun bekerja kat office.

Makanan ni sesuai dimakan pada waktu pagi.. tapi tak ada masalah pun sekiranya dimakan pada waktu petang.. jangan risau.

Kaedah menyediakan pulut nyor sangat mudah. Tak perlu guna santan bagai, tetapi memerlukan kelapa muda yang digaulkan bersama sedikit garam.

Biasanya pulut  ni dimakan bersama ikan kering atau ikan rebus goreng. Ada juga yang makan bersama gula. Terpulang pada selera masing-masing.
pulut kelapa@ pulut nyor.
(Gambar ihsan pak cik google)
Bahan-bahan:
  • beras pulut
  • kelapa muda
  • garam
cara-cara:
  1. Kukus pulut yang direndam semalaman sehingga masak @ tanak beras pulut dengan menggunakan api kecil. 
  2. Sebagai peringatan, air yang digunakan untuk tanak pulut sikit je. atas sedikit daripada paras beras pulut. tak perlu kacau.
  3. Untuk menyediakan kelapa, gaul kelapa dengan sedikit garam hingga rata.
  4. Boleh dimakan bersama ikan kering atau ikan rebus goreng. Ikan goreng biasa pn boleh..
Kalau nak lagi sedap, bolehlah dihidangkan bersama kopi panas..


By: Waddiah (",)

Disebabkan ular, timun pahit. Betul ke?

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Anda pernah tak dengar kata orang-orang dulu kalau timun yang kita makan tu pahit mungkin disebabkan ular lalu atas batas atau pun ular menjalar di pokok timun. Aduhhhh.... Geli pula saya dengar kalau bab-bab ular ni. Kalau lah betul dikerana ular, hebat betul ular kan.

Akan tetapi setelah saya mencari dari sumber internet barulah saya tahu kenapa timun boleh menjadi pahit. Kalau mengikut saintis dan pakar-pakar pertanian, kepahitan timun adalah disebabkan sebatian organik yang dipanggil cucurbitacin. Timun yang mempunyai kepekatan cucurbitacin yang tinggi menyebabkan timun menjadi semakin pahit.

Jadi anda sudah tahukan apakah sebabnya timun menjadi pahit. Untuk mengelakkan timun menjadi pahit, saya ada 1 tips bagaimana  untuk menghilangkan rasa pahit pada timun.


Caranya adalah, anda potong hujung timun. Kemudian gosok-gosokkan bahagian yang telah dipotong dengan hujung timun yang telah dipotong, gosok diantara satu sama lain sehingg getahnya terkeluar. InsyaALLAH timun yang anda makan tidak lagi pahit. Tetapi jika masih pahit eloklah dicicah bersama-sama sambal belacan. Dan pahit itu adalah ubat untuk diri anda. Selamat mencuba :)


~UZMIRA NADIA ZAMBRI~

sumber daripada google

Acar Rampai

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Entri saya pada kali ini ingin saya kongsikan kepada anda mengenai 1 menu kegemaran saya yang dihasilkan oleh Mak saya. Apakah menu tersebut? Menu ni ramai sudah ketahuinya. Pada minggu lepas semasa saya dalam amali memasak, saya berpeluang untuk memasak menu ini tetapi resepinya agak lain sedikit dengan masakan mak saya apabila saya lihat gambar dalam menu yang diberikan memang lain. Saya pun berkata-kata lah di dalam hati ni " apa fasal acar rampai ni warnanya tak merah macam mak buat". Jadi semasa dalam kekalutan kawan-kawan saya sibuk mengambil bahan-bahan untuk memasak, saya pula curi-curi peluang untuk menalifon mak di kampung untuk menanyakan resepi acar rampai versi mak. Tapi sayang.. Saya agak ragu-ragu ye untuk memasak acar rampai versi mak tanpa mak disisi saya. Takut kawan-kawan pelik pula lihat acar rampai saya nanti. Tapi tidak mengapa resepi yang sahih sudah berada di tangan saya. Hehehe...
                       


                      
                                           lobak merah                                          kacang buncis
                                                   
                                                             
                                                                              timun

Di atas adalah bahan-bahan utama dalam resepi acar rampai. Selalunya kalau mak nak buat resepi ni pembantunya adalah sayalah. Jadi tugas saya kenalah potong ketiga-tiga sayur ni. Cara memotongnya kenalah dipotong memanjang. Tapi jangan terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Nanti tercekik pula orang memakannya.Kalau terlalu pendek kata mak nanti tak cantik. Ok lah saya teruskan saja ke bahan-bahan yang lain dan cara memasak ye. Diharapkan anda mencubanya. Jadi sila ambil pen dan kertas untuk salin resepi ini.

Bahan-bahan utama 

  • 1 biji lobak merah - dipotong memanjang
  • 1 biji timun - dipotong memanjang
  • 200 gm kacang buncis -dipotong memanjang
  • 4 biji bawang merah - dibelah dua
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili hijau - dipotong memanjang

Bahan-bahan untuk menumis

  • 1 biji bawang merah - dihiris halus
  • 1 ulas bawang putih -dihiris halus
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging - dibancuhkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu sos cili
  • 1/2 sudu besar biji sawi
  • 1 sudu cuka
  • garam dan gula secukup rasa
Hiasan 
  • sedikit bijan - disangai terlebih dahulu
Cara-cara
  1. Setelah bahan-bahan utama dipotong, rendamkan sementara bahan-bahan tersebut dengan air kapur selama 15 minit. Kemudian toskan
  2. Panaskan kuali dan tumiskan biji sawi, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan pes kari sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos cili, cuka, gula dan garam, Suaikan rasa. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan bahan-bahan utama tadi ke dalam kuali dan gaulkan rata.
  5. Setelah siap angkat dan taburkan sedikit bijan. 


Ate...ape mengkome tunggu lagi...meh le cuba!!!(maaf ye sebab guna bahasa orang kuala)

~UZMIRA NADIA ZAMBRI~

sumber gambar daripada google


Keropok Lekor


 Assalamualaikum…salam sejahtera….

Semester 8 sudah hampir ke penghujung…. Rasa cepat benar masa berlalu… Lepas ini bolehlah bersantai-santai di kampong halaman tercinta sementara mendapat kerja….(^_^)…. Dalam kepala ni dah bermacam-macam makanan yang terbayang..... Sotong celup tepung, nasi dagang, bubur lambuk, rojak betik, laksa dan macam-macam lagilah.....

Cik Ah nak tanya sikit boleh tak kawan-kawan......??
Kalau kamu semua pergi Terengganu, apa yang pertama sekali bermain di minda????
Keropok lekor kannnnnn......??
Pelancong dalam negeri mahupun luar negeri yang datang ke Terengganu rata-rata pasti akan mencuba untuk menikmati keropok lekor..... Tak sah kiranya kalau tak merasainya... Bukan datang ke TERENGGANU lah namanya kalau tak mencuba......Betul tak.....?

Keropok lekor ialah sejenis makanan protein yang diperbuat daripada isi ikan dan juga tepung sagu serta garam dan gula.  Isi ikan yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain akan dibentukkan panjang-panjang dan akan direbus dalam air yang mendidih ataupun digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh...

Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi pelancong untuk mendapatkan keropok lekor ialah di Kampung Losong iaitu di Kuala Terengganu.....Di sana terdapat satu perkampungan yang dikenali sebagai Perkampungan Keropok Losong...Dan oleh sebab itulah keropok lekor Terengganu sering dikenali sebagai "Keropok Losong".....Di sana pelancong boleh memilih gerai-gerai yang disukai untuk mendapatkan keropok lekor.....

Selain di Kampung Losong, keropok lekor juga terkenal dan mudah didapati di Kampung Batu Rakit... Di sana juga terdapat deretan kedai-kedai yang menjual keropok lekor sehingga pelancong tidak tahu mahu memilih yang mana satu...
Untuk kali ini, Cik Ah akan berkongsi satu lagi resepi yang berkaitan dengan negeri kelahiran Cik Ah iaitu KEROPOK LEKOR...

Keropok lekor rebus

Keropok lekor goreng

Bahan-bahan :
12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
  1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
  2. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
  4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
  5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
  6. Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
  7. Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terung dengan menggunakan minyak banyak.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.
Step membuat keropok


~~~~Selamat mencuba~~~~~
........(^_^).......


#################
Khuzaimah

Kuih Kaswi



STUDY WEEK yang indah.. orang lain balik kampong, saya bekerja keras untuk menyiapkan tesis saya dan suasana di tanjung malim amat lah sunyi dan sepi seperti tiada penghuni.. cheeewah! Bersastera la pula.. teringatnya saya dekat kampong halaman yang jauh dimata dekat dihati.. kalau mak saya ada di tanjung malim, tentu dia akan sediakan kuih kaswi untuk saya. Saya kempunan nak makan..  oh ya.. lupa nak bagitahu, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih kaswi yang amat sedap ni..

Bahan-bahan
Bahan A :
  • 2 cawan/350g gula merah
  • 1 cawan /240g gula pasir
  • 1 cawan /450ml air
  • 2 helai daun pandan

Bahan B :
  • 1 1/2 cawan / 190g tepung gandum
  • 1 cawan/ 120g  tepung ubi
  • 2 cawan / 900 ml air
  • 1 sudu makan pewarna coklat

Bahan C :
  • kelapa parut yang telah digaul dengan garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam periuk kecil dan didih kan atas api yang sederhana sehingga semua larut. Selepas itu,tapis dan sejukkan
  2. Campurkan BAHAN B dalam satu bekas, kacau rata dengan wisk atau masukkan ke dalam blender dan blender sampai semua bahan sebati
  3. Satukan Bahan A dan Bahan B yang telah diproses tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam Loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Kukus  40- 45 minit sampai kuihnya masak.
*balut tutup kukus dengan kitchen towel. Jika selepas 4minit tardapat air pada permukaan kuij, letakkan paper towel yang baru dan biar air terserap. Angkat perlahan hingga kering. Pastikan kuih betul-betul sejuk kemudian baru dipotong.
  1. Dihidangkan bersama kelapa yang telah digaul bersama garam

inilah rupanya kuih kaswi by pakcik google

Rindu nya kat kampong halaman.. kat sini susah lah nak dapatkan kuih ni.. kawan-kawan jangan upa cuba buat tau.. boleh dimakan waktu sarapan mahupun minum petang

Selamat mencuba!


~ UZMIRA NADIA~

Kuih Keria



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tau tak kuih yang macam donut tapi bukan donut? Kuih apa ye? Ye betul. Kuih keria.. sedapkan kuih keria ni.. nak tau taka pa resepi kuih keria ni? Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Jom la tengok dan buat sama-sama.

Bahan-bahan
  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-cara
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.
by pakcik Google

Ada ke beza kuih keria dan donut? Mestilah ada kawan-kawan walaupun bentuk mereka hamper sama.. Di antara donut dengan kuih ini, bahan adunan kuih ini tidak mengandungi ibu roti atau yis. Bahan adunan untuk donut adalah bahan adunan untuk membuat roti dan mengandungi yis, manakala adunan untuk kuih keria ini bukan melalui proses seperti donut. Donut dikategorikan sebagai roti dan roti penaik (roti yang dinaikkan dengan yis). So dah tahu macam mana nak buat kuih keria kan? Apa lagi… cuba lah kuih tradisi melayu ini.. boleh menambat hati orang tua  tau  J

 SELAMAT MENCUBA


~UZMIRA NADIA~

Laksa Penang



Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi kegemaran saya dengan pembaca blog kami iaitu Laksa Penang. Kenapa saya suka makan laksa penang?kerana rasanya sungguh menambat kalbu saya.. Sedap betul! Betul-betul hau liau J 

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia danSingapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.Moh kita kaji resepi laksa penang ye kawan-kawan..

Bahan-bahan

  • 2 peket laksa (yang segera pun boleh)

Bahan A
  • - 1kg ikan kembung / ikan sardin segar
  • - cili giling 2 senduk (boleh adjust ikut kesesuaian)
  • - 3 biji bunga kantan (di potong2)
  • - 5-7 tangkai daun kesum
  • - 4 keping asam gelugor
  • - 5 biji cili api di ketuk2
  • - 6 gelas air masak (ubah ikut kesesuaian)
  • - garam secukup rasa (+- 4 sudu besar)
  • - 2 kiubperencah ikan bilis Maggie

BAHAN B
  • 8 biji telur rebus. – dipotong empat
  • 1/2 biji salad – dihiris halus
  • 1 batang timun (buang bahagian pahit)
  • 2 biji cili besar - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar (lg manis kalau yg warna kuning)-dimayang nipis
  • 5 biji limau nipis / kasturi - dipotong kecil
  • 1/4 biji nenas dipotong kecil

Cara-cara
  1. Rebus laksa, bila dah masak toskan.
  2. UNTUK KUAH LAKSA, rebus ikan kembung/sardin yang segar dan tambahkan garam. Asingkan isi ikan dan tulang
  3. Isi ikan ditumbuk-tumbuk, kalau pakai blender isinya akan jadi terlalu hancur. Manakala tulang ikan di blend hingga hancur. Pastikan tulang ikan yg telah diblend, di tapis supaya dapat asingkan tulang yg tidak dapat di blend
  4. Campurkan semua bahan A di dalam periuk, isi ikan tumbuk dan tulang ikan blend. untuk permulaan, jangan letak terlalu banyak air. Dikhuatiri akan menghasilkan kuah yang cair. Apabila semua dah hampir sebati nanti.. baru lah tambahkan air mengikut citarasa anda
  5.  Masakkan semua bahan di atas hingga sebati. Rasa, dan ubahlah apa yg kurang/lebih mengikut citarasa anda.
  6.  Semasa menghidang laksa, letakkan Bahan B sebagai hiasan dan bahan sampingan untuk laksa penang

Senang dan mudah bukan?sila lah mencuba resepi yang amat mudah dan dijamin kesedapannya di rumah anda. Please try this at home!




~UZMIRA  NADIA~

Sunday 23 December 2012

Pengambilan Kalori


Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Apa khabar kawan-kawan hari ini....Cik Ah harap sihat semuanya....Macam mana tahap kesihatan kawan-kawan sejak kebelakangan ini????Memuaskan ke tak.......

Pernahkah kawan-kawan terfikir berapakah kalori yang harus kita ambil untuk seharian??
Apa???tak tahu.......Cik Ah yakin pasti ada yang mengetahu itentang ini tetapi tidak mengikut sukatan pengambilan yang sebenar....BETULkan????Samalah seperti dengan Cik Ah....Tahu tetapi tidak mengamalkan....

Apakah itu KALORI???
Kalori ialah sejenis unit tenaga yang dihasilkan oleh makanan kepada tubuh badan.  Kalori amat diperlukan oleh tubuh badan untuk menjana tenaga seharian.  Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak mengambil kalori dan tidak dibakar dengan sempurna iaitu dengan melakukan senaman ia akan menjadi lemak dan akan tersimpan di dalam tubuh badan.  Hal ini boleh menyebabkan penambahan berat badan dan boleh menjejaskan kesihatan.

Jadi, kali ini Cik Ah ingin berkongsi tentang PEGAMBILAN KALORI untuk tubuh badan seharian....Sumber ini Cik dapat dari Encik Google..Jadi sama-samalah kita mengamalkannya....Bolehkan kawan-kawan......

Dewasa
Umur/Tahun
Tenaga Kalori yang diperlukan
Lelaki
Aktif
Sederhana aktif
Berat badan
55kg
    
     20-39
40-49
50-60
>60

2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana Aktif
Berat badan
50kg

0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60

2,000
1,900
1,800
1,600


Jadi sekarang dah tahu kandungan pengambilan untuk diri sendirikan????Kawan-kawan kategori yang mana.....Itu tepuk dada tanya selera.....


Jumlah kalori mengikut jenis sajian
Jika tadi kita telah lihat dan tahu tentang jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan pada setiap hari.  Entri dibawah, Cik Ah akan kongsi lagi tentang kalori, tetapi lebih kepada kandungannya dalam makanan....Selama ini kita hanya tahu makan dan makan sahaja bukan...
Kita tidak pernah ambil peduli tentang kandungannya.  Mungkin makanan yang kita ambil sudah melebihi dari kandungan kalori yang diperlukan pada tubuh badan tanpa kita sedari.. Jadi Cik Ah akan kongsi beberapa sajian beserta dengan jumpah kalori yang terkandung. 

Semangkuk bihoon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,
350 kal
600 kal
Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan
60 kal
150 kal
Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca
60 kal
300 kal
Jumlah Kalori
470 kal
1050 kal

Kalori pada makanan segera
Burger keju, 317 kal
Whooper sandwich, 628 kal
Buah-buahan, 60 kal
Kentang goreng, 227 kal
Air atau teh tanpa gula, 0 kal
Coke, 150 kal
Salad tanpa dresing, 28 kal

Jumlah : 405 kalori
Jumlah : 1005 kalori

Antara contoh-contoh hidangan lain ialah :

Kategori: Kuih Muih
130 kal

  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telur goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
425 kal


  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Minuman
120 kal


1.      Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.      Minuman kotak 250g = 105 kal
3.      Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.      Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.      Aiskrim 2 skop= 390 kal
6.      Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.      Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.      Mentega 2 sudu teh = 75 kal

Dengan adanya sumber-sumber ini, Cik Ah harap kawan-kawan dapat mengenalpasti pengambilan kalori seharian.  Pilihlah menu yang sesuai untuk anda.  Pastikan memilih makanan yang berkalori rendah daripada makanan yang berkalori tinggi.

~~~~Selamat Berjaya Kawan-kawan~~~~
.........(^_^).......


###################
Khuzaimah