Wednesday 28 November 2012

KUIH MUIH TRADISIONAL MAKIN DILUPAKAN


Asasalamualaikum dan salam 1Malaysia…..
Tengok pada tajuk KUIH MUIH bunyi macam best je…. Terbayang-bayang kuih itu, kuih ini….. Betul tak kawan-kawan???
Tapi pernahkah anda semua terfikir, kuih muih tradisional sekarang bukan mudah untuk didapati.....
Persoalannya, KENAPA??????
Pada zaman sekarang kuih muih hanya banyak dijumpai dan dilihat pada bulan Ramadhan dan juga musim-musim perayaan???
Kenapa ye kawan-kawan semua ini terjadi.......
Padahal kuih muih tradisional memang terkenal dengan rasanya yang enak, sedap, lemak, manis dan banyak lagilah....
Sebelum kami perjauh lagi berkenaan dengan tajuk KUIH MUIH, kami nak tahulah sama ada kawan-kawan ke tidak dengan kuih muih tradisional Malaysia?????
Tak tahu????
Jom kita lihat gambar-gambar dibawah.....Hasil pencarian dari en. google....(^_^)........


Kuih Abuk-abuk

Kuih Kaswi


Kenapa Kuih Muih Tradisional Makin dilupakan
Kuih Bahulu
Kawan-kawan perasan tak, kebanyakan kuih muih tradisional yang dijual di gerai-gerai terutamanya pada bulan Ramadhan dibuat dan dijual oleh golongan orang-orang lama iaitu boleh dikatakan golongan mak cik-mak cik dan juga nenek-nenek.   Tidak ramai golongan muda yang turut serta menjual kuih muih tersebut. Jikalau ada sekalipun, boleh dibilang dengan jari.  Betul tak kawan-kawan......Memang tidak boleh disangkal rasa kuih muih tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri.  Kami sendiri gemar makan kuih muih tradisional.  Tapi sayangnya, ia hanya boleh didapati pada waktu-waktu tertentu sahaja.  Kenapa semua ini terjadi.......
Kuih Karas

Resepi tidak standard
Jika dulu-dulu, nenek moyang kita tidak menggunakan bekas penyukas yang sebenar.  Misalnya mereka menggunakan cawan, senduk, sudu dan sebagainya.  Kalau timbang pula kebanyakannya menggunakan kati, gantang dan lain-lain lagi.  Jadi mungkin sukar untuk generasi sekarang untuk membuat dengan menggunakan sukatan tersebut.  Namun kawan-kawan, masalah tersebut boleh diatasi.  Generasi muda zaman sekarang perlu memainkan peranan demi untuk menjaganya supaya tidak ditinggal zaman.  Kita boleh menyukatkannya kembali dan mencatatkan mengikut skali sukatan yang betul. Sebagai contohnya boleh ditukarkan kepada kilo, gram, liter, mililiter, sudu besar, sudu kecil dan sebagainya.  Jadi dengan cara ini kuih muih tradisional masih kekal seperpi resepi nenek moyang kita.  Jadi selepas ini, kawan-kawan bolehlah standard kan resepi  nenek......
 
Tiada masa
Kuih Bakar
Zaman yang semakin moden membuatkan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda berlumba-lumba mengejar kerjaya untuk menyimpan pada masa akan datang sehingga masa untuk keluarga dan diri sendiri tidak dihiraukan.  Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi kepupusan kuih muih tradisional di negara kita.  Kekangan masa juga boleh menjadi punca kerana untuk membuat buat kuih muih ini memerlukan masa yang panjang kerana prosesnya mengambil masa yang lama.  Sebagai contohnya membuat kuih tepung gomak, tapai, kuih kelamai dan lain-lain lagi.  Kuih-kuih ini memerlukan masa yang lama dan pemerhatian yang lebih.  Kepenatan bekerja membataskan segala-galanya.  Walau bagaimanapun, hal ini masih lagi boleh diatasi kawan-kawan......Bagaimana caranya?????? Kawan-kawan, kita bekerja bukanlah setiap hari.  Masa dihujung minggu boleh diperuntukkan untuk bersama-sama keluarga.  Pada masa yang sama bolehlah mengambil peluang untuk membuat juadah kuih muih.  Tidak rugi sebenarnya kawan-kawan...... Kita juga yang untuk nanti....

Tiada alat
Kuih Putu Piring
Alat-alat untuk membuat kuih muih tradisional kebanyakannya menggunakan acuan atau alat yang memang dibuat dan digunakan khas untuk kuih muih tertentu.  Tanpa alat tersebut, sukar untuk membuatnya.  Sebagai contohnya, acuan kuih karas, acuan kuih bakar dan bahulu, pengukus putu piring, acuan kuih serabai dan banayak lagi.  Alat-alat ini pada zaman sekarang sukar untuk didapati.  Jika dijual sekalipun, harga yang dikenakan agak mahal.  Untuk membuat sendiri acuannya pun memerlukan kemahiran yang pakar.  Jika ditempah pada tukang juga mengambil masa dan wang yang banyak..... Oleh sebab itulah generasi muda lebih suka mengambil jalan mudah dengan hanya membeli kuih muih yang terjual digerai-gerai dan kedai-kedai.
Bahan-bahan susah untuk diperolehi
Kuih Ros
Jika dahulu nenek moyang kita suka bercucuk tanam di sekeliling rumah mereka.  Berbanding dengan zaman sekarang, bahan-bahan untuk memasak lebih banyak dibeli di pasar-pasar.  Namun, tidak semua bahan-bahan yang dijual di pasar mempunyai bahan-bahan untuk membuat kuih muih tradisional.  Jika ada sekalipun, hanya boleh dijumpai di pasar pagi.  Generasi sekarang tidak semua suka ke tempat-tempat begitu.  Oleh sebab itulah alasan bahan-bahan sukar diperolehi menjadi alasan kepada mereka.  Jadi selepas ini, pastikan belakang rumah tu, penuhkan dengan bahan-bahan utama kuih muih tradisional ye kawan-kawan...Tak payah susah nak pergi pasar....

Kuih Koci Pulut Hitam
Bagaimana Kuih Muih Tradisional Boleh Diselamatkan????

Karnival Makanan Tradisional Malaysia
Masyarakat sendiri perlu memainkan peranan sebenarnya.  Sebagai contoh, kenapa setiap tahun Malaysia boleh mengada MAHA bagi memperkenalkan Industri Asas Tani kepada orang ramai terutamanya orang luar.  Kenapa tidak juga kita memperkenalkan makanan tradisional kita terutamanya kuih muih tradisional kepada masyarakat luar. Malaysia juga boleh mengadakan Karnival Makanan Tradisional Malaysia bagi setiap tahun bagi memperkenalkan kepada orang luar. Dengan ini sedikit sebanyak, generasi muda boleh mengenelai dan merasa sendiri kuih muih tersebut. 

Aktiviti  Sekolah
Kuih Seri Muka
Kebanyakan semua sekolah-sekolah di Malaysia akan mengadakan Hari Kantin Sekolah pada setiap tahun.  Tujuan ia diadakan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar sekaligus meningkat kewangan sekolah.  Jika sebelum ini, hari kantin banyak menjual makanan ringan dan berat, jadi tidak salah kiranya pihak sekolah memberikan syarat supaya  Kuih Muih Tradisional harus dijual bagi setiap gerai.  Dengan cara ini pelajar-pelajar di sekolah mengenalpasti kuih-kuih tersebut.

Kuih Peria
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan memasak kuih muih tradisional.  Pertandingan boleh dibukakan kepada setiap tingkatan dan dengan cara ini bukan hanya menengah atas yang boleh mengenali kuih muih tetapi juga menengah bawah.  Walau bagaimanapun, ia terletak pada peranan pihak sekolah itu sendiri

Kuih Kapit
Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kita bagi mengekalkan tradisi kuih muih tradisional Malaysia.  Sebagai contohnya, di kampung-kampung juga boleh diadakan pertandingan kuih muih, atau di sekolah boleh membuat galeri khas untuk makanan dan kuih muih tradisional Malaysia.

Diharapkan usaha-usaha yang dijalankan dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda pada masa kini.  Makanan tradisional melambangkan kebudayaan rakyat Malaysia.  Sama-samalah kita bersatu berganding bahu menjada budaya kita......

Kami akhiri dengan serangkap pantun.....Dengar ye kawan-kawan

Sungguh sedap kaya manisan,
Makan bersama pulut tekan,
Marilah kita kekalkan warisan,
Kuih muih tradisional jangan ditinggalkan....


##########################
Khuzaimah

No comments:

Post a Comment