Saturday 10 November 2012

Timbangan dan Sukatan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami.... Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda info berkaitan dengan timbangan dan sukatan.. Kebanyakan resepi yang kita lihat dalam buku atau internet menggunakan sukatan metrik seperti liter, mililiter (ml), gram (gm,g) dan kilogram (kg) dan ada juga menggunakan sudu atau cawan.

Ada di antara kita lebih suka memasak mengikut resepi yang menggunakan sukatan cawan atau sudu berbanding resepi yang menggunakan sukatan metrik. Leceh katanya.. Lebih-lebih lagi kalau kat rumah tidak ada alat penimbang atau penyukat. Sebenarnya kalau kita menggunakan cawan kemungkinan kuantiti bahan tersebut adalah tidak tepat kerana cawan kat rumah kita tidak sama dengan cawan orang lain. Lepas tu mula la merungut resepi yang diberi salah..hehe.. Pernah tak anda mengalami situasi tersebut? Kalau nasib baik, masakan anda tu menjadi, kalau tidak..ke laut la jawabnya.. jangan macam tu ye.. Sebenarnya terdapat cawan yang dikhususkan untuk menyukat. Alatan tersebut boleh didapati di pasaraya atau di kedai-kedai kek.

Di sini saya kongsikan  beberapa panduan untuk anda..

TIMBANGAN BERAT:
  • 600 gm = 1 kati
  • 300 gm = 8 tahil
  • 150 gm = 4 tahil
  • 450 gm = 1 paun
  • 25 gm   = 1 auns

UKURAN PANJANG
  • 2.5 cm = 1 inci
  • 5.0 cm = 2 inci
  • 25 cm  = 10 inci

ISIPADU
  • 1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
  • 1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
  • 1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
  • 1 sudu besar = 15 ml
  • 1 sudu teh = 5 ml
  • 1 liter = 4 1/2 cawan
  • 250 ml = 1/2 pain
SUHU KETUHAR
  • Amat panas = 230 - 240 darjah C
  • Panas = 200 - 220 darjah C = 400 -425 darjah F
  • Sederhana = 180 - 190 darjah C =350 - 375 darjah F
  • Perlahan = 150 - 170 darjah C = 300 - 325 darjah F
  • C = celcius
  • F = Fahrenheit
SUKATAN MENGGUNAKAN CAWAN
  • 1 cawan serbuk roti = 50 gm = 2 auns
  • 1 cawan kelapa parut = 90 gm = 3 auns
  • 1 cawan serbuk biskut = 125 gm = 4 auns
  • 1 cawan kacang tanah hancur = 125 gm= 4 auns
  • 1 cawan tepung gandum = 125 gm = 4.5 auns
  • 1 cawan tepung roti = 135 gm = 4.75 auns
  • 1 cawan gula = 200 gm = 7 auns
  • 1 cawan gula kastor = 175 gm = 6.25 auns
  • 1 cawan gula aising = 125 gm = 4.25 auns
  • 1 cawan gula perang = 120 gm =4.25 auns
  • 1 cawan beras = 185 gm = 6 auns

SUKATAN ISIPADU AIR BERBANDING BERAT

  • 1 cmb = 15 ml = 15 gm
  • 1 cmt = 5 ml = 5 gm
  • 1 cwn = 250 ml = 250 gm
  • 1 liter = 1000 ml = 4 cwn
cwn = cawan
cmt = camca teh
cmb = camca besar
1 cwn = 16 cmb
1 cmb = 3 cmt

Inilah contoh alat yang boleh digunakan untuk menyukat & menimbang
Tips:

  1. Apabila ingin menyukat tepung, ayak atau gemburkan dahulu tepung tersebut sebelum disukat atau ditimbang.
  2. Sekiranya sukat tepung menggunakan cawan, elakkan menekan tepung kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya akan berlebihan. Ratakan dengan menggunakan pisau dan tidak disukat membumbung.
  3. Cecair boleh disukat dengan gram (gm) atau dengan mililiter (ml). 100 gm air adalah lebih kurang sukatannya dengna 100 ml.


Diharapkan entri kali ini dapat membantu anda untuk terus memasak... Good luck!


Disediakan oleh : Waddiah (",)


7 comments: