Saya yakin dan pasti kalau puan-puan dan kawan-kawan hendak memulakan sesuatu masakan mesti mahukan petua-petua supaya makanan yang anda hasilkan menjadi sedap dan lazat. Dan selain daripada itu anda semua mesti mahukan bahan-bahan yang hendak dimasak tidak berlaku sebarang masalah. Betul tidak...Ok lah pada kali ini saya mahu kongsikan beberapa petua kepada anda. Antaranya ialah...
1. Elak daging berbau
Jika anda membeli atau dapat daging segar yang mentah, kadang-kadang daging tersebut ada bau hanyirataupun bau yang kurang menyenangkan. Dan sudah semestinya ada yang enggan mahu makan daging yang berbau. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum anda memasak daging, anda perlu membasu daging dengan menggunakan air basuhan beras. Kemudian basuh sehingga daging putih sedikit. InsyaALLAH bau hanyir dan lendir akan hilang.
2. Daging empuk.
Kalau mahu daging yang dimasak menjadi tidak liat dan empuk, emak saya ada berkongsi sedikit petua. Caranya senang sahaja dengan merebus daging yang telah dipotong bersama-sama potongan betik muda. Rebuskan kedua-duanya, InsyaALLAH daging akan lembut, tidak liat dan empuk ketika anda makan.
3. Elak percikan minyak
Anda pernah terkena percikkan minyak ketika menggoreng? Saya yakin sudah pasti perkara tersebut pernah terjadi pada anda. Disini saya ingin kongsikan petuanya. Atasi masalah tersebut dengan menggunakan daun pisang. Bagaimana? Anda perlu carik-carikkan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak. Setelah daun pisang tadi kering dan hampir hangus, keluarnya. Kemudian teruskan dengan tugas menggoreng anda.
Selamat mencuba ye kawan-kawan...Banyak lagi petua-petua yang ingin saya kongsikan kepada anda..Jadi teruskan membaca dan mengikuti blog ini..
Disediakan oleh : Uzmira Nadia :)
No comments:
Post a Comment