Sunday, 18 November 2012

Kegunaan Garam Dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Apa khabar anda hari ini..semoga semuanya sihat walafiat di samping aktiviti harian masing-masing.
Sekarang kami semua agak sibuk dengan projek akhir yang akan di submit tidak lama lagi.. bila dah dekat- dekat nak hantar ni, rasa macam nak buat apa pun serba tak kena dah.. Pegang tu tak kena, pegang ni tak kena..last-last semua benda tak jadi..ish nauzubillah.. harap-harap semester ni berakhir dengan baik, aminn...

Entri kali ini saya ingin kongsikan dengan ada info berkaitan dengan garam.. Haa bila sebut garam semua terbayang rasanya yang masin dan biasanya digunakan sebagai perasa dalam makanan. Sebenarnya terdapat banyak lagi kegunaan garam yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian kita. Jom kita tengok..


Untuk mengekalkan kesegaran makanan:
  • Bagi mengekalkan warna buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pir dan kentang, masukkan ke dalam air garam sejuk.
  • Salad akan kekal rangup sekiranya diletakkan garam sebelum dihidang.
  • Balut keju dengan kain yang dibasahkan dengan air garam sebelum dimasukkan ke dalam peti ais bagi mengelakkan kulapuk.
  • Campurkan secubit garam ke dalam susu untuk mengekalkan kesegarannya. 
  • Untuk mengurangkan tahap kemasinan ikan masin, rendam ikan masin tersebut di dalam air garam. 
Kegunaan untuk tujuan perubatan/ kesihatan:
  • Kumur garam bercampur dengan air suam untuk melegakan sakit tekak. 
  • Minum madu bersama secubit garam atau air suam bersama secubit garam untuk mengelak mabuk semasa perjalanan.
  • garam yang dicampur dengan baking soda memutihkan gigi, menanggalkan plak dan menjadikan gusi sihat.
  • Nafas lebih segar dengan penggunaan campuran garam dan baking soda sebagai cecair pembersih mulut. 
  • Kaki yang gatal dapat dilegakan dengan rendaman air garam panas.
  • Sekiranya anda letih, berendam sekurang-kurangnya 10 minit dalam tab mandi yang mengandungi air panas yang dicampur dengan garam. 
  • Garam sangat baik untuk pengelupasan. Selepas mandi, urut garam kering ke atas kulit yang basah. Garam membantu pengaliran dan menanggalkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. 

Kegunaan dalam rumah:
  • Untuk manghalau semut, taburkan garam di atas rak (lebih selamat dari menggunakan semburan pembunuh serangga)
  • Gunakan garam untuk membersihkan teko kopi yang telah pudar warnanya. 
  • Campuran garam, cuka dan tepung dapat dijadikan pembersih untuk pewter, loyang dan tembaga. 
  • Semasa musim sejuk, anda masih dapat mengeringkan pakaian di luar. Rendam pakaian anda di dalam air garam untuk mengelakkan pakaian daripada membeku di luar. 
  • Air garam boleh digunakan untuk mengelak perabut anyaman dari menjadi kuning. 
  • Kaca yang pudar dan berkabus dapat dibersihkan dengan penggunaan campuran garam dan cuka. 
  • Untuk menghilangkan kesan telur yang pecah atau jatuh, taburkan garam dan sapu dengan kain. 
  • Untuk mengetahui telur ayam yang dibeli segar atau pun tidak, masukkan 2 camca garam ke dalam air. Telur ayam segar akan tenggelam manakala yang lama akan timbul. 
  • Langkah mudah untuk mengupas telur rebus, masukkan sedikit garam ke dalam air mendidih, masukkan telur dan lihat hasilnya. 
  • Apabila makanan meruap, terdapat kesan yang tidak elok di permukaan dapur. Semasa masakan meruap, cepat-cepat taburkan garam. Apabila selesai masak, ambil kain dan terus lap beberapa kali. Kali terakhir dengan air..Lihat kesannya. 
  • Kotoran degil pada kuali dapat dihilangkan dengan merendam kuali tersebut dengan larutan garam semalaman. Keesokannya masak air garam tersebut. Kotoran dapat ditanggalkan dengan mudah. 
  • Untuk mencuci bunga tiruan, ambil 1/4 cawan garam. Masukkan ke dalam beg kertas bersama bunga tiruan. Goncang dan lihat hasilnya.. 
Kegunaan di luar rumah:
  • Semburan garam di antara bata dan blok di runag berturao luar rumah akan membunuh rumpai.
  • Garam dapat membersihkan tumpahan minyak di garaj. Tabur garam di atas tumapahan dan biarkan selama 15 minit. Ia memudahkan kerja-kerja pembersihan. 
  • Tabur garam di laluan semut untuk mengelak daripada semut masuk ke dalam rumah..

Ternyata betapa banyaknya kegunaan garam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. Semoga entri kali ini memberikan manfaat untuk anda semua.. 


By: Waddiah (",)



Rujukan:
http://halamanputih.wordpress.com/tag/manfaat-garam/
http://bersihjiwahati.blogspot.com/2012/09/rahsia-garam-amalan-sunnah-yang-tak.html






No comments:

Post a Comment