Thursday, 8 November 2012

Resepi Gulai Pucuk Kemahang Bonda.

Assalammualaikum....Salam Perak Aman Jaya...

Pada minggu yang lepas-lepas saya ada menceritakan serba sedikit mengenai Gulai Pucuk Kemahang. Saya harap anda semua sudah kenal apa itu pucuk kemahang. Kebetulan pada hari Raya Aidil Adha yang lepas, bonda saya yang tercinta ada menyediakan juadah yang boleh dikatakan antara makanan kegemaran saya dan menu tersebut menjadi menu yang wajib disediakan oleh bonda saya pada hari raya aidil fitri dan aidil adha. Saya pula tidak lepas kan peluang untuk melihat dan mempelajari cara memasak Gulai Pucuk Kemahang. Seperti yang dijanjikan, di bawah saya ada paparkan pada anda resepi Gulai Pucuk Kemahang Bonda..Selamat Mencuba!!!


Gulai Pucuk Kemahang Bonda

Bahan-bahan
 * 500 g pucuk kemahang
 * 10 biji cili api
 * 1 inci belacan
 * 100 g ikan bilis
 * 1 biji bawang besar
 * 10 keping asam keping
 * 2 batang serai
 * 1 sudu teh serbuk kunyit
 * 1 biji kelapa
 * 1 liter air
 * garam secukup rasa

Cara-cara
 1. Kisar cili api, belacan, ikan bilis, bawang besar dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, pucuk kemahang, serai yang dititik dan asam keping ke dalam periuk dan rebus bersama-sama 500 ml air. rebus pucuk kemahang sehingga empuk dan lembut.
 2. Perahan santan dijadikan 2 bahagian iaitu santan pekat dan santan cair.
 3. Setelah pucuk kemahang lembut dan empuk, masukkan santan cair dan masak sampai mendidih. Selepas 10 minit dan mendidih, masukkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. 

p/s : jika gulai kemahang anda rasa gatal anak tekak ketika merasa gulai tersebut, sila tambah asam keping dalam 2 keping..InsyaALLAH gulai pucuk kemahang anda tidak akan berasa gatal-gatal anak tekak....Selamat Mencuba :)

disediakan oleh : Uzmira Nadia

No comments:

Post a Comment