Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah minggu ke-5 amali masakan dan minggu ke 10 kuliah berjalan untuk semester ini. Tinggal lagi lebih kurang 4 minggu kami akan menamatkan semester yang terakhir di bumi Tanjung Malim ini.. Emm... rase rindu pada kawan-kawan mula terasa bila membayangkan yang kami semua akan membawa haluan masing-masing selepas ini.. Entah bila la agaknya dapat berkumpul lagi ye.. Apa-apa pun, keep in touch k!!
Untuk amali minggu ini, kumpulan kami perlu menyediakan set makanan Melayu iaitu nasi putih, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Kerabu Kacang Botol & Taugeh dan Tauhu Sumbat sebagai hidangan pembuka selera. Terdapat 4 unit yang menyediakan menu seperti kami manakala selebihnya menyediakan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Acar Rampai dan Rojak Buah.. Walau apa jua resepi yang diberikan, insyaAllah kami akan cuba menyediakan hidangan tersebut sebaik mungkin.
Masak lemak cili padi merupakan makanan yang sangat popular di Negeri Sembilan. Walaupun kesemua ahli kumpulan kami bukan berasal dari negeri tersebut, tetapi itu bukan halangan untuk kami menyediakan hidangan daging salai masak lemak cili padi itu.
Bagi hidangan kerabu pula, kami menggunakan kacang botol dan taugeh sebagai bahan utama. Bahan-bahan lain yang digunakan adalah kelapa parut, bawang besar, cili merah, udang kering dan perahan limau nipis. Bagi sesiapa yang belum tahu rupa kacang botol, di bawah ni saya tunjukkan gambar kacang botol tersebut. Selain dibuat kerabu, kacang botol boleh juga dijadikan ulam untuk dicicah dengan sambal belacan atau pun budu.. Kalau nak makan begitu sahaja pun boleh..banyak khasiatnya.. Baik untuk kesihatan kita..
Kacang botol |
Seperti biasa, setiap ahli memainkan peranan masing-masing bagi memastikan proses memasak berjalan dengan lancar sehingga tamat waktu amali. Terima kasih kepada pensyarah dan kawan-kawan yang memberikan komen dan pujian kepada kumpulan kami..
Hidangan yang disediakan oleh kami pada minggu ini |
Untuk mendapatkan resepi hidangan pada hari ini, nantikan entri kami yang seterusnya.
Posted by: Waddiah (",)
No comments:
Post a Comment