Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda resepi Ayam Percik Kelantan. Ayam percik Kelantan sememangnya berbeza daripada negeri lain kerana kuahnya berwarna putih dan menjadikannya sangat unik. Rasanya sangat lazat dan menyelerakan. Jom kita tengok resepi ayam percik Kelantan.
BAHAN-BAHAN
- 3 keping dada ayam (terpulang pada anda utk pilih bahagian mana)
- 4 cawan santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- garam dan gula secukup rasa
- 2 inci halia
- 4 batang serai
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM
- 3 ulas bawang putih -dititik
- 1 inci halia - dihiris
- 1 keping asam keping
- sedikit garam
- air secukupnya
CARA-CARA
- UNTUK KUAH: Satukan santan dengan bahan kisar, gaul rata. Kacau sentiasa dengan menggunakan api sederhana sehingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah sedikit garam dan gula. Masak sekejap dan matikan api, kemudian ketepikan.
- UNTUK AYAM : Ayam dibersihkan, dan ditoskan. Ayam direbuskan dengan bahan-bahan merebus ayam sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN: Ayam dibakar sambil dibalik-balikkan. Sapu kuah pada keseluruhan ayam tadi sambil terus dibakar sehingga ayam betul-betul masak. Angkat dan tuang baki kuah ke atasnya sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba..
By: Waddiah (",)
Sedap nyer..
ReplyDelete