Hai.. Apa khabar anda hari ni? Semoga semuanya sihat di samping orang tersayang..
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda resepi kuih yang sangat sinonim dan popular di Kelantan iaitu cek mek molek..
Em kenapa namanya cek mek molek ye? Sebenarnya kalau anda tanya orang Kelantan sendiri pun, kebanyakannya memang tidak tahu daripada mana nama tu diambil. Nama tu diberi oleh tua2 dulu.. Kebiasaannya perkataan cek mek molek tu ditujukan untuk gadis-gadis Kelantan. Tapi apa kaitannya dengan kuih ni ye..huhu.. tak kisahlah kan. tu yang uniknya kuih ni dan yang penting rasanya sangat sedap.
Kuih ini diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan diadun bersama tepung gandum. Intinya pula adalah gula. Bagi yang tidak sukakan manis, boleh kurangkan kandungan gula tersebut. Lagipun gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bak kata orang kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.. Betul tak?
Ok la, jom kita tengok resepi cek mek molek ni.
- 4 biji ubi keledek
- 2 cawan tepung gandum
- Gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Rebus ubi keledek hingga lembut dan kupas kulitnya. Tumbuk @ lenyek hingga betul-betul lumat. Kemudian campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
- Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bola dan kemudiannya doh tersebut dileperkan dengan tangan. Sekiranya doh tersebut masih melekat di tangan, taburkan sedikit tepung gandum di tangan dan letakkan sedikit gula di tengah. Bentukkan menjadi bujur.
- Kemudian, goreng di dalam minyak yang betul-betul panas.
- Siap untuk dihidangkan.
Kuih cek mek molek ini sesuai dimakan pada waktu pagi atau petang bersama minuman panas.
Agak mudah kan resepinya.. Selamat mencuba!!
By: Waddiah (",)
No comments:
Post a Comment