Entri kali ini, kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai menu masakan melayu yang telah kami laku semasa amali minggu ke-5. Resepi kami yang pertama adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Respon rakan-rakan dan pensyarah semasa menikmati Daging salai masak lemak cili padi sangat positif. Ok sekarang tanpa membuang masa lagi saya kongsikan kepada anda resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Ala Unit 8.
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan
- 500 gm Daging batang pinang
- 5 gm Cili padi
- 2 gm Kunyit hidup
- 5 gm Bawang putih
- 5 gm Bawang merah
- 20 gm Serai
- 5 gm Garam
- 3 gm Gula
- 2 gm Asam keping
- 250 ml Santan pekat
- 200 ml Air rebusan daging
Cara-cara
- Bersihkan daging batang pinang dan masukkan ke dalam
periuk. Rebuskan daging sehingga empuk.
- Bawang merah, bawang putih dan kunyit dikupas dan
kemudian dikisar halus. Ketepikan
bahan yang telah dikisarkan.
- Daging yang telah empuk,ditoskan dan kemudiannya
dibakar ke dalam ketuhar selama 5 minit dengan suhu 200°C.
- Setelah siap dibakar, hiriskan daging nipis-nipis
dan ketepikan.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama
air rebusan daging. Kacau sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan masukkan santan pekat ke dalam periuk.
- Setelah kuah mendidih, masukkan asam keping dan daging salai. Masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasanya. Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan menjadi pecah minyak.
- Kacaukan masakan sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.
*Selamat Mencuba..:)
No comments:
Post a Comment