Monday 1 October 2012

Kenali Rempah Ratus Masakan Timur

Dalam masakan masyarakat kita, terdapat pelbagai jenis herba dan rempah ratus yang digunakan sebagai bahan penyedap dalam makanan. Herba dan rempah ratus merupakan bahan masakan yang penting dalam sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya. Ia menjadi warisan dunia yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan hidangan, ia juga memberi khasiat yang berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.
 Jadi, sebelum memulakan apa-apa masakan  kita haruslah tahu bagaimana rupa bentuk herba dan rempah supaya tidak tersilap. Ok, jom kita kenali herba dan rempah ratus tersebut.

Mana satu herba, mana satu rempah?

            Mmm..pasti ada yang keliru apa beza herba dan rempah ratus. Bukan sama ke? Sebenarnya terdapat perbezaan di antara herba dan rempah. Herba biasanya datang daripada daun manakala rempah ratus datang daripada biji, buah, kulit kayu ataupun akar. Terdapat juga herba dan rempah datang daripada pokok yang sama. Contohnya adalah ketumbar. Daun ketumbar segar dikenali sebagai herba manakala bijinya dikenali sebagai rempah. 

Rempah ratus

i. Kulit kayu manis

Nama Tempatan     : Kulit Kayu Manis
Nama Saintifik        : Cinnamomum Zeylanicum
Famili                          : Lauraceae
Nama Inggeris         : Cinnamon


Kulit kayu manis sering digunakan dalam masakan sebagai rempah penumis dalam masakan seperti kari, rendang dan sebagainya. Selain itu, ia juga digunakan dalam membuat kek dan hidangan pencuci mulut. Rasanya yang kuat sangat mempengaruhi rasa makanan.


Khasiat kayu manis untuk kesihatan

  • Dapat merawat masalah pencernaan
  • Malancarkan aliran darah
  • Menghilangkan loya
  • Mengubati selsema
  • Dapat membuang angin dalam badan
  • Sesuai untuk mengubati penyakit wanita seperti sengugut

ii.       Buah pelaga



Nama Tempatan       :Buah Pelaga
Nama Saintifik          : Elettaria Cardamomun
Nama Inggeris           : Cardomom


Buah pelaga atau “Cardamom” mempunyai rasa dan aroma yang segar. Ia  boleh digunakan dalam masakan sama ada dalam bentuk serbuk atau sebiji-sebiji. Buah buah pelaga yang kering biasanya digunakan dalam pelbagai masakan seperti nasi, sayuran dan lain-lain masakan. Ia juga digunakan untuk menyedapkan lagi rasa puding dan kek. 

Masyarakat Arab di Timur Tengah menambah serbuk Pelaga di dalam minuman mereka seperti kopi, teh dan sirap sebagai  perisa tambahan. Dalam masakan India, buah pelaga digunakan sebagai bahan dalam membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo.


 Khasiat buah pelaga untuk kesihatan
  •    Membantu dalam mengurangkan nafas berbau (halitosis) serta menguatkan gusi. 
  •        Bermanfaat untuk mereka yang menghidap penyakit asma, bronchitis dan pelbagai penyakit berkaitan masalah pernafasan.
  •       Menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas. 
  •  Baik untuk membuang angin dalam badan dan meransang pencernaan.
  •   Membantu membuang toksin dalam badan




iii.        Bunga Lawang


Nama tempatan      : Bunga Lawang
Nama Saintifik        : Illicium Verum
Famili                   : Illiaceae
Nama Inggeris        : Star Anise
                                  
Bunga lawang dijadikan rempah bagi menyedapkan makanan sama seperti rempah yang lain. Rupanya seakan bintang dan berbau kuat . Masyarakat MeIayu menggunakan bunga lawang untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, nasi beriani dan pelbagai lauk pauk. Ia  boleh digunakan dalam bentuk asal atau dipecahkan kepada bahagian-bahagian.
Khasiat bunga lawang untuk kesihatan
  • Boleh digunakan untuk mengubati angin dan sakit sendi
  • Teh bunga lawang boleh dijadikan ubat batuk
  • Minyak bunga lawang boleh digunakan untuk mengurangkan muntah dan loya bagi ibu mangandung

iv. Bunga cengkih


Nama Tempatan       : Bunga Cengkih
Nama Saintifik          : Syzygium Aromaticum
Nama Inggeris           :  Clove

Bunga cengkih  mempunyai rasa yang tajam, kuat, manis dan berangin. Ia juga mempunyai rasa pahit dan kelat dan meninggalkan paling kuat menusuk berbanding rempah lain. Bunga cengkih sesuai dibeli dalam bentuk asal kerana serbuk bunga cengkih tidak tahan lama. Penggunaan yang sedikit dalam masakan adalah disarankan memandangkan rasanya sangat mempengaruhi makanan. ia biasanya digunakan dalam masakan nasi beriani dan digunakan bersama kintan putih dan kulit kayu manis. Serbuk bunga cengkih biasanya digunakan dalam membuat kek.

Khasiat bunga cengkih untuk kesihatan

  • Menguatkan paru-paru dan sistem pernafasan
  • Menguatkan jantung
  • Baik untuk mata
  • Ketahanan gigi
  • Menghilangkan bau mulut
  • Baik untuk selsema dan radang hati

v. Ketumbar


Nama Tempatan       : Ketumbar
Nama saintifik           : Coriandrum Sativum
Famili                          : Apiaceae
Nama Inggeris           : Coriander Seed

Buah ketumbar yang kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar boleh didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar mempunyai aroma pedas, bersifat kekacangan dan berempah. Ia boleh dipanggang atau dipanaskan dalam bentuk penuh bagi menguatkan dan mengubah baunya. Masyarakat Melayu biasanya menggunakan biji ketumbar bagi menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.
Khasiat ketumbar untuk kesihatan
  • Minyak ketumbar digunakan untuk meningkatkan selera makan, kurangkan kekejangan otot dan disapu bagi melegakan sengal dan buasir.
  • Boleh digunakan untuk mengubati keracunan makanan

vi. Jintan manis


Nama tempatan        : Jintan manis
Nama Saintifik          : Foeniculum Vulgare
Nama Inggeris           : Fennal Seed

Jintan manis berwarna coklat atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang. Mempunyai rasa manis, beraromatik, harum serta rasa menthol yang rendah. Rupanya seperti padi tetapi lebih halus dan kecil. Ia ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Sering digunakan bersama jintan putih dalam masakan Melayu seperti kari ikan, kurma dan rendang. Ia juga sering digunakan untuk menambah rasa dalam roti, gula-gula dan kek.

Khasiat jintan manis untuk kesihatan

  • Melegakan kesakitan dalam badan
  • Melancarkan aliran haid
  • Membuang gas dalam usus
  • Membanyakkan susu badan

vii. Jintan putih


Nama Tempatan       : Jintan Putih
Nama Saintifik          : Cuminum Cyminum
Nama Inggeris          : Cumin

Jintan putih adalah rempah yang beraroma dan mempunyai rasa pahit. Ia biasanya digunakan bersama jintan manis di dalam masakan Melayu dan sering digunakan dalam masakan yang mempunyai penggunaan rempah yang banyak. Ia menjadi penambah rasa dalam masakan nasi, kekacang dan kek. 


10 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, atas perkongsian.. mohon untk share ye.. tq

    ReplyDelete
  3. πŸ’Assalamualaikum slm sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.πŸ‘‰πŸΌ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..πŸ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayπŸ‘‡πŸ»
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    πŸ‘πŸ»In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    πŸ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🀲🏼

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  4. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete