Saturday 6 October 2012

LAKSAM KELANTAN

Assalamualaikum dan salam sejatera...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami.. Kali ni saya ingin berkongsi dengan anda resepi sejenis makanan yang agak popular di Kelantan. Emm tapi rasenya makanan ni sekarang bukan sahaja ada di Kelantan, malah di negeri lain pun ada. Pernah tak anda makan laksam?? Bagi yang pernah pasti tau bentuknya macam mana kan.. Kuahnya adalah berwarna putih iaitu dipanggil kuah lemak..

Jom kita tengok resepinya...


Bahan-bahan (untuk buat laksam)
2    cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
4 cawan air suam
secubit garam

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Adunan tersebut diperap selama setengah jam.
  3. Sementara itu, sediakan periuk kukusan dan panaskan air.
  4. Ambil dulang atau loyang, letakkan di dalam periuk kukusan tadi. 
  5. Tuangkan 2 senduk adunan laksam dan ratakan sehingga nipis.
  6. Kukus sehingga masak (agak keras dan tidak berair).
  7. Apabila masak, keluarkan. Tunggu sehingga agak suam dan gulung.
  8. Gunting sederhana tebal. (lebih kurang 1 cm)

Bahan-bahan (kuah laksam):
1/2 kg ikan selayang/ kembung
2 cm halia
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu serbuk lada hitam
3 cwn santan (1 biji kelapa)
2 keping asam keping
1 sudu gula

Cara-cara:
  1. Rebuskan ikan bersama air, sedikit garam dan 2 keping asam keping. Paras air adalah sama dengan paras ikan.
  2. Apabila ikan sudah masak, keluarkan ikan dan buang tulang. Air rebusan ikan tidak perlu dibuang.
  3. Kisar isi ikan tadi dengan halia, bawang merah, bawang putih dan air rebusan ikan.
  4. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam periuk.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam, garam dan asam keping.
  6. Masukkan santan. Kacau sehingga kuah agak pekat. 
  7. Tutup api. 
Bahan-bahan ulam:
Kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, daun samak (serai kayu) - semua ulam dihiris dan dicampurkan 
Taugeh
Timun - buang kulit, buang empulur dan hiris panjang

Sambal
  1. Rebus 5 tangkai cili kering selama 5 minit.
  2. Buang air rebusan dan tumbuk cili dengan sedikit garam.
  3. Tambahkan belacan dengan sedikit air perahan limau nipis.
Bagi siapa yang belum pernah makan laksam ni, cara untuk menghidangkan laksam adalah masukkan laksam ke dalam mangkuk, masukkan kuah dan bahan-bahan ulam. Bagi yang suka pedas, boleh la letakkan sambal. Kemudian, laksam sedia untuk dimakan....mudah kan. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment