Friday 5 October 2012

Nasi Dagang versi Bonda Maziah

Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan...
 Ni Cik Ah nak kongsi sikit resepi nasi dagang buatan bonda Cik Ah.  Sempat la juga menuntut ilmu dengan bonda macam mana nak buat resepi ni....
Tak sia-sia tau Cik Ah belajar buat nasi dagang.  Tapikan, rasanya memang tak boleh nak lawan la dengan bonda.  Anak murid mana boleh lawan sifu kan~~~~
Nah...ni resepinya....Jangan malu-malu nak mencuba tau....(^-^)...


Bahan-bahan Nasi
1kg                  Beras wangi-direndam satu malam
650ml               Santan pekat
130gm              Bawang merah-dihiris halus
1 inci                Halia-dihiris halus
15gm                Halba
3tbsp                Gula
1tbsp                Garam
150ml               Air-untuk menggaul

Bahan-bahan Ikan Rebus
1 kg                 Ikan Aya @ Tongkol
500ml               Air
4 keping           Asam keping
1 ½ tbsp           Garam

Bahan-bahan Kari Ikan
1kg                  Ikan Aya a.k.a Ikan Tongkol-direbus
600ml               Santan pekat
150gm              Bawang merah-ditumbuk
10gm                Bawang putih-ditumbuk
1 inci                Halia-ditumbuk
3tbsp                Rempah kari ikan (khas untuk nasi dagang)
2tbsp                Cili giling
7biji                  Belimbing buluh
10biji                Cili padi
3 keping           Asam keping
30gm                Gula Melaka @ gula kerek
1tbsp                Garam
2 tbsp               Gula

Bahan-bahan Acar
200gm              Timun-potong kecil & nipis
100gm              Lobak merah-potong kecil & nipis
30gm                Cili merah-dihiris halus
50gm                Bawang besar-dihiris halus
2tbsp                Gula
1tbsp                Garam
5tbsp                Cuka

Cara Penyediaan Nasi :
  1. Masukkan air didalam periuk pengukus dan didihkan air sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan beras yang telah direndam satu malam ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.
  3. Selepas 30 minit, angkat pengukus dan tuangkan nasi yang telah masak ke dalam besen dan gaulkan dengan air sehingga rata.
  4. Masukkan sekali lagi ke dalam pengukus.  Sebelum dikukus semula, masukkan bawang, halia dan halba bersama-sama.  Kemudian kukus lagi selama 10-15 minit.
  5. Selepas itu, angkatkan dan masukkan ke dalam besen semula.  Masukkan gula dan gaul rata.
  6. Masukkan santan pekat yang telah disebatikan dengan garam ke dalam besen.  Gaul sehingga rata.
  7. Sedia untuk dihidang.
Cara Penyediaan Ikan Rebus :
  1. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk
  2. Masukkan air sehingga sama paras dengan ikan.
  3. Masukkan garam dan asam keping.
  4. Rebus sehingga air kering.
  5. Angkat dan sejukkan.
Cara Penyediaan Kari Ikan :
  1. Masukkan santan, cili giling, serbuk kari, bawang merah, bawang putih, halia, ke dalam periuk dan didihkan. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  2. Masukkan garam, gula, gula melaka dan asam keping. Didihkan kuah sehingga santan menjadi pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ikan rebus, belimbing buluh dan cili padi.
  4. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Sedia untuk dihidang.
Cara Penyediaan Acar :
  1. Larutkan gula dan garam ke dalam cuka.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati.
  3. Sedia untuk dihidang.
~~~Selamat mencuba ye kawan-kawan~~~
...(^-^)...



No comments:

Post a Comment