Friday 19 October 2012

Minuman dan Kuih Tempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian....


Pada minggu ni, topik yang kami pelajari semasa kelas teori adalah Minuman dan Kuih Tempatan. Kenapa kami perlu belajar tentang  minuman dahulu sebelum kuih tempatan? Sebenarnya, terdapat tiga klasifikasi minuman yang biasa kita minum iaitu minuman yang menyegarkan, minuman yang merangsangkan dan minuman yang berkhasiat. Jadi, kita perlu tahu ketegori minuman yang sesuai untuk dihidangkan bersama kuih tempatan nanti.

Minuman adalah cecair yang diminum sewaktu kehausan atau untuk keperluan badan bagi mengekalkan kesihatan. Minuman menyegarkan adalah terdiri daripada jus buah-buahan segar atau sayur-sayuran yang dicampurkan dengan sirap (air gula) yang sejuk. Ia berfungsi untuk menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Minuman ini mengandungi vitamin A, C, karbohidrat dan garam mineral.

 Minuman yang merangsangkan adalah seperti teh, kopi dan koko yang kebiasaannya dihidangkan panas. Minuman ini jika dihidangkan, diminum bersama kopi dan susu akan menambahkan karbohidrat, protein, vitamin A, D, kalsium dan fosforus.

Minuman berkhasiat adalah semua jenis susu kerana ia berperanan untuk menjaga kesihatan terutamanya bagi golongan kanak-kanak, bayi, dan ibu yang menyusukan bayi. 

Contoh minuman yang merangsangkan
Contoh minuman yang menyegarkan
KUIH TEMPATAN 

Kuih tempatan adalah kuih yang diperbuat daripada bahan tempatan yang terdapat di sekitar kita seperti gula melaka, ubi kayu, ubi keledek, pisang, keladi, sagu, tepung beras, beras pulut, kelapa dan sebagainya. Kuih tempatan kaya dengan karbohidrat dan lemak tetapi kurang protein dan garam mineral.

Kuih tempatan yang terdapat di Malaysia  menggambarkan budaya dan tradisi penduduk berbilang kaum di negara ini.

Kuih tempatan menjadi pilihan untuk dihidangkan sebagai:
-          Pencuci mulut
-          Hidangan untuk sajian minum pagi dan petang
-          Makanan bekal

kuih muih tempatan
BATER

Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu Battre yang bermaksud pukul atau enjut.
Bater merupakan adunan campuran tepung dan cecair yang diadun untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim. Cecair yang biasanya digunakan adalah seperti air, susu atau telur.

Tujuan telur dimasukkan adalah untuk menambahkan khasiat dan menyedapkan rasa bater.
Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair dan bater pekat mengikut kadar nisbah cecair dengan tepung sesuatu bater.

Fungsi bater
  • Kekalkan tekstur makanan
  •    Halang kehilangan zat makanan apabila menggunakan kaedah memasak menggoreng dalam minyak yang penuh
  •  Elak makanan menjadi hancur dan diserapi minyak



No comments:

Post a Comment